bulan kesedihan
92 views ,Beberapa hari yang lalu , saya dikejutkan dengan berita daripada kawan-kawan bahawa si anu bin si anu sudah meninggal dunia .Pada mulanya saya tidak percaya dengan berita itu tetapi setelah diteliti , ternyata benar.. bukan palsu .
Banyak kawan kepada kawannya , keluarga kepada keluarganyanya menangis .Mereka menangis disebabkan kenangan itu sukar sekali dilupakan , kenangan sebagai seorang anak , kenangan seorang ayah kepada si anak dan sebaliknya .
Kemudian seminggu selepas kematian itu , ada lagi berita sedih . Dia sudah mati .Saya sedikit tersentak apabila kejutan itu datang lagi dan lagi .Ini bererti saya diminta untuk berbuat sesuatu dan bukan berdiam diri . Pernahkah anda diberi kejutan seperti yang saya alami ?
Macam – macam jenis kejutan . Ada kejutan elektrik , ada kejutan berita , ada kejutan hendap (menerima hadiah secara tiba-tiba) dan melompat-lompat seperti katak melompat , tapi saya pernah lihat katak merangkak… tepat pukul 12am di halaman rumah semasa saya keluar menikmati kesejukan malam.Pertama kali saya melihat katak merangkak seumur hidup saya .
Banyak orang yang mati setiap hari didalam dunia ini , malahan setiap saat dan banyak juga orang yang lahir .Kita pasti akan mati suatu hari nanti dan orang baru akan muncul .Ternyata kita tidak kekal didunia.
Cuma satu saja , kita kekal di akhirat di tempat yang baik atau tidak , itu bergantung kepada kita , saya tidak banyak berbicara mengenai hal ini sebab masing-masing ada kelebihan sendiri , ada kesedaran sendiri untuk berbuat baik .Terpulang , kebebasan sudah ada , jadi terpulang kepada kita bagaimana menggunakan kebebasan itu .
Biasanya untuk menghormati kematian seseorang , semua ahli keluarganya mestilah memakai pakaian hitam dan tidak memakai pakaian merah , menandakan bahawa mereka sedih dengan pemergian orang yang disayangi atau menghormati si mati yang sudah berada di alam lain sebab mereka akan menjadi roh yang tidak bertubuh dan tidak dapat bergabung dengan manusia lagi .Tubuh tidak bernyawa tetapi roh masih hidup .Jadi roh itulah yang harus diselamatkan .
Saya berpendapat , kita juga adalah orang asing di bumi ini .Di mana sajapun kita berada , ajal bila-bila masa akan menunggu kita.Dia sedang menunggu didepan pintu.
Mungkin hari ini kita bermain bersama dengannya , tetapi esok pagi , Dia tidak memberitahu kita yang dia akan dipanggil , mungkin kita Cuma mendapat tanda . Kalau kita faham dengan tanda itu , maka itu adalah kelebihan dan keistimewaan yang ada pada kita .Tetapi jarang sekali orang perduli dengan tanda.
Tetapi saya juga berfikir , seandainya tidak dibenarkan untuk memakai pakaian merah , bagaimana jika kereta yang kita pakai bercat merah ? Belum lagi brek lampu merah. Bagaimana dengan darah kita yang berwarna merah ? Mata merah dan muka merah mungkin dikecualikan …
Macam-macam adat yang harus dirayakan untuk menghormati pemergian si mati .Dia tentu akan merasa sedih kerana tidak dapat hidup bersama dengan orang hidup lagi kerana sudah berada di alam lain .Ini memang menakutkan tetapi ada orang berkata kepada saya , jangan takut mati kecuali kamu berbuat jahat dan tidak bersedia dengan kematian kerana kematian itu adalah satu kehidupan .
Ini adalah satu simbolik saja ,satu perumpamaan sejak zaman berzaman .Jika kita memahaminya ,maka itu adalah satu keistimewaan kita , yang tidak dimiliki oleh orang lain . Saya turut bersedih dengan kematian ahli keluarga yang terdekat dan ucapan takziah untuk mereka .



July 2nd, 2008 at 12:27 pm
alooo…jan lupa taruk tempat chat2..baru buli drop a line..hehehe
[Reply only this thread]