Mucronis

75 views ,

Di bahagian sidebar website ini terdapat beberapa perkataan yang saya ambil daripada bahasa Latin . Perkataan ini seringkali digunakan sehari-hari oleh kebanyakan orang . Jika diteliti dengan baik , banyak orang yang menggunakan perkataan Bahasa Malaysia yang biasanya diambil daripada bahasa lain terutamanya dari bahasa Portugis seperti Almari , Garpu atau lain-lain yang berkaitan .

Perkataan yang berasal dari portugis ini sudah dijadikan bahasa Malaysia sebab digunakan oleh mereka yang tahu berbahasa .

Perkataan yang saya ambil daripada bahasa Latin tidak bermaksud untuk memberikan kekeliruan kepada pembaca mengenai sesuatu yang saya sampaikan sebagai kod .Itu bukan kod tetapi bahasa Latin .

Walaupun bahasa Latin jarang sekali digunakan pada hari ini namun kita seharusnya mempraktikan bahasa itu sebagai bahasa Rujukan .

Adakah saya mengagungkan bahasa Latin dan mengenepikan bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan ? Tidak sama sekali tetapi kita perlu membuat rujukan mengenai sesuatu yang membuatkan orang menjadi huru-hara pada hari ini .

Mengapa saya katakan huru-hara? Belajar sejarah tidak hanya tertuju kepada sejarah satu-satu bangsa tetapi juga dari segi bahasanya . Kita tidak mungkin dapat menguasai sesuatu bahasa itu jika tidak serius mempelajarinya tetapi kita tidak seharusnya mengenepikan sesuatu bahasa seandainya kita tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan huru-hara yang biasanya bermula dari dalam diri kita.

Seringkali kita melihat papan tanda atau di mana-mana tempat yang berbunyi seperti ini [Bahasa Jiwa Bangsa] namun satu hal yang kita lupa disini ialah tidak memperhatikan dengan teliti perkara yang boleh membangkitkan huru-hara didalam diri kita.Jika saya melihat kepada semua aspek , saya lebih suka mengatakan [bahasa jiwa manusia] sebab yang menyampaikan itu adalah manusia tetapi jika kita melihat pandangan untuk satu sudut sahaja,mungkin [bahasa jiwa bangsa] adalah bahasa hanya untuk satu-satu bangsa.Pendapatku,bahasa jiwa bangsa adalah berkaitan dengan adat dan warisan turun temurun.

Apabila kita mula mengagungkan satu bahasa yang mengaitkan hanya untuk satu-satu bangsa sahaja,sudah tentu akan ada sikap perkauman dan ini amat sensitif sekali apabila sudah berakar didalam masyarakat kita.Isu perkauman adalah isu yang amat sensitif dan mungkin ini akan terjadi jika tidak ada kesatuan dengan yang lain.

Ini tidak mungkin terjadi kepada mereka yang biasa-biasa tetapi untuk mereka yang ingin menjadi luar biasa , mungkin perlu memperhatikan dengan teliti sebab terdapat banyak rahsia yang perlu diketahui untuk menjadikan kita meredahkan huru-hara didalam diri kita .

Sesetengah bahasa yang kita gunakan kadang-kadang mempunyai maksud didalam bahasa lain kerana ia serupa dengan bahasa Agama,bahasa falsafah dan bahasa undang-undang yang seringkali kita gunakan didalam kehidupan kita sehari-hari.

Menurut pendapat saya , bahasa Agama yang seringkali dipakai adalah bahasa yang digunakan untuk memberikan penerangan mengenai sesuatu maksud yang berkaitan dengan agama .

Bahasa undang-undang yang seringkali digunakan adalah bahasa yang berkaitan dengan undang-undang dan begitu juga dengan bahasa Falsafah.Saya tidak tahu kalau ada orang yang lebih tahu dari saya mengenai jenis-jenis bahasa mengikut kategori sebab saya ini hanya orang kampung ,bukan orang teknologi.

Saya pasti sejak dari dulu , banyak orang sudahpun keliru dengan bahasa sehingga menterjemahkan bahasa untuk menghancurkan orang lain,menghancurkan bangsa,agama dan akhirnya akan terjadi peperangan saudara .Kalau sejak dari dulu lagi banyak orang tidak tahu mengenainya , sudah tentu mereka sudah menjadi contoh kepada dunia dan keamanan akan menjadi milik kita semua namun yang terjadi adalah sebaliknya .

Anda sudah tentu pernah membaca artikel saya mengenai [Pedang Simbolik]?.Saya minta maaf jika anda tidak faham artikel itu.Sebenarnya perkataan pedang jika dirujuk didalam bahasa Latin ialah Mucronis,yang bermaksud [sharp point atau sword point].

Mereka membawa pedang yang bermaksud mereka adalah orang yang selalu menggunakan mucronis apabila berbicara dengan orang lain,yang biasanya untuk menyatakan kebenaran dan menggunakan mucronis jarang sekali menyelitkan bahasa yang berbunga-bunga tetapi semuanya penuh dengan simbolik.Jika anda tahu simbolik bermakna anda tahu bagaimana maksud lain yang berkaitan dengan simbolik kerana kadang-kadang memahami simbolik adalah satu kunci untuk membuka pintu rahsia hati seseorang.

Jika anda mempunyai pendapat yang berkaitan , saya amat mengharapkan pendapat bernas dari anda.Terima kasih.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link