hati Vs hati-hati-01
65 views ,Hati saya berkata supaya berhati-hati selalu kerana banyak orang yang tidak jujur diluar sana.Baru-baru ini saya dikunjungi oleh seorang kawan dari unknown place.Dia banyak berkata kepada saya mengenai pekerjaan seorang tukang masak , orang yang menyamar dan ajen pekerjaan.Mesej dari seorang kawan ini amat mementingkan nasihat berhati-hati.
Kalau hati berkata , berhati-hati dijalan raya , ini bermaksud kita perlu menggunakan hati untuk mengenali nasihat itu .Kalau kita hanya menggunakan fikiran semata-mata,kita boleh saja berfikir bahawa jalan raya itu adalah bapa saya punya.Hehehehe….
Sekarang mari kita beralih kepada hati .Hati batu , hati lembut adalah perkataan biasa yang dikatakan oleh semua orang termasuklah saya .
Hati lembut , adalah hati yang amat mementingkan kelembutan , yang mudah dibawa berbincang dan senang diajak berbicara serta tidak suka melawan tetapi tegas apabila dilatih untuk menjadi seorang yang tegas.Seorang yang berhati lembut belas kasihannya menjadi 100% apabila dikuasai oleh kelembutan hatinya.
Hati lembut mudah terluka tetapi apa kurangnya dengan hati yang lain ? Semua kita mudah terluka apabila disakiti sebab hati untuk memang sangat lembut tetapi mengapa mesti ada hati batu? Ini Cuma perumpamaan sahaja.Hati batu adalah hati yang keras.Kalau putih,katanya putih.Kalau hitam,katanya hitam.Pernahkah anda berjumpa dengan mentua yang berhati batu?Itupun jika ada mentua yang berhati batu.
[Beberapa hari yang lalu , saya dengan nakalnya masuk ke kereta kawan dengan tujuan untuk mengalihkan keretanya di tempat yang jauh sikit daripada biasa .
Saya cuba untuk mengambil tempat yang baik dengan menyelaraskan kedudukan tempat duduk namun saya tidak dapat kerana saya tidak nampak satupun handle pelaras untuk melaraskan tempat duduk didepan .
Dalam keasyikan mencari handle , saya tertekan pedal minyak dengan gear yang terpasang , tanpa saya sedari kereta itu bergerak dengan pantasnya ke belakang dan melanggar sebuah pasu bunga yang berwarna putih . Saya menekan brek secepat yang mungkin supaya tidak berlaku apa-apa.
Namun saya terpaksa akur , belakang kereta sudahpun melanggar pasu bunga tetapi pasu itu tidak pecah dan cat belakang kereta kawan saya tertanggal.Saya menjadi serba salah .
Kalau saya katakan tidak sengaja,nanti dia tak percaya sebab saya yang berada didalam keretanya,jadi terpaksalah saya mengaku salah.
Saya tahu hatinya sudah terguris tetapi dia tidak memberikan reaksi yang ketara . Selepas balik ke rumah , saya tertanya-tanya , mengapa dia membisu?
Mengapa harus membisu ? Sebab menyimpan sesuatu rahsia yang tidak saya ketahui , samada dia marah saya secara diam-diam atau sebaliknya , kerana dia masih mengambil hati saya sebagai seorang kawan sebab saya selalu membuat dia tergelak dan ketawa.
Jadi , selepas saya buat silap , dia mungkin tidak akan tergelak lagi kerana saya menyakiti hatinya.Saya sendiri buat dia tergelak,saya pula yang membuat dia sakit hati.]
Apabila kita berhati-hati,apapun yang datang akan dapat dipintas kerana kita tahu bagaimana berfikir dan menilai menggunakan hati.Menilai dan memahami menggunakan hati biasanya sangat tepat dan tidak pernah salah tetapi memahami dengan menggunakan akal budi kadang-kadang menimbulkan keraguan dan hatipun akur walaupun tidak setuju.
Saya ambil contoh lain.Saya ada seorang kawan dari Thailand.Dia adalah seorang yang amat baik dan saya tidak sangka-sangka dia tahu membuat sambal rojak.Sambal itu kelihatan seperti bukan sambal sebab ramuannya terlalu kompleks sehingga saya tidak sanggup memakannya. saya cuba untuk tidak memakannya kerana saya mahu berhati-hati.
Tetapi dalam masa yang sama,saya bertekad untuk mempelajari ramuannya.Walaupun saya tidak berbincang dengannya tetapi dia [kawan dari Thailand] juga mahu membuat sambal itu sekali lagi sebab terlalu laku.Walaupun tidak rangup tetapi telinga kawan-kawan saya yang memakannya berasap.Saya rasa mereka yang merasai keenakan sambal itu terkentut-kentut.Tapi saya tidak,Cuma keluar asap saja.Hahahaha.
Jadi hati kita menilai tetapi akal budi kita masih bertanya.Walaupun akal budi dikaitkan dengan pemahaman,penilaian tetapi kadang-kadang akal tidak sehati sejiwa dengan hati.Hati berlawanan dengan akal dan akal tidak mahu kalah.
Tetapi apabila kedua-duanya bekerjasama,hati akan menilai dan akal akan memberikan isyarat untuk berhati-hati lalu kita dapat mengawal kesemua bahagian-bahagian badan kita termasuklah tangan,kaki,mata,hidung.



July 11th, 2008 at 3:10 am
hahahaha sampai takatut ka?
[Reply only this thread]