Sabahan youths trapped
403 views ,Updated: Versi Bahasa Malaysia Disertakan di akhir Artikel ini .
Girls forced into prostitution and boys doing menial work in S’pore
KOTA KINABALU: Some 70 Sabahan youths are in a desperate situation in Singapore with the girls forced into prostitution and the boys doing menial work after they were duped by employment agents promises of good jobs.
This was revealed by a 21-year-old Sabahan who managed to escape a recruitment syndicate that forced him to work as a labourer. He claimed they were being kept in the same apartment building that he was in.
The youth from the East Coast of Sabah said he wished to inform parents and relatives of these Sabahans that their children have no means of fleeing as their passports and identity documents like ICs were being kept by the syndicates. Their movements are also monitored by guards,” he said.
Social activists, Anne Keyworth, who has been vocal about local youths falling prey to unscrupulous employment agents, urged enforcement authorities to take immediate action. She appealed to the authorities to take up the youth’s experience as a case of human trafficking that needs to be tackled urgently.
Keyworth, who is now helping the youth come to terms with his trauma, said the Sabahan youths, especially the girls in the apartment building, must be rescued and brought back to Sabah.
She also urged non-governmental organisations (NGOs) and missionaries who conduct welfare and charity work in the rural areas in Sabah to warn the people of ploys by syndicates claiming to be employment agencies.
“The modus operandi is quite similar to other cases in the past where rural youths were the main target of these human traffickers who claimed to be agents of employment agencies. And the worst thing is that our own locals are the middlemen for these syndicates. I hope relevant authorities would seriously look into this case and create policies that can ensure our youths are not easily duped by unscrupulous people,” she said.
She also urged City hall and the respective local councils to tear down all illegal flyers and ads on employment opportunities to work abroad pasted on public phones and walls of shophouses so that local youths would not be lured into the unknown.
According to the youth who returned home on July 6, in most instances the Sabahans were misled by the agents with promises of jobs in hotels and attractive salaries.
However on arriving in Singapore they are told there are no hotel jobs, leaving the youngsters with no choice but take up jobs as labourers while the women are coerced into vice.
Asked how he got to know about Sabahan girls being forced into vice, he said he and a few friends saw one girl crying at a stairway in the building.
“While walking up to our apartment, we saw a girl wearing a mini skirt and sexy attire sitting on the staircase and crying miserably. She said her name is Christina and was from Penampang. She was victimised by a recruitment agency.
“She was promised many choices such as in tourism, restaurants and doing laundry work but all were lies. She said she was raped by the agent and forced to be a prostitute.
“The girl said a pimp guards her closely and would bring her to hotels to entertain men. According to the girl, there are many Sabahan girls in the building in a similar situation but was not sure how many,” he said.
Another time, he said he saw several women pushed by guards inside a car one night and recognised one of them to be a Sabahan. He heard the Sabahan girl utter “Sabar-sabar bah!..sia tau la apa mau buat” (Be patient bah,I know what to do) before she was shoved into the car.
Recalling his experience, he said sometime in March this year he and three friends met a man claiming to be a recruitment agent for locals and promised to get them good jobs in hotels in Singapore. They met the agent at his rural hometown.
In two days, he and three youths from the same hometown boarded a flight to Senai Airport in Johor Baru and were picked up by a man to go to Singapore. They also saw about 20 Sabahans with different agents at the airport but did not have the chance to chat with them.
Their nightmare began when they were placed in an apartment and realised that the room door was locked from outside. Next morning, the door was opened and they were allowed into the living room.
“A man told us there were no hotel jobs but that work as labourers cleaning septic tanks was available. Since we had spent our money to go there, we accepted the job, motivated by the prospect of still earning a decent income.
“We were told that the salary would be S$900 per month but we were forced to work from 8am to midnight with only one meal at 8pm. We were working under pressure and treated as slaves and the working conditions were very bad.
“We would be beaten if we came late to work or delayed cleaning the tanks that smell faeces. There was also an occasion when we accidentally swallowed bits of waste when cleaning the tank because we were not provided with masks or safety gear,” he said, tears streaming down his cheeks during the interview with Daily Express.
He said since the syndicate did not provide three meals to them they sought work in a restaurant near the apartment building in return for food as wages. They also did not receive their salaries as promised, the reason being that the money was used to pay for accomodation and food.
One day, three of them conspired to assault their minder at the septic tank premises and managed to retrieve their passports that were left in the minder’s car.
“We saw a lorry loaded with boxes and hung on the side for fear the driver may see us. After some time, we climbed into the back of the moving lorry.
“We alighted from the lorry when it reached the city and surrendered ourselves to the Singapore Immigration Department. We were told that we could leave as our papers were in order. But the only problem we faced was we had no money to buy the tickets.
“So we walked along the street and met several men who regconised us as Sabahans. Later we came across two soldiers from the Mahkota Camp in Kluang, Johor and we related our experiences to them.
“They were one Corporal Samsuddin who comes from Kota Belud and Lance Corporal Matthew from Penampang. They helped us purchase our tickets to home…we returned to Sabah safely on June 22,” he said.
By: Hayati Dzulkifli
Sumber: DAILY EXPRESS HEADLINES Vol.XLV: 190 Kota Kinabalu, Monday, 14th July,2008.
…………………………………………………………………………….
Info: Sebahagian daripada artikel terjemahan bahasa English di atas di ambil daripada rumusan/ringkasan artikel didalam ruangan bahasa Melayu Daily Express.Sila berhubung dengan Editor untuk keterangan lanjut.
HARIAN EXPRESS 14HB JULAI 2008 - m/s 1
70 belia Sabah berdepan dengan kesulitan di Singapura
Oleh: Hayati Dzulkifli
KOTA KINABALU: Kira-kira 70 belia dari Sabah berdepan dengan kesulitan di Singapura - dengan wanita dipaksa menjadi pelacur sementara lelaki dipaksa melakukan kerja-kerja remeh, setelah mereka ditipu ejen-ejen pekerja yang menjanjikan pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan.
Seorang belia dari Sabah berumur 21 tahun, yang baru-baru ini berjaya melarikan diri daripada satu sindiket pengambilan pekerja yang memaksanya bekerja sebagai buruh, mendakwa mereka dikurung di dalam sebuah bangunan apartmen.
Belia-belia dari Pantai Timur Sabah itu, menurut lelaki berkenaan, tidak dapat melarikan diri daripada sindiket itu kerana pasport serta dokumen pengenalan peribadi mereka seperti MyKad disimpan oleh ejen-ejen sindiket itu.
Pergerakan mereka juga diperhatikan oleh pengawal yang berwajah bengis, katanya.
Aktivis sosial, Anne Keyworth, yang lantang bersuara mengenai belia-belia tempatan yang menjadi mangsa kepada ejen-ejen pekerjaan yang tidak bertanggungjawab, berhasrat menemani lelaki itu membuat laporan polis agar pihak penguatkuasa boleh mengambil tindakan segera.
Beliau menyeru pihak berkuasa melihat pengalaman belia-belia Sabah itu sebagai kes penyeludupan manusia yang perlu ditangani segera.
Anne berkata, belia-belia Sabah itu, terutamanya perempuan, yang masih berada di bangunan apartmen itu harus diselamatkan dan dibawa balik ke Sabah.
Beliau juga meminta kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mubaligh yang menjalankan aktiviti kebajikan dan amal di kawasan pendalaman Sabah supaya memberi amaran kepada penduduk tentang penipuan yang dilakukan oleh sindiket yang menyamar sebagai agensi pekerjaan.
“Saya pernah membuat kenyataan mengenai perkara ini beberapa tahun lalu untuk memastikan anak-anak muda tempatan kita tidak terperangkap dengan penipuan seperti itu.
….LIHAT MUKA 2
Gadis dirogol sebelum dipaksa jadi pelacur
….Dari Muka Depan Surat Khabar Daily Express
“Seperti yang kita dapat lihat, modus operandinya agak sama dengan kes lain pada masa lalu dimana belia-belia luar bandar menjadi sasaran utama penyeludup manusia ini yang menyamar sebagai ejen agensi pekerjaan.
“Dan, paling buruk ialah penduduk tempatan kita sendiri sanggup menjadi orang tengah mencari belia-belia luar bandar untuk bekerja sebagai hamba dalam keadaan menyayat hati dan gadis-gadis pula dipaksa melacur.
“Saya benar-benar berharap pihak berkuasa yang berkenaan akan melihat kes ini secara serius dan wujudkan dasar yang boleh memastikan anak-anak muda kita tidak mudah tertipu dengan orang-orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau juga berharap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengoyak semua poster dan iklan tentang peluang pekerjaan untuk bekerja di seberang laut yang ditampal pada pondok-pondok telefon awam dan dinding rumah-rumah kedai supaya belia-belia kita tidak termasuk dalam perangkap mereka.
Menurut lelaki yang pulang ke Sabah pada 6 Julai lalu selepas mengalami keperitan untuk kali keduanya di Singapura, dalam banyak kejadian belia-belia dari Sabah itu tertipu dengan janji-janji kosong mengenai pekerjaan selesa di hotel-hotel dengan gaji yang menarik.
Bagaimanapun, apabila tiba di Singapura mereka diberitahu bahawa tidak ada kekosongan untuk bekerja di hotel.
Kemudiannya, kata beliau, orang sepertinya tidak mempunyai pilihan selain menerima pekerjaan sebagai buruh-tanpa gaji atau sedikit yang terlalu rendah - sementara perempuan dipaksa melakukan aktiviti maksiat.
Ditanya bagaimana dia tahu tentang gadis-gadis dari Sabah itu dipaksa melakukan aktiviti maksiat, lelaki itu berkata, dia dan beberapa rakannya pernah ternampak seorang gadis menangis di tangga di dalam bangunan berkenaan.
“Ketika menaiki tangga ke apartmen kami, kami nampak seorang gadis memakai skirt pendek dan pakaian seksi duduk di atas tangga sambil menangis. Dia memberitahu kami namanya ialah Christina dan berasal dari Penampang dan telah dijadikan mangsa oleh sebuah agensi pekerjaan yaang memujuknya untuk bekerja di Singapura.
“Katanya, dia dijanjikan banyak pilihan pekerjaan di negara itu seperti dalam industri pelancongan, restoran dan kedai dobi tetapi semuanya itu tidak wujud. Malah, dia dirogol oleh ejen berkenaan sebelum dipaksa menjadi pelacur.
“Gadis itu berkata, dia dijaga oleh seorang “bapa ayam” dan akan membawanya ke hotel untuk melayan lelaki yang sanggup membayar perkhidmatan mereka. Menurut gadis itu, ada ramai gadis Sabah dalam bangunan itu yang berada dalam situasi yang serupa tetapi dia tidak pasti jumlahnya,” katanya.
Dia juga pernah nampak beberapa orang wanita ditolak oleh pengawal untuk masuk ke sebuah kereta pada satu malam dan yakin salah seorang daripada wanita itu berasal dari Sabah.
Dia mendengar wanita itu berkata “Sabar-sabar bah!…sia tau la apa mau buat” sebelum dia ditolak masuk ke dalam kereta.
Menceritakan pengalamannya, beliau berkata, sekitar Mac tahun ini dia dan tiga rakannya menemui seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ejen mencari pekerja tempatan dan berjanji untuk mendapatkan pekerjaan yang baik untuk mereka di hotel-hotel di Singapura. Mereka bertemu dengan ejen ini di tempat tinggalnya di luar bandar.
“Ketika itu saya bekerja di ladang dan merasa teruja terhadap prospek bekerja di Singapura. Kami juga percaya dengan janji ejen itu untuk memberikan kami kerja hotel di negara itu yang nilai mata wangnya lebih tinggi daripada Ringgit.
“Dengan itu kami bersetuju dengan apa yang diminta ejen itu iaitu membayar RM1,000 sebagai yuran pemprosesan dan terpaksa membeli tiket penerbangan kami sendiri ke Singapura dan juga kos pasport antarabangsa,” katanya.
Dalam masa dua hari beliau dan tiga remaja lain dari pekan yang sama menaiki pesawat ke Lapangan Terbang Senai di Johor Baharu dan mereka dijemput oleh seorang lelaki untuk ke Singapura.
Katanya, mereka juga nampak kira-kira 20 penduduk Sabah bersama ejen-ejen berlainan di lapangan terbang tetapi mereka tidak berpeluang untuk berbual-bual dengan mereka.
Mimpi buruk mereka bermula apabila ditempatkan disebuah apartmen dan pintu bilik dikunci dari luar. Pagi berikutnya, pintu dibuka dan mereka dibenarkan masuk ke ruang tamu.
“Seorang lelaki memberitahu kami yang tidak ada kerja hotel, yang ada ialah kerja sebagai buruh mencuci mangkuk tandas. Memandangkan kami telah menghabiskan wang kami untuk pergi ke situ, kami terima sahaja pekerjaan itu.
“Kami diberitahu gajinya ialah RM900 sebulan tetapi kami dipaksa bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga tengah malam dengan hanya satu hidangan pada pukul 8.00 malam. Kami bekerja dalam tekanan dan dilayan sebagai hamba abdi dan keadaan bekerja amat buruk sekali,” katanya.



July 15th, 2008 at 1:47 am
Ya…saya ada baca artikel ini di Daily Express kelmarin. Sungguh menyedihkan dan menakutkan. Pastinya, Sabahans yg ada di sana dalam trauma sekarang. Saya harap, ada lah sesiapa yg dapat membantu ‘membebaskan’ diorang. Dan pengajaran juga buat teenagers dari Sabah, jangan terlalu percaya dgn janji2 manis. Bagus lagi kerja di Sabah saja. Walaupun gaji kecil tapi orang bilang “there’s no place like home”. Yang penting kita selamat dan aman di sini.
[Reply only this thread]
July 15th, 2008 at 7:46 am
Baru sebentar tadi saya menemui seorang kawan dan kami berbual-bual mengenai berita yang disebarkan di Daily Express kelmarin.
Mengikut cerita sahabat karib(seorang guru), ibu kepada seorang pelajarnya menceritakan bahawa pada Sabtu ini, ada seorang professor yang akan memberikan sesi seminar di sebuah hotel disini kepada belia-belia muda lepasan SPM atau pekerja seperti kerani atau juruwang (cashier) atau yang lain-lain -
Pengambilan pekerja casino sebanyak 3500 orang diseluruh dunia akan dilakukan secara berperingkat. Hanya mereka yang mahu bekerja di bahagian kasino sahaja yang akan diberi taklimat. Dan mengikut cerita sahabat saya itu, mereka yang mendaftar untuk mendapatkan pekerjaan di bidang kasino ini akan menghadiri sebuah sekolah di Singapura (yuran belajar dikenakan) yang akan hanya mengajar mereka teknik dan cara-cara mengendalikan permainan kad (poker) di tangan. ( seperti sebuah sekolah yang mengajar perihal selok belok permainan didalam kasino) Terdapat juga hotel dan restoran di kasino ini.
Saya percaya sekiranya kegiatan buruk sebagaimana yang didedahkan oleh aktivis sosial Anne Keyworth kepada pihak akhbar ini tidak ditangani secara serius oleh pihak berkuasa, maka ramailah ejen-ejen pekerja yang tidak berperikemanusiaan yang akan mengambil kesempatan semula memandangkan kesahihan wujudnya kasino baru yang akan dibuka oleh republik itu.
Saya sarankan pihak Anne Keyworth mendapatkan bantuan kemanusiaan dari pihak NGOs di Singapura untuk menolong belia-belia Sabah yang telah diperdayakan ini dengan memberikan penempatan sementara sebelum bantuan penghantaran pulang dijalankan melalui sini.
Saya juga menyarankan sebuah tabung kemanusiaan diwujudkan untuk belia-belia ini. Saya berharap pihak SabahanBlog akan sentiasa terus menerus mengingatkan orang ramai dari masa ke semasa (bloggers) akan adanya kes-kes seumpama ini yang berlaku di tempat kita.
[Reply only this thread]
July 15th, 2008 at 10:07 am
SAN>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>punya panjang suda sia kasi explain..last last..error!!!!!!! haiya……sia kasi simpul la…teda yg salah di atas…semua pun manusia.ada perasaan dan kemahuan…..
[Reply only this thread]
July 15th, 2008 at 10:53 am
Saya terkejut mendengar berita ini .
Pendapat saya, oleh kerana ini melibatkan
orang tengah (Agen) maka agen seharusnya
mengetahui terlebih dahulu latar belakang syarikat
itu sebelum mencari orang untuk bekerja di luar negeri.
dan pencari kerja seharusnya dilindungi .
kalau hak asasi manusia sudah dicerobohi,itu
boleh dibawa terus kepada makhamah antarabangsa
melalui hak asasi kemanusiaan sebab ianya melibatkan
pengambilan pekerja asing untuk bekerja di luar negara.
Menganiaya dan menipu pekerja sudahpun melanggar hak asasi
kemanusiaan dan sekaligus mencemarkan negara Malaysia.
[Reply only this thread]
July 15th, 2008 at 11:08 am
tat’s terrible man. hopefully they get out of that place real soon and get back their proper life
[Reply only this thread]
July 15th, 2008 at 2:50 pm
Thanks for this posting San. Vacancies in Singapore indeed favour many of us especially from Sabah and Sarawak. Hoping for better future a head, they surely believe that the agents (jobs agent to Singapore) can fulfill their desire of getting a good paid job and off course with favorable job situation/condition. However, ones should realize and make sure that the agents is reliable and can be trusted. How? Do some research and break tru those agents website or documents. Find friends that already works in Singapore. Memang kasihan mereka yang telah terjerumus ke dalam pekerjaan yang tidak memberikan peluang yang bagus, malah menyakitkan dan menyusahkan si pekerja. My advices is, berfikir sebelum membuat keputusan untuk berkerja samada negeri sendiri atau negara luar. Make sure you made the right choices. Itu saja yang dapat Kengkaru huraikan.
[Reply only this thread]
July 16th, 2008 at 3:34 am
we need this story.. this very bad experience must be separated among us especially bloggers like us.
[Reply only this thread]
July 16th, 2008 at 5:13 am
benda ini bukan baru namun perkara yang serius dan perlu ditangani. saya tidak pergi jauh bagi contoh kampung saya sendiri(kecuali saya), sudah berapa ramai yg pergi ke singapore dan semuanya membawa cerita sedih (semua lelaki)
dari segi duit saya lihat ada diantara mereka yg pandai kumpul duit. balik kampung dapat dirikan rumah.
kesan yang paling tragis adalah pada wanita yang dipaksa melacur yang membawa kepada kesundalaan tanpa rela, dan ini pasti ada kesinambungannya
ini semua kerana pasal duit dan juga faktor menolak dari tempat asal iaitu tiada peluang pekerjaan. mungkin sedikit faktor glamour kononnya bekerja di luar negeri.
setahu saya ada juga orang yg berkeras mahu pergi singapore walaupun mendapat bantahan keluarga.
walaupun telah mendengar perit derita yg dialami oleh senior mereka tetapi kata-kata agen lagi manis dengan segala macam janji.
apa yang harus dibuat adalah kempan kesedaran dan juga membawa perkara ini ke peringkat umum cth edisi siasat, seperti yg kita tahu media memainkan peranan utk menyalurkan berita ini, seperti yg disiarkan oleh DE
terima kasih
p/s: daripada benda ini terjadi saya sarankan kepada pemuda-pemudi supaya menceburi bidang pertanian cth penanaman cendawan
[Reply only this thread]
July 16th, 2008 at 6:23 am
Ini bukti Kadazandusun masih lagi dalam kategori nonfunctional society, tahap kita berfungsi sebagai satu masyarakat yang dapat menggurangkan masalah macam gini masih tiada penyelesaian muktamad.. Cerita-cerita macam gini lama suda bah berlaku ni..
Tiada siapa lagi kisah pasal nasib urang kita selain orang kita sendiri.. Jadi untuk elak agen2 jahat ni buat hal, kita perlu kasi gerak aktivitist kita utk kasi neutral ni agent2 balik… bagi agent ni ikut satu prosedure ketat utk bertugas atau jangan berurusan dgn org kita langsung…
[Reply only this thread]
July 16th, 2008 at 8:29 am
satu nasihat sj sama belia2 yg ber cadang mau berkerja di singapore : jangan ikut agen.
saya ada beberapa kenalan, yg ber kerja sebagai cleaner di opis saya. Mula2 durang nda percaya sy org sabah (durang ingat pelipin, pangkat pelipin lg tinggi dr urg kita sbb semua pelipin yg dtg sini ada degree) ni semua pasal mentaliti bah..org sabah dtg sini kerja nda lain jadi tukang kebun, cleaner, pump attendant dan berbagai2 kerja yg urg sini nda mau buat. kesian juga bila cerita punya cerita, saya dpt tahu durang dtg ikut agent lepas tu passport kena pegang company/ agent.
sudah la kerja 12 jam / kadang2 lebih satu hari. cuti pula hanya dpt 1/2 hari sebulan. Ini belum menyentuh pasal tmpt tiggal, adui kalah2 itu pig sty bah, menurut durang 1 rumah - 3 bilik 25-30 org tinggal sekali. bayang kan….selesa2 di tanah sendiri, dtg sini tinggal tmpt begitu…kerja pun urg pandang hina..3rd class society. nasihat sy unless ada saudara yg suda kerja disini / ada kelulusan yg tinggi - jgn la pigi sini.
kesian bah sy tinguk urg kita sendiri..kerja separuh mati..ada yg kurang ber nasib baik dpt majikan mcm binatang..layan durang pun mcm binatang. kesian. kalau ada yg sy dpt bantu (dr segi nasihat) mmg sy akan bantu.
terutama mereka2 yg kena tipu oleh agent, sudah2/3 agent yg sy kemukakan butiran ke Ministry of manpower spore atas sebab menipu wang pekerja/ tidak ber tanggungjawab..
jadi belia2 yg mahu ke sini, fikir2 lah…cuba la cari kerja di tmpt sendiri dulu sebelum ber hijrah..
[Reply only this thread]
July 16th, 2008 at 9:31 am
Hi san..sila lihat my new post today…my respond to this post..hehe..
Infernal Affair
[Reply only this thread]
July 16th, 2008 at 11:20 am
sya sedih bila mendapat tahu cerita ini…
sya terharu dengan atas keprehatinan kamu terhadap perantau yg d tipu oleh agency.
sebenarnya sya juga agak lama d sini.suda 6 tahun sya d sini tetapi tiada pula sya tahu ada gadis yg kena logor.sedih sya.mengapala orang sangup menipu dan tak cukup itu melogor pulak.
memang dari dulu sya juga agak tertipu dan memang sya d tipu dari mula mulanya sya sampai sini,kerna sya juga ikut agency yg menawarkan pekerjaan d sini dengan gaji 1500.000 katanya,ternyata 800 sja,orang itu berbangsa cina,mereka meraih keuntungan dgn hanya melabur kos yg kecil,dan bila kita berkerja nanti kita bayar mereka 3 kali ganda dgan nilai matawang singapura blum jadi ringgit lagi.klo jadi ringgit dorang boleh kaya raya.
orang Agen d sini semuanya senang,hidup mewah..ada kereta mewah,hendphon mewah,dan mereka juga meraih keuntungan dengan menjual sijil pelajaran melaysia kepada orang cina yg tidak mempunyai spm,nanti d tanya balik mana sijil?mereka senang sja pasing pasing kan kami so sampai hubung itu hubung ini..sampaila kita tiada masa mau layan hal seperti ini.jadi kita pun berhentila.
kamu tanyala orang orang sini yg dari 2004 semua durang tiada sijil,agen kasi hilang tanpa bukti.
jadi sya berharap sesiapa sja kamu yg ada kawan ke sini,lebih baik jangan ikut agen yg mencurigakan.DAN LEBIH BAIK JANGAN IKUT ATAU MELALUI KHEDMAT AGENCY.SENDIRI JALAN LAGI BAGUS..CARI KERJA SINI LAGI BAIK.tapi mau tahan!!
[Reply only this thread]
July 16th, 2008 at 11:34 am
kerja d sini memang baik..sya dapat melihat perbezaan besar seperti sebelumnya aku ke sini-singapura-
tapi faktor negatif itu terpulangla pada kita sendiri untuk menenganinya,dari kita saja..pandai2 la kita.
dari sya d sabah sya begitu malu duduk dgan orang tua,pasal kerja putung getah pun cukup makan sja,itu pun turun naik.dan terpakasala sya kasi semua uangku untuk menampung perbelanjaan keluargaku.sya gigit jari ja…asal ada nasi cukup,duit tada no problome.sya perduli tentang soal keluargaku yg serba kekurangan.
berbeza d sini lebih baik sikit pasal sini pakai doler,so 2 kali ganda dan sewa air itu ini free..we alredy pay pakai leavi.dan tia paya cari bank..g post sja automatik 2 minit samapi suda d accound.senang..dengan sewa 20
[Reply only this thread]
July 16th, 2008 at 11:51 am
buktinya sekarang kadazandusun semua memang lembut hati,orang KADAZANDUSUN memang lembut hati,terutamanya yg DUSUN sya pun dusun juga,
pada mulanya itu Agen menjanjikan gaji besar tapi gaji kecil,sya hanya bilang ”kuroyon pondoh,dgan hati yg sedih sekali”
selama ini belum ada AGEN yg sampai tanganya d pipi sya,klo kawan2 yg lain d tendang d tampar ,d tumbuk juga ada….sya hanya memikirkan kerja sja.yg lain kelaparan dan menderita sakit dan kecewah.
jadi sekarang tiba masanya sya menyasat perkara ini.kerna aku bukan seperti Cerita dulu lagi.AKU AKAN CUBA SEDAYA UPAYA MENANGKAP GAMBAR SABAHAN YG D DERAH D SINI.DAN JUGA SABAHAN YG SAKIT JIWA D SINI JUGA ADA.nantikan….silala kunjungi tanakvagu mobile blog selalu,sekarang baru hanya ada sya sja.blum ada lagi gambar yg menyakitkan hati kita tengao.MAJUKANLA BLOG KITA.
[Reply only this thread]
July 16th, 2008 at 1:08 pm
betul tu tanakvagu, pi tangkap ja gambar durang tuh..klu sia inda silap thn lepas pun sia ada pi tulung cleaner dtmpt bangunan office kami pergi MOM complaint. siap dgn bukti2 sekali, cth slip gaji dan juga salinan beberapa surat perjanjian yg tidak logik..
dorang ingat majoriti org sabah yg kerja di sini inda da otak, tp sorry ada jg yg tidak lupa membawa otak dorang pergi ke sini…
[Reply only this thread]
July 16th, 2008 at 2:15 pm
sya memang dari dulu pernah mengelami satu kehidupan yg amat menyanyat hati sekali dari pertama kali sya sampai singapura.sulit sekali kehidupanku ketika itu,duit pinjamanku pun 20 sja dalam satu bulan…mana cukup tu,lagi tiap gaji mesti tolak 400,first dia bilang 1000.000 tapi bila sya tahu cuma 800.000 sja,aku bersyukur jugala dapat sebanyak itu tapi yg paling sya sakit hati sya suda d bohongi.so apa nak buat kan..terpaksala kerja ja…pulang sabah pun tiada kerja juga.
[Reply only this thread]
July 16th, 2008 at 2:58 pm
tanakvagu.panjang gila keluhan ko ni..tp semua pun betul jg..tula la tu kita mau pikir…semua pun mesti ada usaha dan kerja keras ba jg..keja susa tp yg penting kita buat keja bagus….mau harap gaji d sabah..entah berapa lama kita buli tahan…buli jg tp taraf hidup akan sama sja la…
[Reply only this thread]
July 17th, 2008 at 2:34 am
First of all.. salah tarikh ko tu San. 8/12/2008 belum sampai lagi hehehe…
Panjang post ini tapi sangat infomative. Infomasi-infomasi sebegini memang diperlukan sebagai rujukan dan teladan bagi semua yang berhasrat untuk bekerja di luar Sabah khusus Singapura dan Sem. M’Sia. Masalahnya adalah bagaimana kita mau salurkan maklumat-maklumat ini kepada penduduk-penduduk kampung di seluruh pelusuk negeri Sabah. Kasih masuk blog itu adalah salah satu cara saja tapi perlu diingat bukan semua penduduk negeri Sabah mempunyai akses ke internet. Malah ramai yang masih belum mengenali apa itu komputer dan internet. Di sini saya ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk difikirkan bersama :
1. Pihak2 berwajib seperti Kem. Belia dan Sukan, Jab. Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Kem. Pemb. Luar Bandar, Perpustakaan Negeri Sabah dsb perlu bekerjasama untuk mencari satu jalan untuk menyalurkan maklumat-maklumat ini kepada semua penduduk kampung di seluruh negeri. Cara yang dapat saya fikirkan, buat satu buku edaran yang mengandungi kompilasi pengalaman org yang telah terpedaya, modus operandi yang digunakan, nasihat-nasihat dan saranan dari mangsa dan juga orang yg sedang bekerja di S.M atau S’pore seperti UrangRanau dan Tanakvagu (dorang ni ada byk pengalaman), serta isi-isi yang berkaitanlah tentang peranan setiap agensi terlibat. Buku ini harus dibuat dalam pelbagai bahasa sehingga boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat dan diedarkan ke semua kampung. Ketua2 Kampung atau JKKK hendaklah bertanggungjawab ke atas pengedaran buku-buku ini di kampung masing-masing. Ini memerlukan belanja yang besar. Jika kerajaan mau tolong belia kita, saya percaya wang tidak menjadi ukuran.
2. Sebarang tawaran pekerjaan di luar hendaklah melalui JPSM, Jab. Tenaga Kerja atau agensi berkaitan untuk mengelakan penipuan. Jika tidak melalui agensi ini, jangan terima pekerjaan yang ditawarkan. Selalunya penawar2 pekerjaan ini akan melekatkan saja iklan kekosongan jawatan di kadai-kadai seluruh Sabah tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu dari JPSM atau pihak polis. Ada satu kali ni orang dari Jab. Tenaga Kerja try call tu number sana tapi lepas memperkenalkan diri, agen berkenaan terus meletakkan telefon..
3. Bagi tawaran kerja yang memerlukan prospek menandatangani perjanjian, perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Jab. Peguam supaya kontrak tersebut tidak berat sebelah atau menindas prospek tersebut. Atau paling tidak pun, prospek perlu membaca dengan teliti kandungan kontrak atau merujuk kontrak tersebut kepada orang yg lebih arif sebelum menurunkan tandatangan. Jangan main sain saja
Itu saja pandangan saya setakat ini. Kalau salah, kita boleh perbetulkan bersama
[Reply only this thread]
July 17th, 2008 at 4:31 am
San.. Thanks for this posting. Sebenarnya kes ini merupakan kes berulang. Perkara begini sudah berlaku sejak awal 90-an lagi namun tidak pernah menjadi pengajaran kepada para belia kita. Ramai sabahan yang pergi bekerja di sana telah mengalami perkara sebegini namun mereka tidak tahu bagaimana untuk melaporkannya. lagipun pihak yang bertanggungjawab di negara kita memandang remeh kes2 sebegini. Seingat sia kes begini juga berlaku di negara kita. pada awal tahun 90-an kes begini juga berlaku di pulau pinang yang mana melibatkan gadis-gadis dari sabah yang mencari pekerjaan di semananjung. Sia tidak akan lupa Peristiwa ini kerana saya terlibat secara lansung dalam membebaskan beberapa mangsa tersebut. kes ini juga telah di ketengahkan oleh akhbar tempatan kita. Saya merasa amat sedih kerana peristiwa ini berulang kembali.
mengimbas kembali kes terdahulu:- kami terpaksa berpura-pura menjadi pelanggan untuk mengabui para Bouncer yang mengawal ketat pergerakan mangsa. Bapa Ayam meminta bayaran RM 1,500.00 seorang jika mahu melanggani gadis-gadis tersebut. sebagai pelajar manalah kami ada duit, namun atas usaha teman-teman yang lain kami berjaya mengumpul RM 4,500.00 jadi kami cuma dapat membayar untuk 3 orang. Rancangan kami berjalan dengan lancar.. setelah membayar wang tersebut kepada Bapa Ayam, kami menyuruh mereka untuk menghantar gadis tersebut di beberapa hotel mewah dan apartment mewah di sekitar PP. tindakan kami menyewa tempat-tempat sebegitu telah meyakinkan mereka bahawa kami adalah pelanggan tulin. kami bertindak mengikut rancangan dan akhirnya berjaya membawa para mangsa tersebut ke KL dan seterusnya meminta bantuan RUMAH SABAH. begitupun agak sukar membawa mereka balik ke sabah kerana dokumen pengenalan diri mereka ditahan oleh sendiket tersebut. mujurlah ada beberapa VIP yang prihatin dari sabah pada ketika itu membawa mereka dalam penerbangan VIP kembali ke sabah. itu hanyalah sebahagian kecil daripada kes-kes serupa yang menimpa pencari kerja dari sabah. kami dapat menyelamatkan 3 orang daripada mereka namun hanya dua orang yang mengambil keputusan untuk balik ke sabah. yang seorang lagi memilih untuk kekal di semananjung kerana merasa malu. percubaan kami untuk membuat repot kepada pihak berkuasa di semananjung pada masa itu tidak dilayan oleh meraka. Hanya bila kes itu dilaporkan di akhbar sabah barulah mereka berpura-pura sibuk dengan memberi pelbagai alasan yang tidak masuk akal. sekadar melepas batuk di tangga.. katakan…
Sepatutnya perkara lalu menjadi pengajaran kepada belia Sabah supaya tidak sewenang-wenangnya memperjudikan nasib mereka di tempat orang. Jangan ambil mudah soal keselamatan diri. Jangan telan bulat-bulat apa yang di janjikan oleh agen pekerjaan. mungkin belia sabah kurang membaca atau tidak ambil tahu lansung tentang isu-isu yang berlaku, yang sepatutnya menjadi pedoman dalam mengejar impian.
Begitu juga dengan pihak berkuasa. teda langkah yang konkrit yang diambil untuk membendung kes-kes begini berulang. teda juga tindakan yang konkrit untuk membantu membebaskan para mangsa yang masih terperangkap di sana. apa yang kita dengar hanya kenyataan-kenyataan akhbar yang belum tentu mereka realisiskan. macam duu..luu.. sekadar melepas batuk di tangga…
[Reply only this thread]
July 17th, 2008 at 7:40 am
APA GUNA KITA SEMUA, TERUTAMA YANG ADA KUASA DAN ADA WANG DAN ADA PELAJARAN KALAU BENDA MACAM INI TIDAK BOLEH URUS…
10 TAHUN YANG LALU PERKARA INI SUDAH DIGEMPAR GEMBUR KAN TAPI TIADA ACTION JUGA…
KALAU SOAL MINYAK KA , BALAK KA , AH..BARU LA DIBERI PERHATIAN PENUH !!
[Reply only this thread]
July 17th, 2008 at 10:19 am
Actually ini suma depends on luck juga bah tu..My brother used to work in spore sometimes in year 1996 macam tu..He was lucky because he got the job from genuine agent..bukan main tipu..memang dia keja kilang..tapi gaji yang kena bayar pun berbaloi..
For those who wanted to try their luck in spore..bagus check betul2 latar belakang agent yang dorang p daftar..if the reputation already bad, buat apa mau apply lagi kan?? But still…keja d spore memang really need luck..if only our sabahan youth dapat good agent, mesti dorang pun hidup senang suda kan..ni malang pulak dapat agen yang con orang..
Jadi, patut mau berhati2 sebelum kena, jangan telampau excited sebab nampak tawaran gaji yang besar..pikir bagus2 sebelum kena..
[Reply only this thread]
July 18th, 2008 at 2:30 am
San,
kita mungkin sudah lupa kes yang kecoh melibatkan sumai-isteri muda warga Malaysia (hmmm tahun 2006 barangkali?) yang mendapat liputan media yang terpaksa melarikan diri (akibat kes yg hampir serupa dengan di atas) dan terpaksa tidur di bawah2 jambatan dan tepi longkang sebelum diselamatkan.
Saya beberapa kali (3-4 kali?) ke Kota Singa ini atas urusan rasmi (bermalam) dan melihat betapa rakyat asing yg berkerja di negara itu memang ramai (sama seperti di Msia) bezanya ramai rakyat Malaysia terutama dari Borneo (yang dengan mudah dapat dicam, barangkali ada bentuk muka tertentu? haha) dan kelihatannya berkeliaran pada malam hari.
Di sana tiada perkhidmatan bas kilang, van2 pirate dsbg utk kemudahan pekerja…mereka bergerak di atas lori tanpa atap dalam panas terik dan hujan bersesak2 tanpa mengira asal negara (Bangla, Indon, Msia?). Layanan saya tidak berani komen tapi situasi ini sudah menunjukkan ciri2 layan mereka terhadap pekerja luarkan?
Pada tahun 2000 (masa ni belajar di UPM lagi…aha memory ni) ada sekumpulan remaja lelaki tiba2 muncul di Serdang dan tinggal bersama salah seorang rakan baik kami pada masa itu dan mereka mengaku baru melarikan diri dari Kota Singa dengan berenang menyeberangi Tambak Johor kerana kes yg hmpr sama dgn kes di atas!
Tapi perlu ingat, jangan salahkan Kota Singa itu semata2. Kita kongsi dan sebarkan maklumat ini. Nasihatkan semua saudara mara kita jgn sampai terjebak dan menyesal…
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri…. Bagus lagi kita buat kilang batu kan, san? ahaha..
[Reply only this thread]
July 18th, 2008 at 3:52 am
Ya Reno ,
Betul , Hujan Berlian di negeri orang lain , Hujan lembing di negeri sendiri ,
baik lagi di negeri sendiri .
[Reply only this thread]
July 18th, 2008 at 4:47 pm
Ini memang sudah sedia maklum Reno,
Terima kasih dengan info ini sekali lagi .
[Reply only this thread]
July 19th, 2008 at 4:13 pm
sekarang sya tanakvagu…suda SENANG sebenarnya. aku suda mempunyai ,tapi tiada penghuninya,penjaga sja ada,keluarga ku dn jiranku,klo sya ckap jiran ku mesti sya ingat ehnm ehnm.. si Agenas.sumandak sya.
tetapi….malangnya dia suda kahwin,sya terlambat sikit bah.
tanakvagu tetap yg terbaik sampai bila bila.
[Reply only this thread]
July 19th, 2008 at 4:14 pm
mempunyai Rumah idaman..
[Reply only this thread]
July 19th, 2008 at 4:16 pm
u All bagus bagus tompinai…thank u,tahank u,thank u…
[Reply only this thread]
July 20th, 2008 at 5:59 am
tanakvagu, nnt klu berkesempatan ke sana lagi, nnt saya cari ko ah…boleh bincang2 sambil minum kupi kan? hehe ow lg satu, tumpang simpati dengan x-sumandak ko…tapi bak kata lagu Dusun, “dunia masih luas, cari saja yang lain…” hehe alamak sori San, lari topik kejap…
[Reply only this thread]
July 20th, 2008 at 9:46 am
susahla ni macam…
jadi apalah tindakan pihak yang sepatutnya urus ni benda?
nda buli biar ni keadaan… mentang2la ramai sabahan yang p cari rezeki di sana.. tidak semestinya kita ni xda maruah….
[Reply only this thread]
July 21st, 2008 at 3:35 am
ya Ned, betul. benda ni melibatkan maruah… hmmm kena usaha jg semua pihak ni dan tgk apa durg yg mguruskan hal buli buat…
[Reply only this thread]
July 21st, 2008 at 10:15 am
memang gila lah.. nanti kalo dapat tu yg bertanggungjawab buat hal mcm tu, kasi buang di laut….huhu..
[Reply only this thread]
July 24th, 2008 at 4:06 pm
boleh bah klo kau Reno..hehe,bah…simpati juga ko arr,enmm…apa mau cakap arr?…thank you diabilang.atau kotoluadan
[Reply only this thread]
July 24th, 2008 at 4:29 pm
hi semua sabahan yg baik hati….sila la lawati blog sya yg sederhana,asal kamu kasi comment satu sja thank u banyak banyak..arr..link here arr
[Reply only this thread]