Pendapatku-sabahan youths trapped-01
137 views ,Sejak dari dulu lagi , saya bercadang untuk berhijrah ke luar Bandar sebab ekonomi keluarga saya berada dalam keadaan yang tidak stabil.Saya melihat rumah saya seperti kandang ayam yang tidak mempunyai ruang tamu .
Kalau ada orang masuk ke rumah,kami akan benarkan mereka masuk ke dalam tetapi dengan syarat, hanya untuk beberapa orang sahaja.Jika tidak,sudah tentu rumah kami akan roboh.
Setiap kali saya mendengar bunyi kereta lalu di kawasan rumah,saya akan masuk ke dalam kerana saya malu apabila mereka nampak saya berdiri di luar.
Satu hari saya dipelawa oleh seorang yang saya kenali,orang kampung saya sendiri untuk bekerja di singapura dan Kuala Lumpur.Saya menolak pelawaan mereka kerana saya tiada wang yang banyak untuk membayar kos perjalanan tetapi agen itu memberitahu bahawa mereka akan membayar kos perjalanan . Jadi,saya anggap kos itu adalah percuma.
Saya hanya mendengar perkataan yang keluar daripada mulut mereka seperti ini [Syarikat atau agen yang akan menanggung semua perbelanjaan].
Tetapi hati saya terlalu berat untuk pergi apabila terdapat belia di kampung saya mula membuat aduan yang semua perbelanjaan itu tidak percuma tetapi gaji akan dipotong samada terus kepada agen atau kepada agensi yang berkaitan.
Ada juga yang saya dengar,jika mereka bernasib baik,mereka akan mendapat gaji yang lumayan.Jika tidak bernasib baik,mereka mungkin akan mendapat gaji yang hampir tidak masuk akal.Sebab kebanyakan yang datang bekerja bukanlah yang berpendidikan tinggi tetapi semuanya berasal dari kampung.Ini pun bergantung kepada pekerja itu.Kalau dia rajin , akan dapat lebih,kalau malas,akan dapat kurang.
Di kampung kami sekarang pun terdapat seorang agen yang jujur dan bertanggungjawab.Dia seringkali mempelawa orang-orang kampung untuk bekerja di singapura dengan bayaran yang lumayan.Semua urusan pas perjalanan dilakukan oleh agen itu dan tiada satupun aduan yang diterima oleh para pekerja yang berada di bawah jagaan agen ini .
Dia juga menghormati hak pekerja yang berada dibawah agen ini.Agen ini juga tidak memaksa sesiapa untuk bekerja di singapura.Mereka bekerja di singapura dan balik dengan selamat di kampung.
Melalui kajian dan penilaian saya ,ternyata agen yang lain itu diperdaya oleh pihak-pihak tertentu atau sengaja melakukan perkara yang melanggar hak asasi kemanusiaan .
Ini merupakan satu perkara yang rumit bagi saya tetapi saya tidak menggalakkan sesiapapun untuk bekerja di negeri orang lain menggunakan agen .Jika masih mampu,berhubunglah dengan kawan-kawan yang bekerja di Negara orang lain atau jika terdapat saudara mara , berhubunglah dengan mereka.
Saya faham bahawa penderitaan di kampung itu lebih hebat daripada di Bandar sebab di Bandar,wang boleh dicari bila-bila masa tetapi di kampung , kalau tiada perniagaan kecil-kecilan atau hanya mengharapkan tanaman yang ditanam di kebun atau di ladang,belum tentu lagi akan mendapatkan hasil yang boleh dan dapat meningkatkan taraf kehidupan keluarga , semuanya hanya sekadar kais pagi makan pagi,kasi petang makan petang.
Untuk pengetahuan anda , kebanyakan mereka yang bekerja di luar negeri bukannya orang kaya 100% sebab mereka ini sebenarnya sedang mengikat perut untuk keluarga mereka di kampung.Bagi para belia,mereka mungkin tercabar untuk tidak lagi mengharapkan bantuan daripada ibu bapa mereka , jadi mereka akan keluar daripada zon selesa mereka untuk berhijrah ke negeri orang lain dengan tujuan untuk mencari makan.
Kalau kita melarang para belia bekerja di luar Negara pun itu adalah hak mereka juga tetapi satu hal yang perlu kita ketahui disini ialah mereka bekerja untuk mencukupkan segala yang kurang terutamanya dari segi ekonomi.
Ini juga sekaligus akan meningkatkan ekonomi Negara Malaysia kerana sistem pertukaran mata wang asing yang dibawa dari luar negeri akan ditukar kepada Ringgit Malaysia dan saya pasti anda tahu bagaimana perjalanan wang ini berlaku.Saya tidak akan huraikan kerana terlalu panjang.
Bagi yang bernasib baik,yang mana keluarga mereka masih dapat mencari makan walaupun tidak memerlukan wang yang banyak daripada anak mereka yang berada di luar negeri dan mereka tidak perlu ikat perut tetapi bagi keluarga yang benar-benar mengharapkan bantuan daripada anak mereka,sudah tentu mereka akan berbuat demikian.
Dan agen yang berada di kampung ini sudahpun mengetahui kehidupan rakan-rakan sekampungnya dan dia adalah seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap pekerja yang berada di bawah jagaannya.
Saya juga diberitahu bahawa terdapat masalah yang dihadapi oleh orang kampung semasa pergi ke Negara orang lain .Mereka yang membawa masalah itu agen agen yang menyamar.Mereka menyamar menjadi orang baik , mungkin sahaja menggunakan nama Tuhan untuk mengelirukan orang lain .Jadi , agen ini harus dihindari.
Sebenarnya apabila saya berbicara soal ini,sudah tentu yang terlibat ialah kerajaan Malaysia sebab isu ini adalah berkaitan dengan isu pekerja.Mencemarkan alam sekitar adalah perkara yang serius tetapi lebih serius lagi kalau agen yang menipu sudahpun mencemarkan nama Negara Malaysia .Apakah yang akan anda lakukan sekiranya ini terjadi ? Adakah anda berdiam diri atau hanya mengharapkan gaji keluar setiap bulan masuk ke dalam bank dan membiarkan orang lain menderita ? Di manakah keadilan ?
Pernyataan ini saya lihat didalam muka surat pertama passpot [ tidak termasuk kulit] .
Bahawasanya atas nama yang di-Pertuan Agong Malaysia diminta semua yang berkenaan supaya membenarkan pembawa passport ini lalu dengan bebas tanpa halangan atau sekatan dan memberi apa-apa juga pertolongan dan perlindungan yang perlu kepadanya.
These are to request and require in the name of the Supreme Head of Malaysia all those whom it may concern to allow the bearer to pass freely without let or hindrance,and to afford the bearer such assistance and protection as may be necessary .
Ternyata pernyataan ini tidak diendahkan oleh sebilangan agen yang diberi hak untuk menjaga para pekerja supaya dilindungi atau saya tidak faham dengan pernyataan ini ?.Mereka [Agen] atau pihak atasan yang sepatutnya bertangggungjawab telah melanggar hak asasi manusia dan memperlakukan manusia seperti seekor binatang hanya untuk mendapatkan keuntungan.Di manakah keadilan ?
Saya juga tidak salahkan agen sesiapa 100% kerana itu bergantung kepada individu (pekerja) itu sendiri tetapi di manakah tanggungjawab mereka [Agen dan pihak atasan] sehingga tidak memberikan sepenuhnya perlindungan kepada para belia yang bekerja di luar Negara ?
———————————–
P/S: Saya masih memerlukan sedikit maklumat daripada urangranau dan tanakwagu untuk posting yang seterusnya .Saya berharaplah daripada mereka membuat penggambaran lokasi sebab mereka berada di singapura pada masa ini.



July 17th, 2008 at 7:10 am
ok san, harap pd hujung minggu ni dapat la sia meninjau2 org2 kita yg berada di sini. ko tau la kerja isnin-jumaat. pergi pagi balik petang…kerja makan gaji lah katakan. tp saya akan cuba meninjau2 di sekitar kawasan saya dahulu hujung minggu ini.
Kalau ada yg sudi di temubual mgkn lebih baik. saya juga akan minta bantuan rakan yg berkerja di ministry of manpower untuk maklumat tambahan. sebenar nya saya juga ada rakan yg bekerja dlm kompeni yg sama yg berasal dr sabah tp sy tidak blh menemubual beliau sbb beliau berkelulusan universiti michigan. San, nnt sia sudah siap sia punya “research” di sini br akan saya kastau ko..
[Reply only this thread]
July 17th, 2008 at 9:30 am
Terima kasih urangranau kerana sudi membantu,
Take ur time, no need to rush ,This
is for wilingness people just like u….
[Reply only this thread]
July 17th, 2008 at 10:26 am
bagus san..meleleh leleh air mata sia baca…tp kita ni serupa..suda la inda ensem…inda kaya lagi..indada sumandak lagi..apa la jadi kita ni..aha..tp kenyataan ba tu semua….jan sja ko imagine jadi kucing la sebab tension ah…mentang2 kucing hari2 duduk diam..tidur makan sja dia tau..makan pun free lagi..hehe..
well..kira semua pun kadang kala begantung sama nasib jg..and saya salute tu agen d kampung ko…kalau ada 100 org mcm tu cukup suda kasi maju satu kg besar tu…ni dari 100 org kali ada 10 org sja pikir mcm tu…paling inda best..urang sendiri makan urang sendiri..so ada beza dia..bila kita d tempat org..kita kana tipu masi buli terima…sebab bukan org kita…paham kita kana tindas sebab bangsa..kalu urg kita yg buat kita macam tu..adeh..macam ko mau panggang sja tu urg kan..haha…kata kata dari urangranau dan tanakvagu pasti membantu kita membeliakkan biji mata kita untuk melihat lebih jauh…..
[Reply only this thread]
July 17th, 2008 at 10:44 am
Yalah wel , kita ini mimang bujang lapuk dari duuulu
lagi.Jangan saja ko kobihis mendengar cerita saya ni,
kalau saya cerita panjang,sa takut pula lagi panjang
bihis yang keluar..Hehehe..Mimang beginilah kehidupan
ni Wel , orang meskin akan tambah meskin , orang
kaya akan tambah kaya ,ini berlaku kalau orang
menindas orang , syukur juga , saya masih hidup..
Lagi2 saya ini juga inda Ensem,rumah pun macam
macam kandang ayam,sumandak pun mau ka tidak ,
masih berfikir dua kali , last-last yang ketiga kali inda mau…
Saya juga salute agen di kampung saya tu tapi
dia tidak dapat pujuk saya kalau dia memberi tawaran
bekerja di singapura , saya cakap saya boleh pergi sendiri
no agen , no chains and closed door ….
Bukan lagi mau panggang wel , kalau boleh saya guring tu
tapi … guring pun tidak sadap juga.
[Reply only this thread]
July 17th, 2008 at 11:40 am
ni la yg mcm familiar sj…dulu sblm ekonomi keluarga ada baik sikit..rumah sy di kmpg pun mcm ni. kawan sia ckp rumah kami mcm kotak..hehehe smpi time perayaan kami buat dasar rumah ter tutup (ni ter masuk langsir sama pintu ter tutup)..tp yg siok nya di blkg rmh ada pasar tani free + pasar gantung free (sayur, ubi, buah2an free + ayam kmpg, ayam cina) telur free…teringat pula time dulu2…
[Reply only this thread]
July 17th, 2008 at 2:25 pm
Aik , saya fikir rumah saya saja yang macam kotak pula , hehehe.
dasar rumah tertutup tu takut kenampakan bah,malu baitu kalau
orang nampak , kecil lagi kecil, tidak sanggup menerima tetamu
hehehe… ada juga kawan saya ada rumah kotak…..
[Reply only this thread]
July 18th, 2008 at 2:48 am
Yabahurangranau,
masih ada yg sayang… Ada juga agen yang bagus mcm si San cakap. Terpulang pada kita untuk siasat dan tentukan..setuju..kena juga keluar dari zon selesa. sampai bila mo duduk rumah kutak kan? kadang2 kita terpaksa juga memperjudikan nasib selepas berdoa dan harus mula berusaha…
[Reply only this thread]
July 18th, 2008 at 3:17 am
sia ada beberapa info pasal urang2 Sabah d Singapore.. tapi info sia ni jenis cerita mulut ke mulut.. Tapi memandangkan org2 yg menjadi mangsa ni ialah orang yg saya kenal sejak saya budak.. So info ni mimang tepat… Saya bagi 3 kes.. (sebab 3 org ni kawan saya membesar)
kes 1, saya panggil dia si A. Dia ni pigi sini Singapore guna agen juga… So lepas dorang kerja d sini, d mana kilang dorang kerja di sana juga tpt dorang tidur.. Tiada air yg bagus dan dorang kana kunci. Satu masa ni, si A terjatuh dari kawasan tinggi kilang tu then kaki dia pun cedera.. tapi tiada rawatan untuk dia. So sia pun inda tau apa dia buat lepas tu… but selepas tu dia pun berhenti lah kerja..
kes 2, dua orang sekawan ni si B dan si C. Dorang kana bawa ajen pigi sana Singapore. Lepas dorang kerja kan, gaji dorang tidak kana bayar selama 4 kah atau 6 bulan.. sia kurang pasti. Ini kes dorang inda kana kunci, tapi kes ni tidak kana bayar gaji dan passport kana pigang agen. So last2, bila betul2 tiada suda duit… then ni 2 kawan sia pun cari lah mana2 sampah yg ada makanan. Hanya tuk makan.. So dipendekkan cerita, dorang jumpa duta Malaysia.. then dorang pun dapat lah pigi sana Johor.
kes 3, (KK area juga ni ) seorang ppuan kampung sia ni ni kana offer kerja d restoran. So lepas sampai d tpt yg agen ni cakap.. Dorang actualy kana kurung d rumah pelacuran. But kes ni ok, sebab before sempat kana transfer pi tempat lain lagi jauh.. org2 kampung kami sempat ramai2 pigi sana KK n kasi lepas semua mangsa2 tu, tapi agen ni terlepas pula..
—————
semua kes ni walaupun berlainan masa dan org yang terlibat. Tapi semua dorang ada satu persamaan, tidak mahir dengan information skill, blur dengan protokol rasmi utk kes2 kecemasan dan semua dorang ni mangsa kepada sifat simple minded sendiri.
Apa yang saya mo cakap sini, masalah2 macam gini jauh lagi senang kana elak kalo org2 kampung kita tidak jadi hamba kepada “simple minded” dorang. Perlu ada balance dalam life.. simple minded senang kana explotasi, bagi mereka yg faham masalah ni, kita kena fikir cara utk spread idea penyesuaian zaman ni.
[Reply only this thread]
July 18th, 2008 at 3:58 am
Dulu , Saya kira rumah kutak tu paling selesa lah… Sebab tak ada yang kacau
tapi masalah rumah kotak ni , goyang-goyang kalau kena tiup anging. Bahaya juga .Memang selesa tidur tapi itulah… Kalau angin biasa yang tiup tak apa, takut-takut kalau puting beliung lalu di situ.Sekali saja dia cakap hai ! ,habislah rumah kota di kebas.
[Reply only this thread]
July 18th, 2008 at 4:23 am
San, worst come to worst biarlah tinggal rumah kutak..di KB skg (barangkali bangsa bajau la) ada lagi rumah kutak tapi kerita malaysia sampai 3-4 bijik parking di kulung dia..ba apa cerita ni? cari makan di bumi hujan batu kita ni la kan? bukan tidak mo explore dunia yg luas ni tapi makan di kg banyak, padi beras, getah dan kelapa sawit…suma buli jd duit. Pucuk pangkalnya terserah la pada kebijaksanaan dan ‘kebodohan’ kita juga. ahaha..anjakan paradigma?
[Reply only this thread]
July 18th, 2008 at 5:32 am
Saya tidak tahu lah kalau banyak rumah kutak di KB
tapi mereka banyak kurita .Banyak peluang sebenarnya
tapi tidak diterokai sepenuhnya oleh kita.
Tidak nampak jalan kerana dikaburi oleh banyak janji
janji kosong atau janji terang bulan .Mereka lebih mementingkan
janji itu daripada kebijaksanaan mereka sendiri untuk menilainya.
Tapi rumah kutak sekarang pun sudah dimodenkan , kena angin
dan hujan , lagi siok tidur.hehehe….
[Reply only this thread]
July 18th, 2008 at 6:08 am
Agen inilah yang sepatutnya ditangkap kerana aktiviti mereka ini
ialah menyeludup manusia..Sebut saja perkataan menyeludup,
sudah tentu kegiatan orang seperti ini dikategorikan sebagai
Jenayah .Betul kan Reno .. ?
[Reply only this thread]
July 18th, 2008 at 8:57 am
Ya betul tu San, penyeludup sama la dengan penyangak..penyeludup @ penyangak adalah penjenayah atau mereka2 yang mencari sumber kewangan dengan cara tidak halal atau dengan kata mudahnya menipu…hehe Nah, klu kita ada maklumat ini silalah lapor ke kantor polis yang berhampiran dan jangan anggap ia sudah berakhir tetapi buat sampai mereka tertangkap. Jika kita repot sahaja mereka akan lari dan melakukan perkara yang sama di masa hadapan.
[Reply only this thread]