Mengapa saya berblog-03
52 views ,Adakah saya mesti mejadi seorang yang berjaya barulah saya dapat berblog? Adakah tidak diperbolehkan orang meskin berblog ? atau mereka yang tidak professional tidak diperbolehkan atau tidak layak langsung untuk berblog? Atau oleh kerana anda mempunyai kekurangan , maka anda tidak berblog ?
Kalau kita meninjau kembali tujuan internet itu diwujudkan,maka berblog tidak menjadi halangan untuk kita lagi.
Sebab kita lihat banyak sekali orang berblog disebabkan untuk menambah popularity mereka didalam internet selain didalam dunia luar.Jadi , kalau mereka yang tiada popularity berblog di asingkan ? Tidak sama sekali.
Internet adalah untuk semua orang.Walaupun internet ialah satu dunia maya,sekurang-kurangnya makna internet itu sendiri adalah untuk semua orang , cuma kita perlu tahu bahawa kita yang sendiri mengawal artikel yang dipos didalam blog kita.
Kalau kewujudan internet hanya untuk satu-satu orang atau hanya orang-orang tertentu saja,saya pasti internet ini bukan dunia maya lagi tetapi ia satu nama orang yang memerintah dan menguasai dunia.Mungkin saja ia menjadi seorang pemerintah kuku besi atau kuku buaya.
Maka , dengan itu saya sarankan para blogger supaya terus berblog jika anda mahu dan masih mempunyai sambungan internet.Walaupun ini satu dunia maya tetapi tetaplah bersemangat sebagai seorang blogger,sampaikan sesuatu yang ingin anda sampaikan.
Pernahkah anda melihat gempa bumi di China baru-baru ini ? Saya pernah tapi di television.Kesan gempa bumi ini tidak hanya dirasai oleh mereka yang berada di negeri China tetapi juga turut dideritai oleh para blogger atau pelayar interent di seluruh dunia.
Dan ada sesetengah daripada mereka mulai bercelaru sebab tidak dapat berhubung dengan pelenggan melalui internet disebabkan masalah ini .Jika tiada plan B pada masa itu , sudah tentu saya juga tidak dapat melayari internet tapi kalau jasad sudah berpisah dari badan,plan A sampai Z pun tetap tidak berfungsi.
P/S: Saya akan menyediakan ruangan download ebuku didalam web ini , soon!



Leave a Reply