Kebenaran untuk siapa?-2

112 views ,

Biasanya,jika satu isu panas didedahkan terutama yang berkaitan dengan kebenaran,maka banyak orang yang terlibat, tidak mahu memaparkannya . Pepatah mengenai “Berani kerana benar,takut kerana salah itu sudah dilupakan ?” Ada satu pertanyaan yang timbul didalam diri saya apabila memikirkan pepatah ini , “media is always right?”

Kita tidak berani menghadapi kebenaran dan tidak mengakui kesilapan kerana kita sudah malu,terhina dan disisi kerana semua ketidakbenaran kita sudah diketahui orang dan kita tahu semua itu adalah benar-benar tidak benar.Dan mungkin saja merampas kebahagiaan manusia .

Begitu susah untuk menjadi terkenal , mungkin terpaksa mengambil masa bertahun-tahun tetapi untuk jatuh dan menjadi bahan perbualan negetif,hanya untuk beberapa minit atau jam sahaja,semua orang tahu,seluruh dunia tahu.

Memang susah untuk membina sebuah rumah , mungkin mengambil masa berbulan-bulan lamanya tetapi jika hendak memusnahkannya,hanya beberapa minit sahaja.Seorang yang sudah terkenal amat berhati-hati supaya tidak jatuh sebab sudah terlalu tinggi dia mendaki.

Mendaki gunung kinabalu itu memang susah dan apabila sudah berada di puncak,kita akan merasa gembira dan berjaya tetapi banyak sudah orang yang mati dan jatuh ke gaung kerana tidak berhati-hati.Kami mendaki hari itu juga perlukan 3 guide.Dua di depan dan satu dibelakang.Jadi , kami di tengah-tengah.

Benarkah pepatah “Berani kerana benar,takut kerana salah itu akan luput secara perlahan-lahan ditelan zaman ? Jika pepatah ini sudah menjadi darah daging kita,maka sekarang sudah tiba masanya untuk merubah pepatah itu jika tidak sanggup menghadapinya.

Bagi saya , kesilapan hanyalah satu dot kecil tetapi kalau kesilapan kecil itu tidak dapat diselesaikan,ia akan mengakibatkan kejatuhan.

Sebagai akibatnya,Tiada persefahaman dan perpaduan akan berlaku.Akhirnya,kita kecewa dan menyalahkan diri sendiri ,teman, orang lain atau sesiapa sahaja yang rapat dengan kita .

Kita marah kerana ketidakbenaran sudah terdedah,kita takut untuk berubah dan menentukan haluan sendiri tanpa pepatah ini.

Ketidakbenaran boleh menyebabkan berlakunya penindasan dan yang menjadi mangsa ialah kita sendiri.Jadi , sebagai langkah untuk mencegah penindasan,lakukan pendedahan tetapi harus dikaji dengan teliti sebelum berbuat demikian .

Dan akhirnya,kita mencipta peraturan dan undang-undang sendiri supaya dapat mengelakkan diri daripada bertembung dengan pepatah ini TETAPI pepatah ini sudah digunakan sejak zaman berzaman dan sedang memakan diri sendiri seperti musuh didalam selimut atau duri dalam daging.Tiada yang sedar akan kewujudannya tetapi semua ini mulai menular didalam masyarakat kita pada hari ini.

Saya tidak berkata bahawa artikel ini menjadikan seseorang itu benar dan tidak pernah mengaku salah kalau bersalah tetapi ini hanya satu pendapat sahaja.Saya hanya sekadar berkongsi.

Random Posts


:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

4 Responses to “Kebenaran untuk siapa?-2”

  1. JUSTme Says:

    Bukanlah mudah untuk mendedahkan perihal sesuatu isu panas di suratkhabar terutama sekali memang kita tahu ada pihak-pihak secara langsung atau tidak langsung yang terlibat.

    Tetapi media masa perlu mendedahkan sesuatu perkara itu supaya tindakan yang bernas akan diambil secepat mungkin dan mereka mereka yang ditindas akan mendapat pembelaan.

    Saya ingin memberi komen sedikit diatas penulisan saudara:

    “Kita tidak berani menghadapi kebenaran dan tidak mengakui kesilapan kerana kita sudah malu,terhina dan disisi kerana semua ketidakbenaran kita sudah diketahui orang dan kita tahu semua itu adalah benar-benar tidak benar.Dan mungkin saja merampas kebahagiaan manusia .

    Begitu susah untuk menjadi terkenal , mungkin terpaksa mengambil masa bertahun-tahun tetapi untuk jatuh dan menjadi bahan perbualan negetif,hanya untuk beberapa minit atau jam sahaja,semua orang tahu,seluruh dunia tahu.”

    Kadang kadang seseorang itu tidak terfikir untuk menjadi terkenal atau apa-apapun tetapi kerana kesempitan hidup di tempat sendiri yang membuat seseorang itu mengambil keputusan sedemikian rupa.

    Selalunya mereka yang terlibat didalam situasi ini terperangkap kerana kurangnya pengetahuan dan tanpa berfikir panjang…. kadang kadang seseorang itu akan sanggup berbuat apa sahaja untuk keluar dari zon kesempitan hidup.

    Malu atau tidak bukanlah lagi menjadi satu ukuran disini..ataupun soal mengakui kesilapan..kesilapan telahpun berlaku..apa lagi memikirkan tentang soal penghinaan? Tidak ada seorangpun manusia yang tidak pernah berbuat salah sepanjang hidupnya.

    [Reply only this thread]

  2. kuai Says:

    Sannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

    Punya main sandi..:((((
    Sudah sa tulis panjanggggg tu comment.. tup tup ERROR…!!!
    nah.. sa tak leh uda tulis balik apa yang sa tulis tadi.. FULL BM lagi tu.. LOL
    Sa sedih ooo.. :(

    anyway…. last words yang sa ingat..

    Kebenaran adalah untuk kita semua (walaupun susah mau dapat).. semua orang tahu yang masing-masing tida akan lari dari membuat kesilapan. Jadi akuilah kesilapan kita sendiri.. sebab Kesempurnaan adalah lahir dari ‘pembetulan’ daripada kesilapan kita sendiri.

    nah! kalo error lagi… sa inda mau ulang lagi kama.. :(

    [Reply only this thread]

  3. san Says:

    Hai Kuai ,
    Terima kasih kerana memberikan idea .Walaupun saya menghadapi sedikit masalah melalui ruangan komen , saya sudah berusaha untuk berhempas pulas menyelesaikan masalah ini sejak beberapa hari yang lalu , kini
    timbul lagi.

    Untuk selanjutnya,ini cuma saranan saya sahaja , taip komen didalam tempat yang lain seperti Notepad atau Mikrosoft word dan simpan sementara .Saya selalu melakukan cara ini .

    Selepas itu gunakan teknik copy dan paste terus ke borang komen ini .Saya akan terus memperbaiki borang komen ini dari masa ke semasa walaupun saya sudah mnyelesaikannya beberapa jam yang lalu.

    Walaubagaimanapun,saya sentiasa menghargai komen kamu walaupun hanya sedikit kerana itu boleh membantu mereka yang memerlukan.

    Terima kasih sekali kerana memberikan komen.Jika ada apa- apa yang berlaku lagi , sila hantarkan komen melalui ruangan Contact Form yg disediakan dan saya akan memasukkan komen itu secara manual.

    Thanks for your great idea…

    [Reply only this thread]

  4. kuai Says:

    hehehe.. terima kasih atas saranannya san.. :D

    satu alternative yang bagus..:)

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Nunu boros nu?

Annoucement


Recent Visitors

Exchange Link

    Loading....