Hidup di negeri orang-01

170 views ,

Hidup di negeri orang memang satu penderitaan jika tiada sokongan dari mana-mana pihak terutama dari kalangan saudara mara atau kawan-kawan yang terdekat .

Kalau anda pertama kali mengambil keputusan untuk pergi ke luar negeri tanpa mempunyai persediaan dari segi mental dan fizikal , sudah tentu cabaran yang mendatang tidak dapat di tangkis atau kita lemah semangat untuk menghadapinya.

Sebelum berbuat demikian , adalah baik kita mengambil masa yang panjang untuk membuat penilaian sambil bertanya kepada diri sendiri dan cuba memberikan seberapa banyak kebaikan dan keburukan semasa berada di luar dan dalam Negara nanti.

Memang sangat baik untuk bekerja di Negara orang lain tetapi perlukan kekuatan secara batiniah sebab kalau tiada sokongan daripada kawan-kawan , masa kita menghadapi kekusutan atau dalam keadaan darurat, tiada sesiapa yang dapat membantu kita .

Tiada sesiapa yang dapat kita percayai kecuali mungkin teman sekerja, tiada sesiapa yang dapat kita lihat di sana sini kecuali orang yang tidak sama negeri dengan kita.. Kalau pertama kali berada di negeri orang , perasaan curiga itu seringkali menguasai kita dan lebih baik kita terperuk di rumah sahaja sambil melayani perasaan atau sebaliknya .

Tetapi kalau inginkan cabaran , saya cadangkan pergi ke luar negeri adalah cara terbaik . Kebanyakan daripada kita merasa tercabar apabila ada yang masih tidak dapat melakukan sesuatu terhadap keluarganya , apatah lagi kalau kita bukanlah berasal daripada keluarga yang kaya . Pendidikan juga tidak seberapa.

Jika anda bercadang untuk bekerja di luar negeri , maka saya akan berikan anda beberapa perkara yang patut difikirkan bersama .

Kita bekerja di negeri orang bermaksud kita hanya sementara di sana.Ada pepatah mengatakan walaupun setinggi-tinggi bangau terbang tapi akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.Pepatah ini amat sesuai untuk kita semua sebab semua orang yang bekerja di luar Negara selalunya tidak akan kekal di Negara itu.

[Kerbau dan bangau juga ada di negeri orang , jadi mana satu bangau dan kerbau yang terbang ,menghilang dan timbul lagi ? ]

Ada yang datang hanya sekadar untuk mencari wang , untuk membiayai perbelanjaan keluarga di kampung.Ada yang terpaksa ikat perut seperti didalam posting saya sebelumnya.

Ada yang terpaksa.. sebab mahu membiayai pelajaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.Apabila biasiswa itu tidak dapat membantu , maka berhijrah adalah cara yang terbaik .

Seringkali orang yang tidak pernah bekerja di luar Negara akan berkata/menegur/menyindir seperti ini . [ Kamu memang banyak wang apabila sudah bekerja di sana ] atau [ kamu orang kaya] dan sebagainya tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya sebab tidak semua mereka yang berhijrah itu mendapat pendapatan yang sama seperti yang dijanjikan sebelumnya.

Sebelum saya pergi ke luar negeri , saya sudah mencuba untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan karier saya di sabah tetapi ternyata saya tidak mendapati mana-mana agensi yang dapat membantu saya untuk mendapatkan pekerjaan atau saya tidak dapat menunggu lama kerana saya perlukan makanan untuk dapat meneruskan kehidupan didalam dunia ini .Memang beginilah kehidupan.Tapi burung di udara tidak pernah bekerja pun, tiap-tiap hari ada makanan.Kenapa ya ?

Saya pernah memohon pekerjaan di BSN [ Bank Simpanan Nasional] satu masa dulu tapi hampa.Saya banyak kawan di sana ni tapi saya tak tahu kalau mereka masih mengenali saya sebab saya bertambah hensem.(Yakinlah kepada diri sendiri lah,walaupun tak berapa hensem,hehehehe ).

Saya diberitahu bahawa hanya orang dalam sahaja yang boleh mengambil mana-mana jawatan atau kekosongan .Saya seringkali diingatkan mengenai perkara ini , jadi saya lemah semangat sebab kelulusan saya tidak seberapa,persaingan juga semakin sengit.Saya juga keluaran daripada JPSM tapi saya masih tidak yakin dengan kebolehan saya.Saya tidak dapat meneruskan niat saya untuk bekerja di sana [BSN]

Jadi , keputusan terakhir (Dah lama fikir dah) , saya berhijrah ke luar Negara dengan pertolongan seorang kawan , tanpa melalui agen.

Saya akan sambung lagi cerita ini pada artikel yang seterusnya .Untuk pengemaskinikan mengenai sabahan yang terperangkap di singapura , joy atau urangranau telah mengemaskinikan laman web yang bertajuk Re: geylang. Saya macam pernah dengar bunyi perkataan ini tapi di mana ya ?

Oh , itu gilang si paku gilang,gilang beramai-ramai.Pulang marilah pulang,marilah pulang beramai-ramai.Ya.. Pulanglah balik kampung bila misi sudah selesai… Yea…. sahabat saya Mr.Wel juga memberikan idea mengenai sabahan yang terperangkap itu didalam infernal-affair

Salam untuk semua.

Random Posts


:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

13 Responses to “Hidup di negeri orang-01”

  1. hombidai Says:

    bagi saya hidup di negeri orang adalah sesuatu yg mencabar sekiranya tiada persediaan (spt kata San)..

    kalau pergi ke negeri/negara orang sekadar utk suka2 atau mau try-test-kinam, mau tingu2 negeri urang etc… sia rasa janganlah pigi…

    pigilah kalu serius mau cari karaja dan duit utk diri sendiri dan keluarga di kampung…

    ttp jan lupa diri dan jan salah jalan bila di negeri/negara urang…

    selamat berjaya dan maju jaya kpd mereka yg serius mahu mencari segala sesuatu di luar negeri tercinta…

    [Reply only this thread]

  2. urangranau Says:

    wah panjang lebar explanation ko ni, tp harap2 buli menjadi “eye-opener” pada semua. betul tuh san, mcm mana jauh pun kita merantau, dlm hati mesti ada harapan mo balik semula ke tampat kelahiran. utk sy sendiri, mgkn sia akan balik, tp sia msh mo pergi bbrp tmpt lagi san, destinasi seterusnya new zealand. tinguk la klu ada harapan, minta transfer pergi branch di sana..kerja 2 tahun/3/ atau lebih…hehehe nnt last2 mesti akan balik juga.

    pasal geylang..itu red spot tuh.banyak “ayam2″ yg pandai bercakap n pandai pakai baju seksi. betul2 red spot, siang pun ada yg “buka kadai” hehehe tp susah mo ambil gambar..sbb durang ada yg jaga. anyway, i like ur post, keep on posting all ur brilliant ideas and point of view san..

    [Reply only this thread]

  3. san Says:

    Joy,
    Terima kasih dengan posting artikel terbaru kamu tu tetapi saranan saya jangan mencari yang bukan mangsa.Cari yang menjadi mangsa dan mahu dikeluarkan daripada tempat itu.Kalau sabahan yang bukan mangsa dan tidak kena mengena atau yang sengaja itu,saya fikir itu dibiarkan dulu.

    Pendedahan yang kamu berikan didalam laman itu menunjukan satu bukti tetapi tetaplah berhati-hati kerana ini hanya misi sukarela.Kamu tahu,satu Malaysia tahu mengenai hal sabahan di singapura,pendedahan ini tertumpu kepada mangsa.

    Yang bukan mangsa itu saya fikir boleh dikemudiankan kerana aduan mangsa itu melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan maruah bangsa dan Negara sendiri dan sekaligus dapat membantu orang sabahan yang bukan sabahan juga , serta para peninjau untuk membuat penilaian sendiri berdasarkan kepada fakta yang ada.

    Terima kasih kerana komen kamu.

    [Reply only this thread]

  4. tanakvagu Says:

    saya lebih berkeyakinan apabila merantau d negara orang,banyak pengalaman tapi kita amat terseksa dan mudah terjebak ke arah bahaya dan hal hal yg negatif..lepas tu masalah itu ada yg terbawa bawa ke rumahnya dan negrinya itu yg kita tidak mahu…klo baik tida apa juga ini klo suda menyamseng da lain tu.

    [Reply only this thread]

  5. tanakvagu Says:

    link n support my blog..pls dropp your comment in my funni blog. hehe..

    [Reply only this thread]

  6. wel Says:

    tangkiu san….hehe..mimang tidak dapat di nafikan kesusahan kita bila berada d negeri orang dan tidak dapat dinafikan juga apa yang mampu kita perolehi..kesemuanya bergantung kepada individual…berusaha atau berputus asa..teguh atau tidak….tulus atau tidak…ensem atau tidak..haha..inda la..ensem atau tidak kadang kala membawa kelebihan juga..macam jg cantik ka inda..hehe..suda pasti kita tidak mahu kembali ke kg dengan tangan kosong..dan itu merupakan salah satu tugasan kita berada di perantauan..

    [Reply only this thread]

  7. san Says:

    Teng kiu too…. betul tu Wel , mcm iklan yang biasa dibuat di television tu , “Inilah kelebihan feb, ” mereka cakap pasal sabun.hehehehe…. kecil atau besar sabun tu,semua ada kelebihan yang tersendiri… :)

    [Reply only this thread]

  8. yongkor-yongkor Says:

    yes i se7 with you all…hidup di negeri orang sendiri2 ja tau….i mean kta bkan bsama family…jd kena pandai cari kawan…lau tia pandai cari kwan,teda la kawan…huhuhu

    [Reply only this thread]

  9. san Says:

    ya , butul tu Yongkor-Yongkor,
    Saya setuju juga sebab kita bukan bersama family
    tapi cari kawan bukan sembarangan ooOOOo…

    Bernasib baik kalau dapat cari kawan
    yang baik …yg boleh membimbing kita ,
    kalau kawan yang meLONGKANGkan kita …. susah ooooOOOOOO

    [Reply only this thread]

  10. yongkor-yongkor Says:

    ya ba kan san….hehehe kalau hidup d negeri orang kena pandai jaga diri…yang penting mesti selalu hubung family n rajin2 bdoa untuk keselamatan diri…tp ada jg yg saya pnah dngar ba kan orng p luar negara bila blik d negeri asal trus xpandai ckap bahasa sendiri kunun…kesian ooooo orang mcm ni….mungkin kurang kasih sayang kan time merantau….hehehehe

    [Reply only this thread]

  11. san Says:

    Yongkor-yongkor, memang beginilah bah kalau berada
    di negeri orang ni, masuk kandang kerbau mintaih, :))

    [Reply only this thread]

  12. yongkor-yongkor Says:

    yaba kan san…hehehe jan ja kasi besar2 itu taih sudah…heheh:)>-

    [Reply only this thread]

  13. bosousada Says:

    hidup d negara orang ni telalu banyak dugaan dan cabaran..memang tidak dinafikan lagi ada sesetengah orang kita yang pigi luar dari negeri sabah yang juga yang masih macam dulu…cuma yang berubah tu nanti cara hidup dia..yalah..di bandar kan sepa yang mo macam orang kampung..majoriti org kmpung yng pigi bndar jadi macam orang bndar..hehehehehehe……

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Nunu boros nu?

Annoucement


Recent Visitors

Exchange Link

    Loading....