Siapa tag saya ?

138 views ,

Saya akan jawab semua soalan dari media yang ditujukan kepada saya walaupun jawaban saya mungkin tidak sepanjang yang di sangkakan tetapi saya akan jawab sedapat yang mungkin kerana soalan ini melibatkan banyak pihak.Pihak yang berwajib dan yang tidak berwajib.

Jadi , soalan ini benar-benar telah membantu saya mengingatkan perkara lalu mengenai sesuatu… Yang akan saya lakukan.Suspen betul bah saya ni.Soalan media tu dari kuai bah.Hehehehe..Dia tag saya ni..

Question 1:
What were you doing 5 years ago?

01.Pada waktu itu,saya sedang bekerja dan sedang belajar sesuatu (Rahsia) .Dan during that time..saya lakukan banyak perkara yang ganjil.Hehehehe…

Saya bangun pagi-pagi ,5.00 am pakai baju kot dan ambil sebatang pensel yang keras diperbuat daripada besi serta sebuah botol yang sederhana besar dan berisi lampu minyak tanah dan mulut botol ditutupi dengan kertas .

02.Lepas itu saya berjalan sejauh 3 kilometer dari rumah menuju ke hutan dan menyalakan lampu botol.Lalu saya meletakkannya di bawah pokok getah dan mulailah saya menoreh getah..Yea..Hebat…Kalau kalau tiada pokok getah,tiadalah tayar , tiadalah kereta.Jadi saya bekerja menyediakan tayar kereta kepada orang yang ada kereta.Nah , jangan jeles kalau saya ada bahan mentah untuk membuat tayar .Kalau bahan mentah yang dihasilkan adalah jenis baka baik , maka itu pasti adalah bahan mentah yang original , mahal dan bermutu tinggi.

03.Saya juga pernah mengambil kursus perabot selama 6 bulan di giat mara dan tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sebab IC belum siap .Bila saya tahu selepas 6 bulan,JPN tidak dapat mengeluarkan IC saya ,banyak juga pemohon IC pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa.Tak tahu nak lapor kepada siapa ? Tiada yang berani bersuara.

Pegawai JPN berkata bahawa dokumen pemohon semua hilang begitu sahaja.Kecewa bukan main saya pada waktu itu .Ada ura-ura mengatakan mereka telah menjual IC saya kepada PTI dan pegawai dalaman terlibat dengan kegiatan dadah.Saya memang kecewa pada waktu itu sebab semua system memerlukan kad pengenalan baru untuk mengisi permohonan jika ingin melanjutkan pelajaran.Jadi , saya terlepas,tersadai.. kawan-kawan yang lain sudah terbang..Hanya tinggal saya seorang diri.

04.Apabila saya melawat pejabat mereka (Daerah tidak dinyatakan) , secara diam-diam saya masuk ke dalam ruangan pejabat,ternyata semua dokumen berselerakan di bawah meja dan saya terlihat segelas kopi yang sudah sejuk bersama dengan beberapa puntung rokok berselerakan di atas meja pegawai.Pegawai yang bertugas tak tahu pergi ke mana.

Saya hampir-hampir kedapatan oleh mereka, saya menyedari hal itu,baru saya cepat-cepat keluar. Pegawai JPN yang saya maksudkan itu ialah bukan di kota kinabalu. Maaf lah.Ini Cuma untuk memenuhi permintaan tag.Saya bercerita mengenai kejadian 5 tahun yang lalu.Pendedahan khas ini supaya kita jangan berdiam diri kerana kalau kita bersuara demi kebenaran , secara tidak langsung kita juga membantu orang lain yang terperangkap dan sekaligus menebus maruah bangsa dan negara kita sendiri .

05.Saya pergi ke kebun dan tanam sayur,cangkul itu dan ini sekejap dan balik, cari cacing untuk dibuat umpan semasa memancing dan menangkap ikan,mencari labi-labi dengan menggunakan tombak tajam,yang biasanya boleh didapati di sungai yang berpasir dan ditepi sungai terbanyak banyak kangkung.

Question 2:
What were the 5 things on your to do list today?

01. Saya menyiapkan satu artikel dan mendesign satu borang alternatif untuk ruangan komen.for non commercial purpose lah.

02. Saya dapat membunuh ramai bot-bot .Saya mati dua kali.Tapi saya hidup lagi.Saya dapat melakukan satu das tembakan yang tepat menggunakan snipper (Yang paling kuat) dan saya tercedera banyak kali sebab terlalu cuai semasa menjalankan tugas sebagai Commando di game.. Counter Strike.Hehehehe..

03. Saya dapat menyelesaikan masalah dalaman dan luaran dan tidur dengan nyenyak semalam tapi tidak senyenyak malam yang sebelumnya sebab saya sedang memikirkan sesuatu…..

04. Saya dapat pergi ke tandas dan melepaskan segala-galanya di sana sambil tu, membuat pelaburan untuk jangka masa panjang.(Kalau tak keluar bahaya oh)..

05. Saya mendengar lagu dengan penuh penghayatan.

Question 3:
What are the 5 snacks that you enjoy?

1. Makan Ais Cream(kadang-kadang)
2. Bermain dengan php dan mysql walaupun belum berapa pas
3.Makan nasi + ayam seketul + campuran lada,tomato,bawang(Kuah)=Nasi Katok
4. Lemon Tea dan kacang tanah sambil menaip (Di rumah) .
5. Melihat Movie yang berunsur pengajaran ,Filem P.Ramlee,peperangan,patriotik ,filem percintaan seperti Kuch-Kuch Hota Hei,dan Cerita Cartoon expecially Tom and Jerry ,filem CSI (Crime Scene Investigation ) and Ancient History , Harry Potter and Peter Pan dan tertarik dengan dokumentari yang dipaparkan melalui pembikinan filem The Lord of the Rings.

Question 4:
What are 5 things that you would do if you were a billionaire?

1. Menjadi seorang penerbit filem tempatan
2. Kasi gaji orang kurik batu untuk dibuat rumah bawah tanah.
3. Saya kawin satu
4. Saya beli basikal
5. Beli coklet , beli baju dan seluar dan pergi ke Jerusalem.

Question 5:
What are 5 jobs you’ve had?

1. Saya kerja tukang tekan suis on dan off = Operator suis
2. Saya tukang kurik – Kurik lah..
3. Belajar web programming language
4. Rahsia
5. Menolong orang kaya untuk mendermakan wang mereka kepada orang meskin.

With this special honor, I choose them to continue my pleasure to tagging others with system 5+5 :

1. Great Bossing
2. Tot
3. Kengkaru New !
4. James
5. Badadang
Tag Bonus Lab-Papa

P/S: Piasau alternatif sudah menyediakan satu borang komen khas untuk semua.Kalau kawan-kawan ingin menghantar komen yang terlalu panjang.. Sila berbuat demikian di Disini .Komen ini akan dimasukkan dalam masa 24 jam dari tarikh penghantaran.Terima kasih banyak.

Random Posts


:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

15 Responses to “Siapa tag saya ?”

  1. Amy C Says:

    aiks ging! sa suda jawab nie tauuuuuuuuu……kekekekekeke

    [Reply only this thread]

  2. san Says:

    Aik , ini berulang ni , tak apa saya ambil traffik saja , saya akan tukar dalam masa beberapa jam nanti,hehehe…..

    [Reply only this thread]

  3. kengkaru Says:

    haha…tagging macam kana anting anting ja..ekeke

    [Reply only this thread]

  4. kengkaru Says:

    Nanti cow, cow p TAG saya ya? I’ve been TAGGED!

    [Reply only this thread]

  5. san Says:

    hahahahaha…… reziki jangan ditulak , kuang!kuang!kuang!

    [Reply only this thread]

  6. bossing Says:

    adedeh..san,sia masih nda pandai mau tag2 ne..camana tu? sia ne buduh skit pasal teknologi internet..hahahaha..camana gia tu..paperlu sia bikin ne?

    [Reply only this thread]

  7. san Says:

    Adedeh , ko ikut sajalah apa cara saya tu , tapi berlainan cerita lah , mungkin cerita ko pasal bosing melumpat-lumpat kerana dulu dia ikut katak melompat..manalah tau.. Hehehehe,

    Ada lima soalan yang perlu ko jawab dan ada lima orang yang perlu ko cari…
    untuk ditag .

    Mereka juga akan menjawab soalan kamu dan mentag lima juga.Seperti yang saya sekarang ni.

    Cari yang belum kena tag.

    [Reply only this thread]

  8. lab papa Says:

    Aiseh San-Chan, sa baru jak buat ni tag.

    [Reply only this thread]

  9. san Says:

    Terima kasih lab papa.San-chan pun mau tahu
    juga tu…. :)

    [Reply only this thread]

  10. kengkaru Says:

    Wah, hebat jawapan ko bagi soalan nombor 1. Apa ko sudah dapat IC lah nie?

    [Reply only this thread]

  11. san Says:

    Dulu saya cuma ada resit..sekarang sudah ada IC , sudah lama ….. sekarang sudah tua ni… :)

    [Reply only this thread]

  12. tanakwagu Says:

    ada satu saya ingat pasal IC ni. di kampung saya ada beberapa orang yang betul2 tiada IC. mereka ini bukan pendatang tp entah segala dokumen kelahiran tiada maka ic untuk anak2 tidak dapat dibuat, so duduk kampung sajalah durang ni pg tamu pun jarang2 takut ada rodblok. tau-tau lah sekarang ini cakap dusun pun naik lori juga….cerita d balai ka.

    [Reply only this thread]

  13. san Says:

    Hahaha…Saya teringat masa dulu semasa orang kampung yang jarang-jarang pergi ke bandar tu .Mereka takut sebab ada road block.Mereka lupa bawa IC ,bila polis tu soal mereka,semua mereka bertinguan,pura-pura diurang tidak mengerti cakap tu polis,kemudian mereka cakap bahasa dusun.

    Polis terus tidak jadi tangkap mereka,dia fikir orang ini orang asli yang tinggal di hutan , pakaian pun ada koyak2.Itu geng-geng itu semua orang tua dari kampung ketawa sesama sendiri kerana tidak ditahan.

    [Reply only this thread]

  14. kuai Says:

    hahaha.. Thanks San.. :) sorry baru niari sa tebaca pasal inda dapat online..

    ko putung gata ka? sa pun putung gata oo… hahahaha..

    len kali kalo tu urang kampung ko lupa bwa IC lagi.. suruh derang jawab BI.. biar tu pulis pengsan TAKAJUT.. hehehe

    [Reply only this thread]

  15. san Says:

    Its Ok , saya putung gata bah kuai .Tapi bangun
    5am tu hanya sekali dua saja sebab saya selalu
    lewat bangun .

    Lagipun saya jarang putung gata bah sudah 5am.
    Kalau sa balik kg,langsung sa teda p putung (toreh)
    tu gatah (getah) , mama sa yg p,dia sudah dulunan
    dari saya , sa lambat bangun kdg2.

    Sa pikir sa saja ada gata di kg,inda jadi sa kaci jeles
    ni..Hehehehe….

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Nunu boros nu?

Annoucement


Recent Visitors

Exchange Link

    Loading....