Hidup di negeri orang Vs common Sense

96 views ,

[Sambungan daripada artikel sebelumnya] Selepas saya membuat pertimbangan dan memikirkannya masak-masak,maka saya mengambil keputusan untuk pergi tanpa melalui agen .Saya tidak pergi melalui agen disebabkan saya diberitahu sebelumnya mengenai agen yang menipu.Jadi , saya terlepas daripada ditipu,tetapi belum tentu lagi apabila sampai di negeri orang nanti .

Saya agak lama berada disini sebelum mendapat pekerjaan sebenarnya .Saya terpaksa balik ke kampung selama dua minggu untuk menunggu keputusan seterusnya.Itu memang sengsara.Perlukan banyak wang pergi dan balik .Kalau diterima,tidak mengapa.

Tapi kalau tidak ada apa-apa jawaban ? Memang tanpa Ejen dan melalui ejen juga mempunyai risiko yang tersendiri Seperti membuat pertaruhan antara hidup dan mati.Mengapa tidak, kos untuk pergi dan balik itu memang banyak,biasalah wang penganggur tidak setinggi gunung kinabalu .

Jadi selepas dijamin,saya dipanggil sekali lagi.Ini betul-betul satu perjalanan pergi dan balik [bukan pulang balik], saya seperti seorang ahli perniagaan, berurusan sana dan sini , padahal hanya untuk urusan pekerjaan sahaja.Dan masih ada kawan yang tolong.

Saya tidak tahu mengapa semasa saya berada di depan meja bos semasa didalam temuduga itu merasa ada kelainan daripada yang biasa.Saya diberitahu bahawa bos yang ada didepan saya itu adalah bos yang sudah memecat lebih daripada 5 orang pekerja dalam masa beberapa bulan yang lalu.Ini yang amat membingungkan saya.

Saya bercadang untuk tidak mahu tetapi pergi dan balik hanya untuk urusan pekerjaan saya fikir sudah menghabiskan ratusan ringgit.Jadi , apa yang saya lakukan ? Saya terpaksa menerima pekerjaan itu walaupun agak berat.Selepas saya diberitahu mengenai keanihan bos itu , saya mulai merasa curiga , awal-awal sudah curiga ni,macam mana nak bersemangat untuk bekerja.

Kebolehan saya mungkin tidak dapat membantu firma/perusahaan itu untuk maju kerana saya sedang berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh bos saya .Adakah saya mesti mengambil hatinya dulu kemudian membuat teguran untuk menyelamatkan bos saya daripada masalahnya atau sebaliknya.Dalam hal ini pun saya masih berfikir [siapalah saya ini, ?] .

Dia bos,saya hanya seorang pekerja baru,percubaan hanya 3 bulan dan saya yakin itu adalah percubaan tetapi saya masih tidak yakin kalau-kalau dia sudah mempercayai saya .Jadi , saya mengambil keputusan untuk membuat penyelidikan [Research] secara diam-diam untuk membuktikan samaada bos saya ini pernah memecat pekerja sebelumnya.

Sebelum 3 bulan berlalu,saya mulai tidak senang dengan kelakuan bos saya .Mengapa tidak , perkara pertama yang harus dia lakukan ialah berkata seperti ini [Gunakan Common Sense] .Saya tidak tahu jika pemecatan pekerja yang lain adalah disebabkan oleh oleh satu fakta iaitu ketidakfahaman para pekerja mengenai makna Common Sense.

[Untuk pengetahuan asas , Common sense is a good sense and sound judgement in practical matters: it is all a matter of common sense .]

Jadi ,berfikir berdasarkan logiknya sesuatu itu atau pendek kata logik atau tidak itu belum dikira sebagai common sense tapi results yang diperolehi itu yang dikatakan sudah menjadi common Sense.Common Sense hanya satu saluran minda untuk membuat keputusan daripada logiknya sesesuatu itu kepada kurang logic atau sebaliknya .

Menurut pengertianku,penggunaan common sense berdasarkan juga kepada tahap pemikiran seseorang untuk bergerak ke arah yang negetif atau positif , ini juga boleh mempengaruhi kelakuan orang untuk berbuat jahat atau berbuat baik .

Gambaran secara keseluruhan mengenai makna common Sense,maka secara sendirinya saya tahu mengapa para pekerja yang ada di perusahaan/firma itu dia pecat.Mengapa mereka kena pecat ?Apa kaitan common Sense dengan pekerjanya ? Dan siapakah yang selalu menggunakan Common Sense? Jawabannya ada didalam artikel seterusnya…

Kalau ada masa terluang,saya akan ambil gambar tempat saya bekerja dulu tapi tak perlulah. saya masih tertanya-tanya,mengapa mesti menggunakan common sense.

Kalau sudah beristeri dan setiap hari isteri ditikam dengan common sense,saya pasti,tidak sampai 1 tahun,akan ada penceraian sebab penderitaan seorang isteri disebabkan oleh common sense , ada dikalangan mereka yang diam-diam cuba untuk bunuh diri tetapi tidak sampai hati untuk berbuat demikian.

Maaf,Saya Cuma belajar daripada pengalaman orang lain dan mungkin sumber ini berguna untuk kita semua.

Salam untuk semua…
P/S: Gunakan piasau Alternatif jika perlu.Click Image blank yang berwarna putih jika proses loading mengambil masa yang lama.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

2 Responses to “Hidup di negeri orang Vs common Sense”

  1. urangranau Says:

    Kalau sudah beristeri dan setiap hari isteri ditikam dengan common sense,saya pasti,tidak sampai 1 tahun,akan ada penceraian sebab penderitaan seorang isteri disebabkan oleh common sense , ada dikalangan mereka yang diam-diam cuba untuk bunuh diri tetapi tidak sampai hati untuk berbuat demikian.

    adui bah san, kesian juga tuh bini..hmm dulu2 teringat pula time baru smpi di sini, masa tuh belum kana promote lagi..masih pekerja bawahan..bos sia cakap bah guna common sense ko..skrg klu bos sia nda ckp ulang2 sia rasa, sia punya common sense akan ter tinggal di katil stiap kali sia pergi kerja..hmm mgkn sia ter keluar tajuk sudah ahahah pening kepala sia (nda cukup tidur)..

    [Reply only this thread]

  2. san Says:

    Joy,
    saya fikir itu bergantung kepada kita juga,cara penggunaannya
    sebab saya sudah melihat dan mendengar orang berkata
    mengenai hal ini ,

    Yang paling teruk,apabila lampu padam,bos tu kata (mengumpat sekejap)
    guna common sense , itu memang perlu tapi sudah keterlaluan
    kalau menggunakan common Sense sebagai saluran untuk menindas
    pekerja.

    Lepas kitaorang tanya,dia kata,guna common sense juga, di mana kedai
    jual itu dan ini supaya boleh pergi ke kedai tu,,dia kata, guna common sense juga…

    Last-last nak minta kunci untuk buka kabinet yang penuh dengan fail untuk dikemaskinikan, (dia kunci sendiri)
    pun dia kata,guna common sense…juga.. Aduh !Saya memang banyak bertanya tapi bos ini terlebih
    common sense ni….Bila orang tidak tahu apa lagi nak dibuat.. dia panggil di
    ofis dan marah-marah…..waduh..terlalu susah nak dibawa berbincang….

    Last-last bila saya bagitahu bos tu nak pindah kerja,dia tanya saya lagi, “kenapa..? saya sudah hilang sabar masa tu… Dan saya kata: Guna Common Sense…saya terus berhenti hari itu juga….kejadian ini berlaku selama 2 bulan setengah… **Menderita ditindas macam ni…. tapi happy dengan kerja baru.. :)

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link