jentolak dan jentarik

113 views ,

Saya tidaklah pakar dalam hal pembangunan kerana saya tidak bekerja di sector pembangunan tetapi saya mempunyai satu persoalan mengenai pembangunan dan mungkin idea saya ini berguna untuk mereka yang inginkan pembangunan.Mungkin ? kerana semua orang inginkan pembangunan tetapi pembangunan yang bagaimana yang kita harapkan ?

Ok,ini Cuma pendapat saya……hanya untuk berkongsi idea…Saya seringkali mendengar perkataan mengenai pembangunan.Apabila saya melihat ada traktor atau jentera penolak (Jentolak) yang melalui kawasan kampung,saya berfikir bahawa mungkin mereka sedang membuat bangunan besar-besar atau kedai berderet seperti di pekan atau daerah yang terdekat.Itu dalam fikiran saya .

Mungkinkah mereka akan mewujudkan taman permainan untuk orang-orang dewasa dan kanak-kanak? Sebab dulu , semasa zaman kanak-kanak, ada yang tidak sempat/kesampaian mengecapi barang permainan sehingga mereka meningkat dewasa.Saya berbicara ini kerana kawan-kawan saya berkata yang mereka ingin menjadi seperti kanak-kanak.Walaupun zaman kanak-kanak itu sudah berlalu,tetapi mereka ingin merasai kebahagian menjadi seperti kanak-kanak walaupun seketika

Ketua kampung di kampung saya pun pernah berkata kepada kuncu-kuncunya mengenai pembangunan.Tapi mereka berkata seperti ini [Majukan kampung kita] dan mereka mulai bergotong-royong untuk membersihkan kampung [selepas sahaja mengadakan mesyuarat beberapa hari yang lalu].

Semua orang dimestikan terlibat didalam aktiviti gotong royong ini .Ya, sudah tentu .

Dan selepas sahaja habis bergotong royong,mereka bersurai untuk membuat kerja masing-masing,dengan perasaan yang gembira dan penat tetapi saya beredar dengan penuh tanda tanya.Mengapa tidak,kalau sudah bersihkan kampung,mereka akan kata bahawa kampung ini sudah ada pembangunan.

Saya masih tidak puas hati sebab apabila balik dari rumah lama sebab ada sesuatu yang saya rasa tidak betul.

Ramai orang kita berhijrah ke luar negeri sebab mereka merasakan bahawa pembangunan di Negara sendiri tidak dapat membangun keluarga mereka ? Mengapa ?Sebab pembangunan seringkali diertikan sebagai bangunan dan infrastruktur semata-mata tetapi tidak mungkin dapat membantu satu keluarga itu untuk bangun setinggi bangunan yang dibina. Saya tidak menyalahkan sesiapa tetapi … yang pasti,sesuatu kawasan itu akan dapat dibangun apabila individu yang mendiami kawasan itu akan berubah.

Tiada orang,tiadalah bangunan.Tiada manusia maka tiadalah sistem.Tiada peraturan,maka sistem juga dalam masa yang sama boleh dihapus sedangkan peraturan dicipta untuk manusia dan sistem dicipta untuk membangun manusia.Pergerakan robot diatur oleh sistem.Siapakah robot yang saya maksudkan disini? Adakah kita sedar,kita sedang di atur oleh sistem?

Sistem itu menekan kita sehingga kita tidak bebas.Seluruh dunia menganggap kita ini bebas dari sistem kerana melihat ucapan ,mungkin hampir setiap hari tetapi realitinya atau keadaan yang berlaku sebenarnya tidak seperti itu kerana terlalu ramai orang yang dipenjara dan dikawal oleh sistem.Orang yang bersalah sepatutnya berada didalam penjara kerana kesalahannya tetapi oleh kerana sistem,orang yang tidak bersalah juga akan menjadi mangsa.

Jika tidak berubah,maka mereka hanya boleh menerima pembangunan dari segi infrastruktur tetapi tidak mungkin dapat merubah pembangunan ekonomi keluarga sebab kewangan yang tidak mencukupi untuk melengkapkan infrastruktur.

Peraturan boleh dihapuskan bila-bila masa jika peraturan itu menyusahkan manusia.Contoh peraturan ialah [Buka selipar/kasut sebelum masuk atau naik tangga] tetapi apabila kita menaiki tangga kapal terbang,jangan lupa bawa selipar atau kasut kerana tiada peraturan untuk meninggalkan kasut diluar.Jangan hairan jika kasut anda hilang selepas turun dari kapal terbang sedangkan anda baru sahaja meninggalkannya beberapa jam yang lalu.

Bercakap pasal maju,banyak skop.Maju perniagaan tetapi keluarga masih dalam porak peranda sebab tidak bebas dan di ikat oleh sistem.Perniagaan kita terkenal sehingga ke luar negeri tetapi keluarga kita menghadapi keretakan,tiada kebahagian, ini belum lagi dikatakan sebagai pembangunan .

Untuk dipanggil sebagai maju didalam pembangunan,bagi saya perlulah melihat keadaan Internal dan External didalam diri kita.Jika bahagian ini tidak seimbang,bermakna masih belum dapat dikatakan sebagai seorang yang sudah maju didalam pembangunan,malahan kita menipu diri sendiri.

Dasar pembangunan sebenarnya bermula daripada keluarga .Kalau tiada itu , bagaimana sekalipun kita berada di puncak atas tetapi akhirnya kita akan jatuh juga sebab salah satu tiang bangunan yang kita bina sudah mulai retak dan dimasuki air,tempat utama kita untuk berlindung.

Mampukah kita membangun satu masyarakat yang bersatu padu sedangkan sistem yang sedang berjalan tidak pernah memberikan peluang kepada kita untuk bebas dan bergerak seperti burung ? We are under spell by the system.

Kewujudan Jentolak memberikan tamparan hebat kepada Jentarik.Jentolak mengawal sistem dan Jentarik berusaha untuk bebas dari sistem tetapi kadang-kadang yang berlaku adalah disebaliknya.

Tunggu dan lihat tidak dapat mengubah kedua-dua jentolak ini untuk terus menolak dan menarik kecuali sistem berubah atau matikan enjin kedua-dua mesin ini.

P/S: Gunakan Piasau Alternatif apabila perlu.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

2 Responses to “jentolak dan jentarik”

  1. ReNo Says:

    Adui, memang bagus apa yg ko utarakan ni san. barangkali suma sedar akan pentingnya pembangunan itu sebab ketua kg ko pun cuba melaksankan sesuatu yang dianggap sbg ‘pembangunan’ tetapi saya sedar ada yg tidak ‘beberapa’ kena dalam barangkali sistem pendidikan atau pemikiran kita?

    Sistem saya tidak nafi seumpama perundangan dan peraturan yg seringkali mengongkong kita tapi dari satu sudut jika dilihat dari sebaliknya akan jadi sebaliknya juga kan? maka saya setuju yg amat sangat apabila dikatakan bahawa dasar utama kepada semua ini adalah keluarga dan gagalnya penerapan ini dari akar akan menghasilkan buah yg tidak beberapa baik…

    jentolak dan jentarik..hmmm ada kena-mengena kita semua juga ni…jom pikir?

    [Reply only this thread]

  2. san Says:

    Terima kasih Reno dengan idea ini… saya amat menghargainya…
    Saya hanya berbicara mengenai sistem sebab saya merujuk skop
    secara keseluruhan… :) ,

    Pasal Jentolak dan Jentarik tu,hem….hehehe… masih rahsia lah… :)

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link