kuasa berfikiran positif-2
157 views ,Pagi tadi saya lambat bangun kerana jam loceng saya tidak berbunyi . Saya melihat jam sudah menunjukkan 7.50am.Saya tidak pernah bangun lewat walaupun saya tidur lewat kerana saya biasa bangun awal kecuali setiap hujung minggu .
Selepas balik dari kerja,saya tidak akan terus tidur (di kerusi ) tetapi saya berdiam diri.Sebenarnya saya berdiam diri untuk mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan semasa berada didalam situasi yang tidak menyenangkan semasa di tempat kerja.Itu merupakan sesuatu yang perlu bagi saya dan tidak akan membawa masalah pekerjaan di rumah.
Tetapi adakalanya apabila saya membiarkan fikiran saya tertumpu kepada fikiran negetif 100% , badan saya menjadi lemah kerana tiada sokongan atau suntikan untuk berfikiran positif kerana sentiasa di tikam dengan fikiran yang negetif tetapi saya mengatasi masalah ini dengan cara bertenang dan balik semula kepada focus yang utama atau yang asal serta selalu timbulkan soalan didalam diri mengenai mengapa,bila,dimana atau lain-lain yang berkaitan.Tetapi adalah baik jika kita sentiasa berfikiran positif.
Tetapi satu hal yang perlu kita tahu ialah negetif dan positif adalah amat perlu didalam diri kita tetapi mesti dalam keadaan yang seimbang.Kalau timbangan di bahagian positif itu terlebih,pastikan timbangan yang di bahagian negetif tidak akan terus turun ke bawah.
Kekuatan kita untuk berfikiran positif sebenarnya bergantung kepada dalaman kita.Jika dalaman kita tidak stabil,kita tidak mungkin akan dapat menguasai fikiran kita supaya sentiasa lebih positif .
Contohnya,jika kita kecewa kerana masalah lain,sudah tentu masalah itu melibatkan bahagian dalaman dan jika masalah dalaman kita tidak stabil,silap-silap bunuh diri adalah jalan terakhir tapi cuba elakkan ini berlaku kerana masih ada yang sayang.
Mengapa tidak, setiap kali berdepan dengan masalah , sudah tentu akan goyah tetapi sebagai manusia biasa,kita pasti akan goyah tetapi cara mengatasinya ialah berdiam diri dan tenggelamkan semua masalah itu dan dengan sendirinya akan hilang kerana hari esok ada lagi masalah lain.
Sebenarnya masalah itu tidak akan hilang,ia tetap ada di luar,cuma yang saya maksudkan disini ialah sekurang-kurangnya masalah itu tidak menguasai kita sehingga kita tertekan dengan masalah.
Saya selalu melakukan cara ini.Jadi , sekaligus,saya tidak akan dapat memikirkan lagi masalah saya di tempat kerja sebab saya dapat menumpukan sepenuhnya kepada perkara lain.Masalah di tempat kerja baru saya lebih senang di atasi daripada masalah di tempat kerja lama .
Masalah dalam situasi ini berada di dalam kemampuan saya.Kalau sudah berada di luar kemampuan,bererti tiada satupun yang dapat saya atasi atau selesaikan kecuali penyelesaianya ialah dengan cara yang miracle.
Peluang untuk mengalihkan fikiran kepada perkara yang positif adalah amat sukar dilakukan jika semua tumpuan kita sedang didalam situasi yang menjurus kepada fikiran negetif.
Kadangkala,berfikiran negetif ini diharuskan tetapi adakalanya tidak diharuskan jika tidak biasa untuk berdepan dengan situasi yang di luar kemampuan sendiri.





August 4th, 2008 at 7:58 am
Mangkali sebab itu para saintis menjumpai dua kutub cas yang penting sahaja iaitu positif dan negatif yang diwakili wayar merah dan hitam? kenapa dua sahaja dan tidak lebih? terlebih positif, nda jalan. terlebih negatif pun sama juga, silap2 sort! betul kena balance la tu… tapi jangan kita lupa peranan wayar ijau-wayar bumi atau pun neutral…hmm kadang2 klu sort berfungsi juga wayar ni kan? hehe pikir2 kan la kita kan san?
[Reply only this thread]
August 4th, 2008 at 9:22 am
Cas negetif dan positif yang berlebihan boleh di atasi dengan
wayar neutral atau wayar bumi.
cas negetif dan positif yang berlebihan
mesti menggunakan wayar bumi atau neutral.
Membenamkan ke bumi=Negetif yang keterlaluan boleh dikurangkan
oleh kita sendiri , membenamkan ke bumi dan menjadikan cas berlebihan
itu tidak timbul lagi didalam fikiran kita/tidak akan memikirkan lagi soal itu
sehingga tidak membebankan diri kita sendiri.Hehehehe….
Contoh lain,cemburu yang keterlaluan boleh membawa beban berat
jika tidak terkawal,kita meneutralkan dengan memberikan
penerangan kepadanya dengan ikhlas.Apabila sudah neutral,tidak
akan berlaku lagi cemburu yang keterlaluan….. tetapi cemburu sebagai
tanda kasih sayang=neutral (Wayar Bumi atau hijau)
[Reply only this thread]
August 4th, 2008 at 9:40 am
muahaha sungguh puitis sekali..klu durg baca nda paham2 juga jan ko kasi salah durg kama…hehe ba ngam tu. muga2 wayar neutral saya aktif selalu dan nda rusak walaupun kadang2 over-loaded juga CPU sy ni…thanks san. hehe
[Reply only this thread]
August 4th, 2008 at 9:48 am
Saya tidak kasi salah sepa2 ni Reno… ini saya tulis
sebab fikiran saya menerokai untuk semua
orang di seluruh dunia , jadi tiada kaitan dengan orang
perseorangan , kalau mungkin terkena (Tidak sengaja kasi
kana , tiada niat ) , saya minta maaf saja lah…
sebab pendapat ni pun cuma untuk membongkar teori cas negetif
dan positif dan fungsi wayar bumi .Professor di atas tu, video …
adakah anda normal ?(Are you normal ?) Kalau sekadar
negetif,belum lagi di katakan normal , kecuali ada positif. Hehehehe…
[Reply only this thread]
August 4th, 2008 at 6:53 pm
4degreez.com decision ialah perkara yg kita buat tiap2 masa secara sedar atau inda sedar… dari kes kecil sampai besar, dari kes biasa sampai jarang.. dan proses decision sentiasa mcm berikut
define problem —> solve problem
kalo kita “define problem” salah… maka kita “solve problem” tu pun salah atau kebetulan betul saja..
Jadi apa proses dalam “define problem” tu sendiri?.
“Membezakan value” ialah salah satu proses yang terlibat dalam “define problem”, kita hanya dapat membezakan value kalo kita tau “positive value” dan “negative value”. Jadi di sini lah kegunaan tu negative value. Dan untuk mengesan “negative value” kita perlu buat simulasi “negative thinking” dalam kepala kita. Selagi “negative thinking” tu tidak tamat sebagai “final action” kita atau “problem solving” kita , maka kita sentiasa org baik.
Ini bukit apa yang San cakap kenapa kita perlu negative thinking. Sebab negative thinking diperlukan untuk melengkapkan decision making process kita.
Tapi macam biasa… benda yang kita perlu pun kalo suda terlebih jadi tidak baik untuk kita. Cth, kita perlu garam mineral dalam badan tapi kalo suda terlebih kita keracunan pula.. Ini juga betul utk negative thinking.. kalo kita terlebih negative thinking.. kita akan bermasalah… masalah paling populer Paranoid, Schizoid, Schizotypal & Antisocial…
ini salah satu contoh test (bukan muktamad) untuk tau samada negative thinking kita tahap ok atau inda…
[Reply only this thread]
August 5th, 2008 at 10:41 am
yes, yang paling susah ialah semasa membuat final solution .. Saya tidak hairan kalau banyak yang kena penyakit Paranoid, Schizoid ….. sebab tidak dapat melengkapkan decision making process.
[Reply only this thread]