muzik tempatan-kadus-01

113 views ,

Lagu dan irama tidak pernah dipisahkan.Seperti isi dengan kuku..Apakah agaknya yang akan terjadi jika wujud pepatah seperti lagu lupakan irama atau seperti isi lupakan kuku ? Sudah tentu kacang dan kulit tidak akan popular lagi?

Saya juga adalah seorang pemuzik (kampungan dan masih banyak kekurangan) tetapi tidak terlalu menonjol sebab saya bermain muzik untuk mereka yang mahu menyanyi dan sekarang saya sudah ++ tahun didalam bidang ini , tapi belum buat recording lagi sebab menghasilkan lagu sendiri perlukan penumpuan.

Walaubagaimanapun,terdapat satu hal yang sedang saya cari selama ini dan persoalan ini sudah tentu memerlukan banyak masa untuk membuat penyelidikan (Secara peribadi).Walaupun saya sudah menemui jawabannya tetapi saya perlukan sedikit maklumat lagi dan sedikit masa untuk dapat memadatkan maklumat yang sedia ada.

Saya tidak rugi berbincang dengan butod pada hari sabtu (02/08/2008) petang. (Dalam beberapa jam sahaja).Dalam masa yang sama, saya juga memberikan idea dan perkongsian mengenai sesuatu.Apakah sesuatu yang kami bincangkan itu ? Sesuatu itu sudah tentu rahsia dan mempunyai banyak skop?

Ok , salah satu topik yang kami tonjolkan disini ialah mengenai muzik.Muzik tempatan yang direka sendiri kadang-kadang mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.Selepas menghasilkan lirik dan senikata lagu, akan dimasukkan didalam komputer untuk dikemaskinikan dan dinilai sepenuhnya.

Gabungan suara , muzik dan lain-lain peralatan muzik yang perlu dimasukkan memerlukan kerja yang teliti sebab jika dilakukan secara rambang,maka projek itu tidak akan disiapkan dengan sempurna atau mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

Kadang-kadang tugas untuk melakukan proses pengemaskinian biasanya dilakukan sendiri atau meminta orang lain untuk menguruskannya untuk kita.Ini memang satu penderitaan kerana kita memerlukan banyak masa untuk menyiapkan satu album sehingga ada yang tidak mahu tidur awal sebab alang-alang buat kalau tidak dikemaskinikan terutama jika idea mencurah-curah pada masa itu.

Saya mendapat tahu bahawa ada yang tidak sempat nak makan malam atau sebaliknya tapi ini mungkin jarang sekali berlaku.Untuk menerbitkan satu album sudah tentu mengambil masa yang lama dan penumpuan kerana projek ini melibatkan ribuan ringgit.

Secara ringkasnya,selepas album baru diterbitkan,pasaran untuk album itu juga harus ada dan harus disebarkan dan dijual di kedai-kedai melalui agen atau sebaliknya.Jadi , agen yang dilantik ini juga bertanggungjawab untuk memasarkan album,keluaran terbaru .

Hasil titik peluh yang dikeluarkan oleh mereka yang telah berjaya menandakan lagu baru akan bakal berada di pasaran .Penyanyi akan tentu merasa bangga kerana dapat menyampaikan lagunya kepada semua masyarakat dunia dan berharap melalui lagu yang dia sampaikan,akan dapat menjadi satu sumbar inspirasi atau hiburan yang menghibur kita.

Secara ringkasnya bukan senang hendak mencipta lagu,bukan senang untuk membuat rakaman tetapi orang dengan sesuka hati mengambilnya secara percuma terutama melalui internet.Saya akui terdapat lagu tempatan yang saya paparkan di web ini.Lagu itu bukan testing atau untuk tujuan psykologi .

Mereka (Penyanyi) sebenarnya bukan sekadar menyanyi untuk mendapatkan wang tetapi mereka berperanan untuk mendidik masyarakat dan menyampaikan sesuatu melalui lagu,dalam masa yang sama ,mereka juga adalah seorang penghibur.

Bagaimana kita dapat meningkatkan kegiatan ekonomi yang dihasilkan oleh para penyanyi tempatan ? Ini sudah tentu menjurus kepada skop pembangunan di negeri sendiri . Bagaimana mengurangkan kegiatan cetak rompak? Saya mempunyai idea tersendiri tetapi sesuai atau tidak,saya tidak pasti.Saya akan paparkan idea tersebut didalam artikel yang ke-2.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

3 Responses to “muzik tempatan-kadus-01”

  1. wel Says:

    apa idea ko san…ko kasi free teda la cetak rompak sebab free..hehe…kalu jual terus kana beli sekali inda best jg..rugi la..hehe..at the early stage dulu2..internet digunakan untuk the powerful tool tuk promosi tp ada yg bijak menggunakan kelebihan trafic terus p share and downloadable…sampai sekarang la…tp kalu teda benda ni…kita jg akan ketinggalan zaman inda tahu byk lagu kan..hehe..mesti mau p beli d kadai atau d pasar malam…beli pun bukan sebab suka semua lg…ada beberapa lg sja best..yg lain buang karan sja kasi main..haha..

    [Reply only this thread]

    Jbboy Reply:

    sebenarnya sudah lama saya nak komen pasal artikel dan komen pasal lagu-lagu kadus biarpun kita jauh dari kampong.memanglah banyak masa yang perlu dikorbankan oleh para pencipta dan penyanyi untuk menghasilkan sebuah album.tetapi adakalanya hasilnya tidaklah bagus sangat baik dari segi musik atau mutu vokal penyanyi itu sendiri. Banyak cara lagi untuk mempertingkatkan ekonomi artis tempatan kita kalau mereka betul-betul mahu maju.Jangan asyik duduk dibawah bayang kinabalu saja.

    [Reply only this thread]

  2. san Says:

    Hebat juga idea ko ni wel, hampir sama dengan idea saya tapi ada lain sikit lah…artikel yang kedua sudah siap,hanya menunggu masa … hehehe.. :)

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link