motivasi mewakili perasaan

93 views ,

Kesakitan kadang-kadang menjadi alasan untuk kita berubah dalam sekelip mata.Kegagalan untuk berubah juga kadang-kadang memaksa kita untuk supaya sedar agar kita dapat belajar sesuatu.Dan memahami sesuatu itu adalah motivasi peribadi yang mewakili perasaan kita sendiri.

Kita mungkin mempunyai pengalaman yang pahit semalam,kelmarin atau masa lalu.Pengalaman pahit ini seolah-olah membantu dan memaksa kita untuk berjalan terus tanpa mengira berapa langkah yang sudah kita lalui.

Memperbaiki diri sendiri adalah satu cara yang terbaik untuk memberikan motivasi diri sendiri .Motivasi peribadi ini akan membawa semua perasaan dan kehendak kita termasuk suka dan duka,marah dan benci,sakit dan sihat,senang dan susah,lapar dan membawa semua perasaan ini didalam kehidupan kita.

Eleanor Roosevelt pernah mengatakan [ Masa depan itu adalah milik mereka yang percaya ].Kita juga secara tidak langsung pernah berkata kepada diri sendiri [Masa depan adalah milik orang yang berusaha] tetapi kita tidak ambil peduli.

Belajar merasai kepanasan matahari boleh menjadikan kita lebih matang untuk terus mempelajar erti hidup yang sebenarnya kerana semua yang kita lakukan adalah di bawah matahari.

Jangan putus asa,teruskan berusaha dan jadikan motivasi diri sendiri sebagai steering kereta.Dan harta yang membuatkan kita bahagia ialah keluarga dan kawan-kawan.Untuk menjadikan hidup lebih indah,kita belajar menjadikan seolah-olah wang itu tidak ada sama sekali walaupun mungkin kita mempunyai banyak wang.

Mencintai seseorang tapi tidak pernah merasai cinta,awan kelihatan mendung tetapi tiada hujan yang turun,kita boleh sahaja menari tetapi tiada orang yang dapat melihat kita menari dan kita tertawa,orang lain tidak akan dapat memahaminya kerana mereka tidak melihat tarian kita.

Jadilah diri sendiri kerana terlalu ramai orang yang sudah mengalami kegagalan kerana menjadi orang lain.Cuba menghindari sesuatu yang mungkin cuba menghancurkan kita.
Memberikan motivasi kepada diri sendiri dapat membuka jalan untuk mengenali diri kita yang sebenar walaupun mungkin orang lain sudah tahu tentang kita tetapi kebanyakan pengetahuan itu datangnya daripada seseorang dan dari diri kita sendiri.

Latihan membuatkan kita terus belajar menjadi orang yang sempurna ,kita membiarkan kesempurnaan itu walaupun sekejap. kita belajar samaada didalam situasi yang baik atau buruk untuk dapat menyembuhkan kita.

Motivasi diri sendiri juga berkaitan dengan sesuatu yang harus kita pelajari .Adakah kita lebih banyak bercakap daripada mendengar dan memahami?

Belajar untuk mencintai diri sendiri,(Bukan bererti untuk kepentingan diri sendiri) dan belajar memahami orang lain.Memahami diri sendiri perlukan banyak persiapan .

Kita sangat unik kerana tiada satupun didunia ini melihat,bertindak atau berbicara seperti kita kecuali mereka tahu mengenai kita .kita ini sangat unik. Tak seorang pun di dunia ini melihat, bertindak, atau berbicara seperti kamu. Nilai hidup dan keberadaan kamu.

P/S: Gunakan PA jika perlu.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

4 Responses to “motivasi mewakili perasaan”

  1. urangranau Says:

    betul tu san, kdg2 wpun kita hepi2 pada pengamatan orang lain, tp tidak semestinya kita gembira dan walaupun kita nmpk sedih, tp tidak semestinya kita ber sedih. Kita tidak boleh tranform menjadi seseorang indivudu yg lain. kita adalah diri kita sendiri, nobody can clone /copy sifat2 istimewa kita. Artikel yg bagus untuk di baca san, esp. bila sedang berehat2 di rumah..

    [Reply only this thread]

  2. san Says:

    Terima kasih Joy…

    Urang Ranau Wrote:
    nobody can clone /copy sifat2 istimewa kita

    Pengertian bahagian ini terlalu dalam.
    Jika dapat,saya akan huraikan nanti..

    P/s: kalau mau blockquote,gunakan teknik seperti di code seperti dibawah ini :

    <blockquote>
    Sombody wrote:
    – Words Goes Here –
    </blockquote>

    Dan akan muncul seperti yang saya tulis, urang ranau wrote di atas tu …Selamat mencuba.

    Kalau scroll down masa tulis komen ni,Automatik sudah ada preview di bawah.

    [Reply only this thread]

  3. nokurogia Says:

    bagus blog ko ni.. selalu update… ngam tuk sia yg selalu online ni…

    bos, ko tau… sia pula karang yg rasa sia mo tulis pasal motivasi tapi tinguk2 ko suda cover lagi awal… mcm sama rentak jak kita ni.. Tapi pendekatan sia lain sikit. Sia kira mo kasi combine tu “Maslow’s hierarchy of needs” sama ni motivation theory, kalo xtra rajin sia mo combine lagi kenen personality theory sekali. Maslow cakap, kalo makan pun inda cukup… potensi untuk bentuk motivasi belajar skill akan hilang.. Cognitive process theory pula cakap, kalo sesuatu aktiviti tu ngam sama corak semulajadi utak kita berkerja, membentuk motivasi tu sangat2 mudah… Kira mo bagi praktikal guide kenen sama org2 yg mo bentuk motivasi ni…

    Kalo ko inda kisah.. buli sia request ko tulis pasal “Bipolar disorder”, (masalah ubah2 mood). Sia kana ni barang karang ni, banyak org pun kana ni just inda perasan… Sia hilang mood mo tulis blog panjang2 sejak beberapa minggu ni.. tekana sia bipolar punya masalah kenen.

    [Reply only this thread]

  4. san Says:

    Nokurogia wrote:
    Kalo ko inda kisah.. buli sia request ko tulis pasal “Bipolar disorder”, (masalah ubah2 mood). Sia kana ni barang karang ni, banyak org pun kana ni just inda perasan… Sia hilang mood mo tulis blog panjang2 sejak beberapa minggu ni.. tekana sia bipolar punya masalah kenen

    Ok , saya akan mulai menulis ….

    Nokurogia wrote:
    Maslow cakap, kalo makan pun inda cukup… potensi untuk bentuk motivasi belajar skill akan hilang

    Saya sedang menjana idea untuk bahagian ini … saya masih belum dapat keputusannya… tapi dalam proses… akan keluar di blog jika siap dalam masa yang terdekat…saya perlukan sedikit masa…jangan susah…

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link