Satak Rumpak

112 views ,

[Sambungan daripada artikel Muzik tempatan-kadus-01] Untuk pengetahuan semua,lagu-lagu yang terdapat didalam website saya ini adalah hasil daripada pemberian kawan dan saya Cuma menginginkan kita supaya mendengar lagu ini sebagai hiburan semata-mata dan tidak digunakan sebagai Commercial Purpose dan bukan untuk dijual

Cetak rompak biasanya dikaitkan dengan aktiviti jual dan beli barangan yang di ambil tanpa kebenaran.Tapi saya agak keliru dengan topik hari ini.Saya yang menulis artikel , saya pula keliru dengan artikel sendiri .

Mengapa tidak?Saya pun tidak dapat mengawal aktiviti cetak rompak yang berleluasa didalam internet.Ini mungkin disebabkan ada programmer yang mencipta software sendiri untuk memuat turun semua lagu-lagu dengan senang didalam internet.Tapi saya masih mempunyai cadangan.

Jadi , setiap kali ada benteng dicipta,dalam masa yang sama ada juga pemecah benteng bersedia untuk menjadi pencipta.Mengapa hal ini berlaku ? Para programmer tidak layak dipanggil sebagai programmer jika mereka sekadar belajar teori.Mereka mesti ada praktikal dan setiap praktikal itu melalui banyak ujian dan analisa.Jika mahu dapat lebih,bersedialah untuk belajar lebih.

Ini Cuma cadangan yang dapat saya berikan semasa bersama dengan Butod.Cadangan yang saya tidak kemukakan semasa didalam perbincangan berada didalam senerai ini nanti.Untuk melindungi atau mengekalkan industry music tempatan supaya terus berjalan , kita perlu memberikan sokongan padu untuk bersama-sama memajukan pembangunan ekonomi di Negara kita sendiri.

Jika menerima lagu daripada kawan-kawan , kita boleh bertanya kepada mereka tentang sumber dari mana lagu itu diambil.Dan nasihatkan mereka untuk tidak memaparkan lagu itu didalam internet dengan sengaja atau tidak memberikan secara percuma kepada semua orang atau gunakan sebagai non commercial purpose sahaja (Untuk kegunaan sendiri)

01. Jika menerima lagu baru dalam bentuk MP3 yang lengkap dan tertulis tanda hak cipta terpelihara ,anda boleh membuat pemotongan lagu melalui mp3 cutter- Idea dari Butod (Mp3 Cutter boleh didapati http://www.brothersoft.com/downloads/mp3-cutter.html ) .

02. Jika anda seorang penjual lagu atau penyanyi,jangan pamerkan lagu anda didalam website with full version , tetapi sebaliknya gunakan pemotongan lagu melalui mp3 cutter.Contoh website yang hanya membuat demo oleh David P. (Sambil menjual) .

Saya keliru dengan perkataan DEMO.Menurut pengertian saya , DEMO terdiri daripada dua bahagian.Pertama ialah demo untuk memaparkan lagu didalam website , sekadar meminta pelawat untuk mendengarkan lagu tanpa meminta sesiapa untuk memuat turun lagu dan DEMO yang kedua ialah lagu yang didengar oleh para pelawat daripada versi yang tidak lengkap.

Saya fikir kalau ingin menjual lagu didalam internet,perlukan kebenaran atau lesen peribadi daripada pemilik lagu jika menggunakannya sebagai Commercial Purpose.Saya masih keliru didalam bahagian ini dan masih membandingkan cara yang digunakan didalam GPL (General Public license) .Tanpa GPL, sesuatu yang disebarkan itu tidak sah atau sebaliknya,tetapi bergantung juga kepada individu samada menggunakan kebebasan ini atau tidak.

Aktiviti cetak rompak mungkin boleh dikurangkan dengan menggunakan sistem GPL.Di luar daripada GPL,mungkin perlukan lesen daripada pemilik lagu,kemudian menubuhkan satu akta khas untuk industry muzik .

Cara lain ialah lagu jangan disimpan didalam cakera keras didalam format MP3 kerana cara inilah yang paling senang digunakan untuk memuat turun semula lagu ke CD yang lain (Burn).Tapi sesetengah lagu hanya boleh didengar menggunakan player yang menerima MP3 sahaja.Format lain langsung tidak berfungsi.

Tapi kebanyakan daripada lagu yang dipadatkan oleh para penyanyi tempatan ialah dengan menukar lagu kepada karaoke,ini terlalu sukar diciplak dan disebarkan melalui internet kecuali menggunakan komputer tercanggih tetapi jarang orang mempunyai komputer terlalu canggih.

Mencegah lebih baik daripada mengubati tapi terlalu sukar bagi saya mengawal semua ini.Kalau nak jual melalui internet , terpaksa menghadapi risiko .kecanggihan teknologi moden telah mengubah banyak perkara daripada tidak boleh kepada boleh.Jangan saja kita menjadikan internet sebagai Tuhan,sudahlah.

Jadi , terpulang kepada pencipta software bahagian hiburan bagaimana mereka mengawal dan melindungi hak cipta para seniman dan seniwati dengan kepakaran yang mereka ada seiring dengan kemajuan teknologi moden masa kini.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

4 Responses to “Satak Rumpak”

  1. wel Says:

    Walawei san…banyak idea ko ah..hehe…

    Cutter untuk menjaga nilai comercial selalu di gunakan…ini untuk tujuan promosi…

    “Cara lain ialah lagu jangan disimpan didalam cakera keras didalam format MP3 kerana cara inilah yang paling senang digunakan untuk memuat turun semula lagu ke CD yang lain (Burn).Tapi sesetengah lagu hanya boleh didengar menggunakan player yang menerima MP3 sahaja.Format lain langsung tidak berfungsi”

    Yang ini san…byk software grabber buli download tuk grab lagu dari CD..CD lagu bukan burn format MP3 tp audio format..so bila kena grab..kita buli set mau set p midi/WAV/MP3 atau format lain mcm MPG4 untuk Ipod..

    “Tapi kebanyakan daripada lagu yang dipadatkan oleh para penyanyi tempatan ialah dengan menukar lagu kepada karaoke,ini terlalu sukar diciplak dan disebarkan melalui internet kecuali menggunakan komputer tercanggih tetapi jarang orang mempunyai komputer terlalu canggih.”

    yang ini susa mau paham…kalu tukar p format karaoke..maksud dia VCD la ba ni kan…atau maksud ko minus one punya format…saya rasa ko pena dengar mcm mana kaset pun buli kana ciplak kan…buli p tukar jadi MP3 guna Line-In sja….mcm2 software kita ada untuk copy and convert sekarang…

    cetak rompak semunya terpulang kepada individu..contognya..sya beli dvd bukan original..reason..berapa harga dvd original….RM40 above jg..compare sama DVD copy dari dvd original yg kurang dari RM10..pasti ini lebih cost-effective kan..hehe…

    [Reply only this thread]

  2. san Says:

    Susah juga mau kawal ni aktiviti satak rumpak ni wel .Pencegahan dari awal adalah sangat penting.

    Kalaupun tiada peralatan canggih seperti mau burn tu, tapi sekarang ada perakam suara yang lebih canggih.Dengar saja di kaset, rakam tu lagu dan tukar p mp3 dan sebagainya.

    Format karaoke tu lah maksudnya tu..VCD… Saja nak sebut pasal Karaoke sebab nama ni popular sangat… dan senang dikenali…

    [Reply only this thread]

  3. kengkaru Says:

    besalah ging, mana bulih banteras kegiatanb nie. even kalau kita copy cd pun akan dikira cetak rumpak juga.

    [Reply only this thread]

  4. san Says:

    Betul tu Kengkaru ,
    Copy bin cetak bin rumpak= Sama juga tu..

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link