tiada idea menulis blog-01
106 views ,Saya akui sejak beberapa minggu yang lalu,saya menghadapi masalah untuk menulis artikel didalam blog .Saya bukan tiada mood nak menulis tetapi idea saya kurang.Ada mood tapi tiada idea.Ada idea tapi tiada mood.Kadang-kadang idea saya ada tetapi tidak dapat memberikan penyampaian dan huraian secara terperinci mengenainya.
Semua penulis blog menghadapi masalah ini termasuklah saya . Saya anggap menulis artikel didalam blog ialah satu tanggungjawab terutama jika ada sesuatu yang penting,yang ingin saya sampaikan.
Menghasilkan artikel didalam blog yang terlalu panjang juga adalah mustahil .Blog ialah satu catatan ringkas yang dapat dibaca oleh semua orang.Jadi,saya andaikan seperti ini:
01.Kalau menulis artikel didalam blog,biar dengan padat,pendek dan mudah difahami tetapi artikel saya kadang-kadang terlalu panjang.Untuk mengatasi masalah ini supaya pelawat dapat membaca artikel saya yang panjang,saya akan simpan lagu di web saya,jadi sambil membaca,sambil mendengar lagu.
02.Kalau saya memberikan point-point penting semasa menulis artikel, ini juga sangat baik sebagai umpan supaya orang membuat komen sebab kadang-kadang artikel yang pendek dan tidak lengkap,sengaja ditulis supaya ada komen daripada pembaca yang membaca artikel didalam blog .
03. Terlalu pendek juga baik kerana banyak lagi laman web yang perlu dilawati oleh kita,jadi kita dapat menjimatkan masa kita untuk melihat blog-blog yang lain tetapi bagi saya ,ianya tidak semestinya kerana masih ada masa lagi untuk hari esok.
04. Jika ingin mendapatkan maklumat yang lebih , artikel yang panjang adalah sangat berguna kerana kita dapat membuat penakulaan yang lebih kepada artikel yang mempunyai idea yang lebih.Dan sekaligus dapat membuka minda kita untuk menulis blog dengan tajuk yang lain dan isi yang berlainan walaupun mungkin terlalu banyak idea yang hampir sama yang kita ada didalam artikel yang kita baca di blog lain.
05.Jadilah diri sendiri.Jika ingin menulis artikel didalam blog dan ternampak artikel lain yang mungkin hampir sama dengan yang lain ,akhirnya kita berhenti seketika,kita tidak yakin untuk meneruskannya lagi sebab mungkin idea mereka lebih baik daripada kita.
Tapi ini berlaku secara kebetulan ataupun sebaliknya.Kita masih boleh menulis walaupun idea kita hampir sama dengan idea yang lain,kita juga mempunyai idea tersendiri daripada orang lain , jadi jangan takut untuk menulis artikel didalam blog.
Mengenai teori Maslow,makan cukup barulah dapat menjana idea .Jika tidak, potensi untuk belajar kemahiran akan hilang .Saya akui bahawa Teori Mawlow ini benar sebab banyak orang yang mengalaminya.
Walaubagaimanapun,walaupun penulis kekurangan makanan atau tiada makanan yang lebih berkhasiat atau bervitamin tetapi penulis masih dapat menulis samada idea didalam blog atau didalam buku selagi dia menggunakan teori yang terdapat didalam gambar di bawah ini:
Apakah yang akan kita katakan jika teh tarik itu benar-benar percuma ? Apakah isi tersirat yang dapat kita lihat di gambar dibawah ini?
Kita memang memerlukan banyak tenaga untuk berfikir, untuk mempelajari sesuatu terutama kemahiran-kemahiran yang sangat susah tetapi kadangkala[menurut pendapat saya] kita tidak perlu mengeluarkan banyak tenaga untuk berfikir.Ada tenaga tetapi tidak banyak diperlukan.Formula ini mungkin boleh membantu:
03.Tiada tenaga+berfikir+pengalaman+fokus=Idea Lebih
02.Tenaga kurang+berfikir+teknik+fokus=Idea lebih
01.Tenaga lebih+Berfikir+fokus=Idea lebih
Note: Untuk menjimatkan tenaga,kita perlukan formula no.3 sebab bukan semua orang dapat mengikuti 100% teori Maslow kerana latar belakang yang berbeza-beza tetapi teori ini adalah sangat-sangat diperlukan sebagai asas.
Berdasarkan kepada formula di atas,saya dapat andaikan bahawa ada tiga peringkat yang harus kita lakukan semasa menjana idea untuk mempelajari sesuatu [Kecuali ada orang lain yang membuat formula lain menurut pengertiannya sendiri].
Untuk menyimpan maklumat , kita perlukan tenaga, Untuk mengekalkan maklumat,kita perlukan teknik,untuk menulis maklumat , kita perlukan pengalaman…
Fokus adalah kelemahan kita tetapi tenaga diperlukan juga untuk mengekalkan fokus.Walaupun kita ada tenaga tetapi fokus kita kurang,kita tidak dapat menjana idea atau tidak dapat belajar kemahiran-kemahiran yang ada.
Walaupun kita mempunyai kamera yang canggih sekalipun tetapi fokus kamera kita lari,gambar yang dihasilkan mungkin blurr atau sebaliknya.
Artikel seterusnya ialah Bolehkah mood mengubah blog menjadi sunyi sepi? [ Kesinambungan artikel lain mengenai idea lebih melalui pengkhususan dan idea lebih sesuai dengan cara kerja juga akan menyusul kemudian]







August 9th, 2008 at 4:00 am
Kalau sia teda idea mau blogging, i just leave my blog without any posting..after few days, mesti ada juga tu idea..
But for me, we blog for fun bah, its not for the purpose to entertain other bloggers..kan..??? Hehee
[Reply only this thread]
August 9th, 2008 at 6:24 am
Saya pun berfikiran seperti ini juga kadusmama
kalau mereka nak baca,terpulang sebab blog is just
for fun tapi….
baru-baru ini ada sudah orang mau minta
bikin website .hehehe..business website.. saya kira
ini bukan lagi for fun ni…serius sudah berbisness..
Teruskan kita berblog… selagi masih idup…
manalah tahu, ada pepatah baru akan wujud,
“Manusia mati meninggalkan blog.. hehehe..
[Reply only this thread]
August 9th, 2008 at 8:44 pm
kes saya…
saya sikit slow suda mo post blog baru2 ni sebab wujud 2 zone konflik dalam kepala saya ni.
Zone pertama mau saya jadi perfect, buat saya mula nampak tema blog saya tidak teratur, struktur penyampaian tidak konsisten, idea-idea dalam satu post tidak betul-betul jelas, multi perspective yg dikelirukan sama unrelated issues, prespektif yang hilang dari dikesan, prioriti idea yang tidak disusun, post yang low point high context, kekeliruan antara fact, teori, hipotesis dan spekulasi. Koleksi post yang suda out dari visi asal dan macam-macam lagi gangguan dalam kepala saya ni..
Zone kedua pula cakap , “kenapa perlu perfect?”, penulis hanya untuk orang professional sahaja ialah idea zaman 90an ke bawah, karang suda tahun 2000++, simple minded blogger sampai complex minded blogger semua ada hak menulis dan gaya penulisan ialah freestyle.
zone pertama mendapat kekuatan dari apa yang saya fikir “ideal”, zone kedua pula mendapat kekuatan dari apa yang saya fikir sebagi “realiti”. Penyelesaian konflik ni, saya startlah buat editing dalam smartphone saya saja dulu. Post nanti2 saja… inda perlu rushing2…
[Reply only this thread]
August 10th, 2008 at 12:31 am
Saya juga masih tertanya-tanya,kenapa idea plato dan Aristotle masih boleh dipakai sehingga ke hari ini sedangkan idea mereka adalah idea yang hanya sesuai pada zaman itu ?
Ternyata mereka tidak hanya berfikir untuk idea masa itu tetapi idea pada masa akan datang.Mereka seolah-olah sudah menjangkakan sesuatu yang berlaku berdasarkan idea mereka.Ini memang satu keunikan ahli pemikir masa lalu.
Saya lakukan editing artikel saya tetapi hanya beberapa artikel sahaja yang tidak sesuai .Yang lain,semua dipakai tetapi ada yang saya ubah sebagai kelonggaran kerana banyak orang tidak boleh menerima.Contohnya yang “mesti dilakukan” diubah kepada “sekurang-kurangnya”.
Tak tahu lah.Zaman sekarang ni kita terlalu banyak makan makanan yang mengandungi perisa dan pewarna.
[Reply only this thread]