Sempurna VS tidak sempurna
95 views ,Kebanyakan daripada kita akan berkata bahawa manusia didunia ini tidak sempurna atau bukan semua manusia didalam dunia ini sempurna tapi bagaimana kita menjadikan semuanya [Universal] sempurna ?
Ada satu hal yang harus kita tahu mengenai sempurna dan tidak sempurna iaitu universal.Universal mempunyai kaitan dengan sempurna dan tidak sempurna.
Mengapa tidak bersifat universal? Sebab sempurna dan tidak sempurna adalah dua perkataan terpisah yang mempunyai maksud yang berlainan.Sempurna disebalik ketidaksempurnaan yang menyebabkan ianya tidak universal.
What is universal ? adjective of, affecting, or done by all people or things in the world or in a particular group; applicable to all cases .a person or thing having universal effect, currency, or application, in particular…
Jadi , maksud lain disini ialah satu kesan yang dapat kita rasai atau yang dialami oleh semua orang didalam satu kumpulan , yang turut dirasai oleh seluruh dunia dalam banyak bentuk atau keadaan , samada dalam keadaan yang jahat atau baik.Jahat juga bersifat universal.Baik juga bersifat universal.
Jadi bagaimana menentukan yang mana satu universal yang asli atau tulin?Universal yang tulin boleh dikenal dari buahnya.
Buah universal yang manis akan menghasilkan buah yang manis dan boleh dipetik oleh semua orang didalam tempat yang tidak berduri tetapi buah universal yang masam akan menghasilkan banyak buah yang masam dan akhirnya …
Seperti timbulnya banyak peperangan menentang kebenaran dan kekecohan yang tidak menentu.Inilah universal yang masam yang menolak kebenaran , inilah yang dikatakan sebagai universal yang tidak sempurna.
Kalau kesempurnaan banyak ditimbulkan daripada sesuatu yang bersifat universal yang palsu,sudah tentu buah masam itu berasal dari pokok yang berduri sebab buah masam yang bersifat universal adalah jahat.






August 13th, 2008 at 5:45 am
Pendapat saya,
Kesempurnaan adalah satu entiti yang terlalu sukar untuk ditakrif secara global. Mencari kesempurnaan yang global dalam kalangan maysarakat pada masa kini juga agak mustahil. Oleh yang demikian, Pada pendapat saya, kesempurnaan itu haruslah diiktiraf mengikut konteks yang tertentu atau dalam spesifikasi yang tertentu. Sebagai contohnya, kesempurnaan dari segi fizikal, mental atau rohani. Kemudian setiap element-element ini, juga mempunyi cabang-cabang yang tersendiri. Sebagai contohnya kesempurnaan dari segi mental mungkin boleh dari segi matematik atau keupayaan untuk menghafal. Sebenarnya kita boleh mencari kesempurnaan itu pada seseorang tetapi haruslah kita spesifikkan dari segi apa.
[Reply only this thread]
August 13th, 2008 at 8:43 am
Saya pun setuju Andrik sebab kesempurnaan tidak dapat ditakrifkan sebagai global di sebabkan sifat unversal .
[Reply only this thread]
August 14th, 2008 at 1:09 am
Hi San,
Setuju, defini sempurna mungkin berbeza mengikut individu mahupun keadaan. Apa yang penting, bagaimana kita menerima apa yang ada dan menggunakannya pada tahap efisi yang maksimum.
[Reply only this thread]
August 14th, 2008 at 4:42 am
Yes , keupayaan untuk menerima dan ada keterbukaan untuk menggunakannya sesuai dengan tahap/kemampuan masing-masing…
[Reply only this thread]
August 15th, 2008 at 4:22 am
Kalau saya dengar ada orang berani cakap dia pernah jumpa orang sempurna, atau apa-apa perkara yang dikaitkan dengan sempurna. Saya akan set dalam kepala saya yang orang tu hanya “bermain dengan gaya bahasa”, atau “definisi sempurna dia betul untuk prespektif dan skop yang terhad sahaja”, atau “cuma tidak tahu apa yg dia fahami mengenai erti sempurna yang sempurna”.
definisi sempurna yang mudah ialah “mempunyai segala-gala yang baik dan tidak mempunyai satu pun kekurangan”.
dari definisi sempurna ni, maka untuk mencapai status sempurna (yang sempurna) prasyarat yang diperlukan ialah
————-
kita ada apa yang kita tahu kita ada
kita ada apa yang kita tidak tahu kita ada
kita tiada apa yang kita tahu kita tiada
kita tiada apa yang kita tidak tahu kita tiada
————-
mustahil untuk capai status sempurna..
————-
Sekarang, persoalannya yang penting untuk dipertimbangkan.
Kenapa kita perlu sempurna?
- saya tak perlu bahasa sempuran untuk bagi komen diblog
- penulis blog tak perlu sempurna untuk first jadi bloger
- kita tak perlu jadi orang yang sempuran untuk dapat pasangan kekasih
- kita tidak perlu jadi sempurana untuk diterima berkeraja
- kita tak perlu faham baik dan buruk secara sempurna untuk hidup harmoni.
—————-
saya bagi kesimpulan untuk isu sempurna,
1) salah satu ciri-ciri manusia yang hebat. Manusia ialah spesis yang punya tahap toleransi yang sangat baik dalam persekitaran yang “tidak sempurna”.
2) sempurana hanyalah imaginasi ideal yang PATUT kita kejar untuk menjadikannya satu realiti, tapi untuk mencapainya bukanlah urusan yang wajip.
terima kasih.
[Reply only this thread]
August 15th, 2008 at 5:10 pm
Point penting ini selalu saya tekankan didalam diri saya semasa
menulis artikel didalam blog….
[Reply only this thread]