rahsia di sebalik diari
99 views ,Hari ini saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada penulisan.Saya diberikan satu assignment untuk membuat artikel atau rencana mengenai kehidupan sabahan di Borneo tapi saya tidak dapat menghasilkan yang terbaik.Tetapi saya pasti akan dapat melakukannya selepas ini.
Biarlah artikel hari ini ialah catatan mengenai sesuatu yang saya lakukan hari ini dan kelmarin .Saya sudah memulakannya tetapi masih tidak dapat.Walaupun isinya sudah ada tetapi tidak dapat menghuraikannya dengan terperinci.
Fokus saya tidak lari.Tetapi masih dalam keadaan yang stabil.Untuk pengetahuan semua,artikel yang saya hasilkan didalam laman ini adalah hasil daripada persoalan dan pertanyaan yang tiba-tiba muncul didalam benek fikiran saya .Artikel lain tu ditulis hasil daripada pemerhatian dan pengalaman.Kalau saya tidak keluarkan didalam laman ini,saya tidak tenteram atau mulai bertambah stress.
Mungkinkah cara baru menyelesaikan masalah ialah seperti ini : Mengambil pen dan kertas,tulis apa saja yang terbuku di hati .Saya pernah melakukan cara ini.Saya mempunyai banyak masalah tetapi tidak ada orang yang memahami tetapi yang menghairankan,masalah itu selesai dengan sendirinya.Miracle!!
Masalah yang saya maksudkan ialah berkaitan dengan hidup.Bukan masalah pasal tidak dapat buka komputer atau… Yalah.. masalah ini mempunyai banyak kategori.Masalah keluarga,masalah ekonomi,masalah matematik , apa saja masalah tetapi masalah yang biasa menekan hidup kita ialah masalah keluarga.Mengapa ya ?
Kalau saya beritahu mereka pun tiada jalan penyelesaian.Jadi saya mengambil kertas dan sebatang pen,saya mulai menulis , apa sahaja yang terbuku di hati.
Selepas saya menulis , saya dapat kelegaan yang luar biasa.Setiap kelegaan itu menjadikan saya bertambah gembira.Kertas yang saya tulis itu , saya simpan atau bakar saja selepas itu.Dan masalah saya seolah-olah hilang , tiada dalam kepala saya lagi.
Saya menulis , seperti saya berkata-kata dengan seseorang . Meluahkan masalah kepada seseorang melalui tulisan .Ini memang satu cara yang terbaik bagi saya sebab semasa kita menulis,kita dapat menghuraikan dengan teliti apa yang ada didalam hati kita, seperti perasaan yang tidak pernah orang tahu..tiada orang memahami dan tiada orang yang dapat menangkapnya , kecuali ada orang yang benar-benar sudi untuk mendengar masalah kita .
Apabila masalah kita diluahkan melalui tulisan,ia bukan satu perkataan biasa lagi tetapi sebagai sesuatu yang luar biasa sebab kalau kita sudah luahkan dan tidak membebankan kita sepenuhnya.Itulah sebabnya ramai orang berkata,jangan simpan kepahitan atau jangan simpan masalah.Buang jauh-jauh masalah itu (Maksud saya,buang daripada fikiran kita supaya jangan terlalu menekan kita) , biar kita yang menekan masalah itu dan menyelesaikannya.
Kita mungkin perlukan seseorang untuk membantu kita meluahkan masalah itu.Kita perlukan kaunselor yang bertauliah atau yang berpengalaman , yang mungkin pernah menghadapi masalah itu tetapi saya jarang sekali mendapat sahabat yang dapat menyelesaikan masalah.
Kalau ada pun,mereka cuba memberikan pendapat atau pandangan mengenai ini dan itu , lepas itu.. fikiran saya bebas dan tidak tertekan lagi sebab saya tahu bagaimana menyelesaikannya,sebab yang bertindak ialah saya dan bukan mereka.
Tetapi satu cara yang terbukti terbaik juga untuk dapatkan fokus yang baik supaya dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan proses berfikir yang dalam ialah tidur dan….(spiritual) Mungkin disebabkan otak kita tidak dapat memberikan fokus yang baik sebab terlalu penat dan akhirnya tiada tumpuan atau kehilangan fokus untuk melangkah ke tangga kedua.




Mmmm…sebenarnya setiap orang mempunyi cara yang tersendiri untuk mengurangkan atau release tension. Mungkin dengan cara menulis, seolah-olah dia meluahkan perasaan kepada seseorang. Walaupun mungkin tidak ada response, tetapi pada hakikatnya ia seolah-olah meluahkan perasaan kepada seseorang. Bagi saya, kalau saya menghadapi masalah, sekadar menulis tidak cukup. Dan saya tidak pernah menulis kalau menghadapi masalah. Saya akan mengalirkan air mata seorang diri. Maka dengan itu bagi saya air mata ibarat mengubat duka dan masalah.
[Reply only this thread]
Seorang kawan baik saya bercakap kepada saya semasa saya baru saja berkawin, ‘dalam bnyk2 masalah kewangan, kerja, persekitaran…suma tekanan dapat saya atasi sebaik saja saya kembali bersama keluarga, tetapi bila saya ada masalah keluarga, semua perkara berkenaan kewangan, kerja dan sebagainya sudah pasti akan berkecamuk..’ lebih kurang macam tu la dia cakap…dan dari segi apa yg pernah saya hadapi memang ada kebenarannya..org belum berkeluarga mungkin masih kurang paham…dan saya mau ucapkan terima kasih pada dia tapi dia sudah arwah 3 tahun lepas.
Mengatasi masalah mungkin masing2 ada cara sendiri tapi hakikat hidup ini akan berhadapan dengannya tetap akan kekal smpi bila2. Hmmm bagi yang beragama-tidak kira apa pun, percaya la, ia adalah salah satu terapi atau memang jalan penyelesaian yang terbaik? cuba2 la…
[Reply only this thread]
ya, kita masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah , sebab masalah yang kita ada tidak sama disebabkan kemampuan yang berbeza.
[Reply only this thread]