semangat melalui pengharapan
94 views ,Victor Frankl ialah seorang ahli Psykology Yahudi, dibawa oleh tentara Nazi ke kem untuk bekerja secara paksa di Auschwitz, bersama dengan 1.500 orang
Sesampainya di sana, 1.300 orang, termasuk orang tua, isteri, dan saudaranya, dibawa ke bilik gas untuk dibunuh. Frankl sendiri dibiarkan hidup di kem, namun ia kehilangan semua orang yang dikasihinya.
Walau tersiksa secara batin, ia bertahan. Mengapa? Kerana ia punya harapan. Dr. Jerome Groopman, penulis The Anatomy of Hope, menjelaskan bahwa harapan adalah ubat untuk tetap hidup sihat walaupun dalam situasi yang genting. Harapan meyakinkan orang bahawa yang terbaik masih akan datang.
Walaupun kita kesepian sekalipun atau ketika menghadapi saat-saat genting didalam hidup kita tetapi jika kita tidak kehilangan harapan,kita tidak akan pernah berganjak daripada kehidupan yang penuh dengan tentangan.
Mungkin kita akan kehilangan teman,keluarga atau pekerjaan tetapi pengharapan boleh membantu kita untuk terus bersemangat menjalani kehidupan ini dengan penuh kegembiraan .Pengharapan dari segala sesuatu yang kita miliki secara batiniah membantu kita untuk terus hidup sebagai seorang manusia yang bersemangat dan bertujuan.
Sumber: unknown






August 13th, 2008 at 12:25 am
Sa ada buku tulisan Victor Frankl bertajuk “Man Search For Meaning” tapi blm abis lagi sa baca.. tiap kali baca misti pandai berdouble tu tulisan sa nampak… ngantuklah tu hahaha…
Terpikir pula sa San klu itu PATI yg kana tahan di pusat tahanan sementara tu.. kbykan dari dorang mmg menyimpan harapan iaitu harapan untuk kembali ke Sabah selepas kana hantar balik ke negara masing2… Harapan seperti ini mmg tidak kita alu-alukan kecuali dorang datang ikut saluran yg betul, dgn passport dan permit kerja yang sah.. Sa harap ada sesi kaunseling di pusat tahanan itu dari kerajaan malaysia ataupun negara dorang untuk beri semangat kepada dorang utk mencurah bakti membangun negara dorang sendiri… dgn itu, kedatangan dorang balik ke sabah secara haram dpt dikurangkan..
[Reply only this thread]
August 13th, 2008 at 3:52 am
Banyak juga PTI yang menyimpan harapan supaya mereka
di hantar balik ke negara asal mereka..
Saya fikir sesi kaunseling adalah sangat penting
supaya mereka tahu prosedur dan undang-undang
di Malaysia.
Kedatangan Mereka bukan secara sah,memang di kategorikan
sebagai menceroboh… tanpa ikut laluan yang disediakan..
Saya mcm kurang sihat pula ni Oiga, saya pula yang tidak
sihat ni , sakit saya ni…. betul2 tidak sihat…dari semalam lagi…
[Reply only this thread]
August 13th, 2008 at 6:42 am
ya, sian plak si Victor Frankl tu kan… benar tu san, banyak juga saya terbaca especially cerita2 survival sesat dalam hutan, kapal terbang terhempas dsbgnya (sori lupa sudah suma sumber2 ni) tapi bertahan sebab kuasa harapan tu. Masing2 mungkin ada sebab sendiri namun inilah yg perlu diaplikasikan dalam kehidupan kita. Ia berkaitan dengan survival kita-pendapat sy secara personal la.
Hah kan sudah cakap, baris kita mnunggu giliran sakit demam…sudah beli ubat/ pigi kama beli sekarang…hehe
[Reply only this thread]
August 13th, 2008 at 8:59 am
Saya ada kawan disini,sepupunya yang mati tempoh hari tu ,
Helikopter terhempas di sarawk, menurut cerita, dia sempat keluar daripada
helikopter tu dan berjalan sejauh beberapa meter tetapi meninggal.. kesian
gia …
Helikopter tu pun tidak dapat dikesan oleh radar…
Last-last terjumpa juga… Ini memang betul2 tiada harapan..
keluarganya juga tidak mempunyai harapan lagi…
[Reply only this thread]
August 13th, 2008 at 11:54 am
Adudu.. ramai Sabahan bloggers yg sakit sejak kebelakangan ni.. ada org kasih kirim santau melalui internet kaini ah? Palis2 hehehe.. Bah San, rajin2 noh kama makan ubat spya capat sembuh *pray*
[Reply only this thread]