terjumpa jodoh di internet

285 views ,

Bolehkah kita merindui seseorang yang tidak pernah kita jumpa ? Tapi burung pungguk masih mempunyai tempat untuk melepaskan rindu,ya ..sudah tentu, dia hanya melihat bulan tapi kadang-kadang bulan itu tidak keluar terutama pada waktu siang.

Bagaimana dengan mereka yang berasal daripada lelaki menukarkan diri mereka menjadi seorang wanita? Kemudian mereka mulai mencari lelaki sebagai pasangan mereka? Adakah lelaki (yang menjadi wanita ini) yang sudah dicari ini akan dikategorikan sebagai tulang rusuk kepada lelaki lain? Persoalan ini masih berlegar-legar didalam fikiran saya.

Mungkinkah internet ialah tempat untuk kaum lelaki mencari tulang rusuk yang hilang dan kaum wanita yang hilang mencari lelaki dan menempel sebagai tulang rusuk lelaki? (persatuan melalui perkhawinan)

Kita bila-bila masa merindui seseorang yang tidak pernah kita jumpa, tidak mustahil. Kalau kita merindui seseorang, kita mungkin akan bermain muzik, menyanyi sendirian, membaca surat cintanya, menangis atau kalau ada telefon, sms jadi pilihan utama , mungkin juga YM (atau apa saja) menjadi pilihan terbaik untuk bersembang?

Merindui seseorang yang tidak pernah kita jumpa , yang tidak dapat disentuh, yang tidak pernah bersemuka dengan kita tetapi masih merindu. Mengapa ya ?

Saya ada seorang sahabat yang merindui teman wanitanya. Setelah sekian lama berkenalan melalui internet, akhirnya mereka mula jatuh cinta. Perkenalan mereka bermula daripada internet.

Mereka akhirnya bertekad untuk mengenali di antara satu dengan yang lain dan berjumpa di satu tempat yang dijanjikan serta bercadang untuk berkawin apabila tiba masa yang dijanjikan. Internet boleh digunakan sebagai tempat untuk mencari jodoh tetapi jangan sembarangan mencari jodoh kalau sudah berpunya.Nanti kena jadi sepak takraw , saya tak peduli, hehehehe.

Alangkah hebatnya merindui seseorang melalui internet? Sebenarnya internet hanya satu saluran untuk mengenali seseorang. Kita tidak tahu, mungkin orang yang kita kenal sedang meminati kita atau sebaliknya.

Rindu dengan seseorang di dalam internet mungkin bukan satu perkara biasa tetapi luar biasa sebab ada orang yang mengalaminya. Adakah anda mempunyai pengalaman seperti ini ? merindui dan jatuh cinta dengan seseorang melalui internet? Mereka kemudian merancang untuk berjumpa dan berkenalan serta bercadang untuk berkawin dalam beberapa tahun lagi. Saya pasti anda mempunyai pengalaman seperti ini.. Apakah pendapat anda? :)

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

29 Responses to “terjumpa jodoh di internet”

  1. kaDusMama says:

    Hmmm..sia ada kawan yang jumpa bf dia d internet..and bukan dekat2 pulak tu…satu d malaysia..satu d turkey..
    sia pun nda pasti dorang punya love tu sama macam love yang kita ada untuk pasangan depan mata kita..tapi yang sia tau dorang nie memang ber’webcam’ 24 hours..
    apa pun harap hubungan dorang tu sampai kawin lah… :)

    [Reply only this thread]

    Madpie Reply:

    Haha… Sy ada pengalaman ni, jumpa bf di Internet. Then, met in person. After that masih terus berkontek la, melalui Internet, YM, email etc. Hubungan tu masi kekal until now..hehe

    [Reply only this thread]

  2. san says:

    Walau jauh sekalipun,kalau terjumpa dengan jodoh,
    semua boleh jadi . :)

    [Reply only this thread]

  3. leavanee says:

    ya, sa ada 1 kawan juga jumpa husband melalui chatting, lepas kecewa bf dia kawin orng lain, terus dia jadi kaki chatting, lepas geram kali, last2 dalam 2 bulan chatting tjumpa la ni lelaki..kalu saya takut main chat2 ni manatau tjumpa lelaki yang lagi bikin takut, tapi syukur la kawan sa tjumpa lelaki yang sangat baik dan skrg dorg ada 1 anak sudah…suma tu dari kita ja ba tu, jumpa di internet ka, dlm bas ka, depan kedai ka, time telanggar bahu ka (aiseh) tapi kalau Tuhan suda bagi itu la jodoh kita, itu la jodoh kita kan..heheh

    [Reply only this thread]

    tanakvagu Reply:

    hahaha leavanee

    klo ckap soal jodoh sja ne memang sya harap2 la juga bah dapat gadis yg baik2,tapi jauuuuh begia sya ne…sya cerita2 sja kamu melalui chatting.klo jumpa tidak mungkin sya begitu ada commetment.pasal sya memang takut klo2 ada sesuatu yg berlaku.

    k lar …malas lar sya cakap2 soal jodoh,bagu kita ckap pasal sumandak yg ada d sini.siapa yg single d sini? adakah ? kuang kuang kuangggggggggggggg…

    o ya thanku kamu add sya jadi member blog.sya suka tu p blog si stacy..suka2 ja sya…mana tau dapat jodoh kan.tiung tiung tiunggggggggggggggggg hahhahaa

    [Reply only this thread]

  4. san says:

    hai leavanee ,
    Semoga bahagia kawan kamu tu,
    kawan saya juga mempunyai pengalaman yang sama.

    Sekarang mereka bercadang untuk bertemu dan bersama
    kemudian berbincang panjang mengenai hubungan mereka
    Pertemuan mereka betul-betul miracle - menurutnya.

    Memang sungguh bahagia mereka. Mereka adalah sumber inspirasi
    saya juga. Tapi didalam chatting juga banyak penceraian berlaku,
    walaubagaimanapun, ini boleh di atasi jika pasangan yang terlibat
    saling memahami di antara satu dengan yang lain. berchatting untuk
    mencari orang lain atau curang mungkin lain cerita sudah tu.

    Ini sudah tentu perlukan perbincangan yang panjang atau sebaliknya.
    Walaubagaimanapun, saya ucapkan kawan saya tu berbahagia kepada
    pasangan barunya dan kamu juga leavanee , Tuhan memberkati .. :)

    [Reply only this thread]

  5. yongkor-yongkor says:

    ada sa mau tanya kamu ba ni….kalau kita da kawin beerti itu ka tulang rusuk kita?

    [Reply only this thread]

  6. san says:

    Yongkor-yongkor,
    Tulang rusuk yang saya maksudkan disini ialah wanita.Menurut kejadian, wanita wujud kerana ia diambil daripada daging yang berada ditulang rusuk seorang lelaki, yang bererti sangat dekat dengan lelaki.

    Dari daging (dari tulang rusuk lelaki), menjadi daging (seorang wanita) dan bersatu semula dengan daging (perkawinan antara lelaki dan wanita) .

    Memugai orang itu mencuri daging yang sepatutnya dimiliki oleh seorang lelaki lain. Begitu juga sebaliknya. Tukang pugai itu adalah seorang pencuri.

    Ada lelaki yang mengambil wanita sebagai isteri hanya untuk dijadikan hamba. Peranan sebagai seorang isteri tidak diperdulikan lagi. Ini amat menyedihkan saya. Saya amat mengambil berat didalam penderitaan ini.

    [Reply only this thread]

  7. yongkor-yongkor says:

    ITU LA BA MAKSUD SA 2 SAN…HEHEHE TAPI X PANDAI BUAT SOALAN….tulang rusuk c lelaki yang telah bkawin adalah wanita yang dikawininya kan?hehehe tapi macamana pulak lelaki yang lebih dari 1 isteri?yagn mana 1 sebenarnya tulang rusuk lelaki 2?ini selalu jadi persoalan saya…hehehe blm mendapat jwpan yang pasti

    [Reply only this thread]

  8. ReNo says:

    ok pasal topik ni, memang saya setuju dengan apa yg si leavanee tulis tu. Internet adalah salah satu medan pertembungan atau kejadian bagi sesuatu itu bermula. Sebagaimana satu kejadian yang berpunca dari peristiwa lucu dan memalukan akhirnya membawa ke jinjang perkawinan. Tiada niat untuk ke tahap ini. Nah, sini beza antara medan ini. Kejadian dan lokasi ini berangkali bermula tanpa niat (nda tau la kalau mmg ada yg sudah set untuk memikat seseorg dgn cara itu kan?) untuk berkawan apatah lagi utk sebuah perkawinan? Internet bias kepada org yg memang mencari seseorang-samada kawan atau kawin?. tapi awas, di sini banyak musang berbulu ayam. Jangan sampai tulang rusuk itu rupa2nya seekor musang…Awas..hehe

    [Reply only this thread]

  9. san says:

    Reno,
    Ngam sekali tu , seperti musang berbulu ayam,
    Seperti seekor serigala yang menyamar jadi kambing
    bahaya!!!

    [Reply only this thread]

  10. san says:

    Yongkor-yongkor Wrote:
    ITU LA BA MAKSUD SA 2 SAN…HEHEHE TAPI X PANDAI BUAT SOALAN….tulang rusuk c lelaki yang telah bkawin adalah wanita yang dikawininya kan?hehehe tapi macamana pulak lelaki yang lebih dari 1 isteri?yagn mana 1 sebenarnya tulang rusuk lelaki 2?ini selalu jadi persoalan saya…hehehe blm mendapat jwpan yang pasti

    Yongkor-yongkor,
    Kau mau kawin kaini? Jangan lupa jemput saya, Saya tulung kasi abis hidangan, Hehehe..Alangkah indahnya kalau dunia ini didiami oleh seorang wanita dan seorang lelaki sahaja.Sejak dari dulu lagi, lelaki sudah menamakan semua binatang mengikut kelas. Mereka ini semuanya berpasangan. Pelanduk dengan pasangan kekasihnya seekor, harimau dengan pasangannya seekor, burung unta pun pasangannya seekor..

    Oleh kerana manusia lelaki tidak menjumpai satupun pasangannya, maka Sang Pencipta memberikan lelaki itu seorang wanita dan bukan dua atau tiga. Sebab Dia tahu, semua ciptaan-Nya berpasangan satu. Pelanduk pun tahu, dia tidak boleh cari dua atau tiga, melainkan satu, inikan lagi kita manusia?

    Peristiwa semasa masuk ke dalam Bahtera, Sang Pencipta juga memerintahkan (Common/harus dipatuhi) kepada nabi Nuh supaya membawa hanya sepasang sahaja masuk ke dalam bahtera. Kura-kura dengan kekasihnya seekor, rabbit dengan kekasihnya seekor, dipendekkan cerita, semuanya mempunyai pasangan. (Supaya terpelihara hidupnya)

    Sang Pencipta tidak pernah memerintahkan nabi Nuh masa itu untuk membawa tiga pasang burung, dua pasang melainkan satu pasang. Kalau ada lebih, maka yang seekor itu tidak dibenarkan masuk didalam bahtera .

    Apakah kiranya yang akan terjadi kalau Nabi Nuh membawa 2 pasang burung tekukur atau harimau didalam bahtera itu? Mungkin dia akan berkata kepada yang lain “Psstttt, jangan kasi tau Tuhan, Kita kasi tirik Dia. Kita bawa 3 pasang… Pssstttt.. (Tapi Tuhan tau tirik tu. Nanti tunggu masanya…)

    Yongkor, selamat membasa , saya pun membasa baini saya tulis ni..hehehe

    [Reply only this thread]

  11. yongkor-yongkor says:

    TQ san 4 your info….bukan mau kawin ba ni tp menganalisis….hehehe blm jumpa pasangan amcm mau kawin…huhu sa da baca da….sa ada bnyk persoalan ni tp nti la yg lain…huhuhu kira2 mau cari jodoh dr intenert ni…manatau ada jodoh yg bukan bbulu musang…

    [Reply only this thread]

  12. urangranau says:

    oww teringat pula kawan chatting sia dulu2…dia urg Michigan, dlm chat / webcam..beria2 chat..sekali time jumpa di spore..loss. tia tau apa yg mau di bual kan…kalau di chatting mcm2 perkara kami share..hmm susah mo cakap.

    [Reply only this thread]

    tanakvagu Reply:

    ah dd lucu juga chatt ne arr,ada lagi matematik hahaha..ear hello urang,ko lama suda nda p comment d blog sya.bah harap2 dapat lagila sambung ko punya share tu arr..hehehe

    [Reply only this thread]

  13. san says:

    Biasalah kalau dalam chatting tu , banyak sekali idea tapi bila berjumpa, terus kaku… banyak terjadi mcm tu bah… saya tidaklah sampai mcm tu..hehehe.. sa jumpa butod lepas berchating disini hari tu , sama juga bah.. normal mcm biasa perbualan kami, kan butod… mana sudah di butod ni..hehehe.. :)

    [Reply only this thread]

  14. yongkor-yongkor says:

    haiseyman….yaba kan san…hehehe jan shy2 cat kan….

    [Reply only this thread]

  15. sweetie~ says:

    “Merindui seseorang yang tidak pernah kita jumpa , yang tidak dapat disentuh, yang tidak pernah bersemuka dengan kita tetapi masih merindu. Mengapa ya ?”

    funny kan….but it did happen and it’s happening to me…wakakkaka….alamak picah rahsia ku….

    gila jgk ba ni….org yg nda kanal pun buli buat kita pusing2…kakaka…buli gaduh2 lagi…..ereheiiii…..pandai merajuk lagi….pandai mau minta attention lagi….yaiii….nakal nokopio….tp siuk ba….len thrill dia dr orang yg kita jumpa secara fizikal…..

    btw, kau merindui sapa san? hahaha

    [Reply only this thread]

    tanakvagu Reply:

    hello sweetie

    sya ingat kita pernah bercerita sebelum ini,tapi duuuuuulu lagi,d blog si butodkan..ko tia ingat sya lagi?

    sya klo soal jodoh ne memang kepala pusing bah..sya mau yg enjoy tanpa seberang issu yg mengaitkan sayang2,sya suka katawakatawa..hahahaha gitu.

    sya tia suka sumandak yg manja2 e….nti temasuk lungkang baru tau kakaka
    nda bah sya gurau.alooo sumandak jgan koarang marah2 arr..

    kita happy2 bah ini.sya single lagini…kuang kuang kuanggggggggggggggggggggg

    [Reply only this thread]

    san Reply:

    Hai Sweetie,
    Macam picah rahsia aku ni .. hehehehe… :d , harap2 tidak picah ah.. biar itu rahsia keluar macam kentut, jangan dia kuluar di mulut, bahaya… hehehehe… nanti lah bah kasi tau bah… issskk :)) :x , miracle baitu… hehehehehe…. mana buli kasi tau sekarang, tidak rumantik baitu kalau kasi tau sikarang…

    [Reply only this thread]

  16. Honey says:

    Betul tu sweetie…hmmm….

    [Reply only this thread]

  17. sweetie~ says:

    saya ni wujud dari tulang rusuk sapa arr? hey lelaki….mana kau? hahahaha

    [Reply only this thread]

  18. san says:

    Sweetie,
    Saya diam2 ja ni…. tidak mahu masuk campur… :d

    [Reply only this thread]

  19. bosousada says:

    emmm..macam best ja cerita ni….hehehehehe…….

    .“Merindui seseorang yang tidak pernah kita jumpa , yang tidak dapat disentuh, yang tidak pernah bersemuka dengan kita tetapi masih merindu. Mengapa ya ?”

    emm…besa la ba tu…sa pernah macam tu longggg2 time ago…..hahahahahaha…hampir 2 tahun kami “berkawan” memang time tu sangat indah la kunun….tiap2 hari berhubung…heheheheehe…..time tu mana pandai bosan kan…last2 kami ambil kputusan untuk berjumpa setelah 2 thun chat…

    sekali jumpa…..indah kabar dari rupa……huhuhuhuhuhu…tapi ok juga la….

    [Reply only this thread]

  20. dillema says:

    hehhe, sa pun ada cerita berkaitan dgn jodoh dan internet ni..

    Tahun 98 & 99 sa memang ketagihan main chat, mirc & icq… so, 1 hari sa ter chat dgn sorang lelaki. ni lelaki ni tua 5 tahun dari sia. Dia ni asal Tambunan tp sudah lama merantau di Singapore. Hampir tiap hari kami chat.. kadang2 sampai berjam jam… lama2 kami sampai d tahap yg macam orang betul2 sedang hangat becinta..

    Masuk bulan ke 8, sa bagitau dia yg sa mo pulang kg jadi sa nda dapat chat sbb d kg xda internet. Tapi dia bilang xpa sbb dia pun mo pulang kg. Kunun2 kami janji mo jumpa d pekan Tambunan. hehehehe

    Bila sa sampai d kg, sa dapat berita yg sepupu mama sa yg sa nda pernah jumpa sejak sa darjah 5 lagi pun ada pulang. Sia bukan main seronok lagi sbb sudah lama inda jumpa dia.. mesti banyak cerita. Kebetulan ada party d rumah, jadi dia pun ada datang. Cerita punya cerita, dia pun bagitau lah yg dia kunun sudah pol in lob sama 1 perempuan yg dia kenal melalui internet dan durang ada janji mo bejumpa. Bila sia tanya dia dimana kunun durang mo bejumpa, dia jawap d pekan Tambunan. Bah, apa lagi, hati sia dup dup sudah…

    Dan… (sia kasi ringkas saja lah)… rupanya lelaki yg sa ter pol in lob d internet tu adalah sepupu mama sia… silaka… padahal masa dia bagitau nama dia awal2 kami chat, sia siap bagitau lagi yg nama dia macam nama sepupu mama sia… hahhahahhaha… lawak betul… berabis lah kami ketawa… silapnya, masa kami chatting, sia inda pernah tanya nama kampung dan full name dia… inda pernah terlintas mo tanya.. hehhehe, memalukan betul lah heheheh

    [Reply only this thread]

    Honeybzz Reply:

    Dillema..what an encounter! hahahahha…

    [Reply only this thread]

    san Reply:

    dillema : terpaksalah ko cari lain ni.. sebab terjumpa sepupu, pa buli buat laitu, tai kerbau labok labok :))

    jgn terkawin yg dekat tau… bahaya tu… nanti kalau kawin, ada hormon yang berlebihan, nanti kena sindrom down… atau anak jadi mcm orang putih..

    Saya terkejut apabila melihat orang putih pandai cakap bahasa Timur, ( Di kampung baru, Luyang ) tapi bila saya dekati dia, rupanya dia tu orang Timur, saya dengar ada ura-ura yang emak dan bapanya berdekatan, masih ada pertalian darah.. kesian anak , jadi mangsa..

    [Reply only this thread]

  21. yongkor-yongkor says:

    alamak dillema…heheheeh….tp menggembirakan jg ba kan ko chat dengan cozen mama ko….heheheehe

    [Reply only this thread]

  22. dillema says:

    ya bah… haheheheh… lawak betul..

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link