tiada idea menulis blog02

84 views ,

(Dikemaskinikan semula)

Saya memang tiada idea menulis artikel di blog kalau menghadapi masalah peribadi. Ini kerana penulisan blog berkait rapat dengan keperibadian kita.Jika kita goyah, kemungkinan penulisan akan terhenti seketika. Kalau nak upload gambar atau video dan buat huraian ringkas mengenainya mungkin tidak menjadi masalah buat saya tapi?

Memang kalau menulis artikel, kita perlukan idea yang boleh menjadi inspirasi kepada semua orang . Saya mungkin tidak akan menyimpan hiburan yang keterlaluan atau lain-lain perkara kerana kebanyakan perkara yang mungkin tiada disini, ada di luar sana. Walaupun mungkin artikel kita tidak menjadi sumber inspirasi, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat menghidupkan semangat sebagai seorang pemblog.Ini yang paling penting.

Blog yang tiada kualiti atau berkualiti , yang terpilih atau tidak terpilih semuanya sama.Yang membezakan ialah semangat .Tetapi biasanya blog yang terpilih akan menjadikan empunya blog akan lebih bersemangat untuk memblog sebab mereka akan merasakan diri mereka dihargai. :)

Blog yang tidak dikemaskinikan tidak semestinya tidak mempunyai idea untuk berblog kerana rata-rata blogger tidak sepenuh masa untuk memblog. Ada blogger yang bercuti, ada yang balik kampung dan mungkin di kampung tidak mempunyai sambungan internet, ada yang tidak sempat menulis kerana terlalu banyak sekali blog yang mahu dikawal atau kerja di luar dan tidak dapat masuk pejabat dan sebagainya.

Kalau blogger yang bergiat didalam bidang perniagaan,kemungkinan blog adalah pilihan utama sebagai pejabat maya 24 jam. Ini tidak mustahil.

Dengan alasan itu, maka tidak hairanlah jika terdapat blog yang langsung tidak dikemaskinikan atau Cuma dapat dikemaskinikan seminggu sekali atau sebaliknya. Kita masing-masing mempunyai tanggungjawab di luar. Jadi , berblog ialah satu cara kita untuk mengenali antara satu dengan yang lain, memberikan idea, buah fikiran dan sebagainya.

Bahan bacaan di luar mungkin tidak mencukupi atau mempunyai maklumat yang terlalu terhad. Jadi, tidak salah kita membuka mana-mana blog percuma di internet dan berblog. Mari kita meriahkan lagi dunia maya ini .

Banyak orang melayari internet kerana ingin mendapatkan sesuatu, sebagai satu sumber pengetahuan yang berguna. Pengetahuan yang tak berguna, saya tak tahu. Mungkin boleh digunakan juga sebagai inspirasi.

Yang paling penting ialah pengetahuan kerana itulah ilmu yang ingin kita cari. Ilmu, ilmu , Ilmu. Tanpa ilmu, kita tiada apa-apa. Jika kita tidak tahu persedian-persediaan yang perlu sebelum mendaki gunung, kita tidak akan sampai ke puncak.

Salah satu blog saya didalam bahasa English yang saya tidak pernah update sejak beberapa bulan yang lalu di http://www.piasau.com/healthy-eating , Blog ini adalah blog yang terpilih dan tersenerai sebagai recomended read kepada semua blogger yang lain tapi saya tiada semangat untuk berblog di bahagian ini disebabkan masalah lain, salah satu daripadanya ialah kurangnya semangat saya berblog.

Untuk keterangan lanjut , anda boleh pergi ke blog shine

Jika ada sesiapa yang mahu menjadi author untuk blog ini, jangan lupa menghubungi saya. Saya akan tempatkan diri anda sebagai author dan saya akan buat pertimbangan untuk hal ini.Saya tidak akan memberikan gaji atau upah kerana blog ini adalah percuma atau saya yang akan pilih sendiri author yang bakal menjadi milik blog ini.

Sekian sahaja untuk hari ini.Selamat berbilok.

Info :

Nokurogia wrote:
San cuba ko baca ni buku… sekitar muka surat awal2 pun cukup suda.

The Da Vinci Method

Ini cerita pasal sekitar 10% org ni pembawa genetik Da Vinci. Once orang tu lalu life yg susah, gen ni akan activate. Lepastu org tu akan jadi sangat2 prodaktif… Idea buku ni sangat bagus tuk buat kita faham apa yg berlaku sekitar kita..

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

3 Responses to “tiada idea menulis blog02”

  1. Rubinz Says:

    hehehe Sanny…kurangnya semangat berblog…ya, ya! betul tu…ada masanya, membara-bara lagi semangat tulis blog..ada masanya, tiada mood langsung..macam saya ni…banyak idea tapi malas…tiga sudah blog sia kasi tinggal…nantilah ada masa pondo..megihum negi semangat ti…:) ciaw….good works by the way..

    [Reply only this thread]

  2. kaDusMama Says:

    :) begitu lah bah tu..macam laut, ada masa air pasang naik ada masa air pasang surut..tidak tentu kan..begitu juga mood kita blogging nie..ada masa semangat..ada masa kurang semangat..
    Thats why sia buka 1 blog saja sekarang..hehe kalau ada 2-3, pengsan sia mau jaga..too many things mau handle nie..keja, rumah, anak2…hmmmm
    So…for the moment, 1 blog pun cukup lah.. :)

    [Reply only this thread]

  3. san Says:

    Rubinz, kesian blog ko , selalu ko kasi tinggal , menangis tu nanti , :)
    Susah juga bah mau cari itu semangat ,

    Kadusmama, betul tu,ada masanya air surut , janganlah bah pengsan,
    nanti anak-anak pun tkazut tu.. :) , kalau mau cosentrate , satu blog
    pun sudah cukup tu ,

    Nokurogia, saya sudah baca ebuku tu. Boleh tahan tu. Saya baru
    baca soalan-soalan dia pun sudah membuatkan saya merantau jauh. :)
    thanks.. Saya sudah pindahkan idea kamu di bahagian atas sekali
    kerana ada link yang nak dikongsikan dan info yang berguna

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link