histeria zaman moden

320 views ,

Makhluk halus memakai definisi hysteria moden untuk mengelirukan manusia supaya kita menganggap hysteria ialah emosi yang keterlaluan. Ya, hysteria ialah satu emosi yang keterlaluan tetapi kalau dilihat dari sudut lain, ia bukan emosi semata-mata.

Makhluk halus memakai kelogikan manusia untuk berselindung di sebalik hysteria. Apabila orang lain cuba untuk menghancur, menghapus, menghalau atau memindahkannya, maka dia akan kembali kepada logic manusia lagi. Mereka berselindung di antara manusia.

Itulah sebabnya ramai daripada kita akan berkata bahawa hysteria itu hanya satu gangguan biasa. Suruh dia kawal emosi. Kalau kita tidak dapat menilai sepenuhnya tanda-tanda orang yang kena hysteria, kita akan berkata bahawa itu hanya logic manusia semata-mata. Pensyarah saya tidak pernah percaya yang hysteria ialah satu gangguan makluk halus sebab dia hanya memandang dari satu sudut sahaja.

Kalau kita melihat seorang wanita yang berada didalam kesakitan melahirkan anak lalu kita katakan itu hanya hysteria kerana gangguan emosi yang membuatkan dia berteriak untuk melahirkan anak maka kita masih belum memahami hysteria. Bagaimana kalau seorang pemandu kereta biasa berlanggar dengan sebuah lori? Pemandu kereta yang tersepit didalam keretanya itu menjerit dan ingin keluar meminta tolong, lalu orang katakan bahawa itu adalah hysteria?

Seorang kanak-kanak terperangkap di atas bangunan yang terbakar dan dia menjerit meminta tolong seperti orang gila dan orang hanya katakan dia hysteria? Bagaimana kalau dia mati di tempat kejadian? Dan kita masih berkata, hysteria lagi?

Histeria bukan satu kejadian alam semulajadi. Kita boleh menjerit bila-bila masa dan tunggu orang berkata kepada kita yang kita ini gila. Histeria kadangkala dikaitkan dengan kegiatan paranormal. Ahli paranormal dapat melihat semua yang berlaku, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kegiatan mereka ini amat berbahaya kepada jiwa mereka sendiri.

Semasa saya tinggal di asrama (Semasa di dalam latihan), ada saja orang yang kena hysteria terutamanya wanita. Mereka berteriak pada waktu malam atau setiap jam 12am. Orang yang selalu kena hysteria ini bukan satu gangguan emosi biasa. Orang yang mengalaminya berada didalam situasi yang tidak sedarkan diri. Kadangkala hysteria yang dahsyat ini terjadi akibat daripada perbuatan manusia, guna-guna daripada orang lain.

Menurut pengertianku sendiri, hysteria terdiri daripada tiga kategori iaitu hysteria yang disebabkan oleh gangguan saraf (contohnya seperti filem X-Men, semua mutant mengalami gangguan saraf dan mulai berteriak kesakitan kerana mereka telah dihypnosis menggunakan minda kawalan jauh). Kedua ialah hysteria yang membuatkan seseorang menangis secara tiba-tiba dan ketawa terbahak-bahak seorang diri tanpa alasan (Jarang terjadi) dan ketiga hysteria disebabkan ada kuasa lain yang masuk dan memakai orang itu untuk berbuat perkara-perkara yang ganjil, yang tidak masuk akal.

Kalau hysteria terjadi disebabkan oleh gangguan saraf, maka kaedah ini boleh di atasi dengan cara memberikan ubat penenang kepada orang yang mengalami kemudian barulah diberikan kaunseling. Orang jenis ini tidak perlu ditekan kerana kemungkinan dia mengalami masalah lain.

Histeria yang ketiga adalah disebabkan oleh pengaruh daripada kuasa-kuasa lain seperti roh orang mati atau pengaruh roh yang tidak baik. Histeria yang dipengaruhi makhluk halus daripada orang mati ialah orang yang selalu memanggil roh orang mati samada untuk berkawan dengan mereka atau menggunakan mereka sebagai alat untuk membuat kejahatan.

Permainan [The spirit of the coin] adalah permainan popular di sekolah semasa zaman persekolahan saya tetapi saya tidak terlibat didalam permainan ini. Permainan ini sebenarnya adalah untuk memanggil orang mati melalui wang siling. Walaupun ini hanya satu permainan biasa, tetapi orang mati yang sudah dipanggil itu tidak akan merasa tenteram selagi dia tidak dapat berkawan dengan manusia yang memanggilnya.

Jika orang yang pernah bermain dengan permainan ini berhenti bermain, dia akan di ekori oleh roh orang mati tidak kira di mana sahaja dia berada. Ini memang tidak masuk akal tetapi tanda-tanda ini akan semakin ketara terutama apabila orang mati yang dipanggil itu akan membawa lebih banyak lagi yang lain untuk memasuki kawasan di mana dia dipanggil sebelumnya dan akhirnya akan terjadi banyak gangguan, seperti gangguan minda, penglihatan-penglihatan yang ganjil dan menakutkan.

Walaupun kawasan itu sudah diistiharkan sebagai kawasan putih tetapi niat orang mati ini masih menginginkan orang yang telah memanggilnya. Jadi, dimanapun orang itu berada, dia akan kejar . Saya tidak menggalakkan sesiapa untuk bermain dengan [ The spirit of the coin] atau anda akan menjadi mangsa hysteria.

Walaupun kita memanggil banyak orang untuk menghalau atau membersihkan kawasan itu daripada gangguan makhluk halus, ia tidak akan dapat memberikan kesan langsung kerana mereka boleh pergi dan balik ke tempat biasa sebab roh orang mati ini sangat sensitif.Mereka lebih suka orang yang suka menunjukkan kuasa manusia biasa dan bermain dengan mereka. Kalau roh orang mati itu adalah pembunuh, satu sekolah pun boleh mereka tawan.

Kadangkala memanggil roh orang mati ialah satu tradisi atau adat resam sesetengah orang tetapi ia banyak mengundang masalah pada masa akan datang sebab boleh memusnahkan keluarga sendiri jika tidak dijaga.

Berhenti bermain dengan wang siling untuk memanggil hantu atau apa saja cara yang anda lakukan. Gangguan nyamuk boleh di atasi tetapi gangguan roh, mereka boleh menawan satu Bandar. Satu cara untuk menghalaunya ialah tidak memanggil dan bermain dengan mereka.

Bermain dan berkawan dengan roh orang mati boleh mengundang risiko. Kita tidak tahu, jika roh orang mati ini benar-benar mereka atau daripada roh lain dari neraka untuk membawa kita masuk ke sana. Kita diumpan seperti ikan keli yang termakan umpan ikan buatan manusia.

Semoga artikel ini dapat membantu mengurangkan kejadian hysteria.

Rujukan:

What is hysteria?
noun [MASS NOUN] exaggerated or uncontrollable emotion or excitement, especially among a group of people

Psychiatry a psychological disorder (not now regarded as a single definite condition) whose symptoms include conversion of psychological stress into physical symptoms (somatization), selective amnesia, shallow volatile emotions, and overdramatic or attention-seeking behaviour. The term has a controversial history as it was formerly regarded as a disease specific to women.

Hysteric :
1 (hysterics) informal a wildly emotional and exaggerated reaction: uncontrollable laughter:.
2 a person suffering from hysteria.adjective another term for HYSTERICAL (in sense 2).

ORIGIN mid 17th cent. (as an adjective): via Latin from Greek husterikos ‘of the womb’, from hustera ‘womb’ (hysteria being thought to be specific to women and associated with the womb).

Gunakan PA untuk komen yang terlalu panjang

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

8 Responses to “histeria zaman moden”

  1. kuai says:

    paling sa malas post comment sini blog ko ni sannn…:(( ERROR lagi dan hilang lagi… waaaaaaaaa…

    sa lupa uda apa yang tulis tadi..

    pendek kata… jangan panggil hantu!
    lebih baik panggil dan berdoa pada Tuhan. :)

    [Reply only this thread]

    san Reply:

    kuai , Errr… :( , i am sorry kalau masalah ini yang membuatkan ko terjepit . Saya dah tak ada idea lagi… :( , sebab semua sudah saya check, tiada masalah pun di web saya pasal komen tread ni.. malahan saya sempat upgrade kenen yang terbaru punya style tapi tiada masalah pun…

    Saya menerima mesej beberapa hari yang lalu daripada domain support yang TM net dah upgrade system mereka. Domain support saya pun sudah pindah tempat jadi secara automatik, website saya pun ikut pindah.. macam PTI kena halau.hehehe.. :d , proxy server dengan dns ko ada terlist kah dalam supam ? maksud saya pernah ko bagi supam dengan orang sebelum ni?

    Kalau pernah, domain sya ni secara automatik captured tu or tm net dah buat something untuk manage reputasi perniagaan mereka. try ko check2 or tukar yang baru.Itu masalah proxy ko tu.. :)>-

    [Reply only this thread]

    kuai Reply:

    hemmm.. entah la tu san… mangkali sa salah jawab tu soalan matematik?! huhuhu…. nah best oo ko pakai domain sendiri… campin urang bilang… hehehe…

    [Reply only this thread]

    san Reply:

    Kuai,
    saya sudah set semuanya… boleh komen panjang sudah tu..
    Harap-harap jangan ada error lagi…
    Saya mungkin buat silap bahagian setting ni domain bah..
    Saya cuba find out baitu sampai 3am tidur, tapi sekarang saya
    feel ok lah…
    Ya… ini memang domain saya sendiri, sioknya… =d>
    tapi tidak juga campin bah, cuma campin betapuk ja.. :))

    [Reply only this thread]

  2. san says:

    Aik nah kuai… :o , dns ko ni mesti ada kaitan dengan list tu
    saya tak set apa-apa di list tu tapi automatik captured , :-@
    sebab tm net sudah upgade mereka punya services..
    aik nah…. jangan lah menangis bah, :> nanti ko kana histeria… ;))

    [Reply only this thread]

    shrek Reply:

    Jangan sesekali berkawan dengan makhluk halus, kita tidak akan tahu bagaimana akibatnya.

    [Reply only this thread]

  3. Oiga says:

    Menarik ni San.. Sedang berlaku di Pahang skrg… Histeria mmg satu gangguan perasaan yang tidak terkawal.. biasanya perasaan takutlah yang banyak dikaitkan dengan histeria ini. Orang yang kena histeria dikatakan terdiri dari golongan yang lemah semangat.. Histeria juga dikaitkan dengan kerasukan roh jahat yang mana memang wujud sebab dalam Alkitab banyak menceritakan tentang orang yang dirasuki roh2 jahat ini.
    Manakala hal2 tentang bersalin, kebakaran dsb tu sya berpendapat adalah lebih kepada phobia iaitu ketakutan kepada berulangnya satu pengalaman menakutkan, mengerikan, menyakitkan dan sewaktu dengannya, yang pernah dialami sebelum ini..
    Phobia dan histeria ini tidak sama tetapi mungkin berkaitan dalam sesetengah kes. Ini kerana phobia adalah berdasarkan kepada pengalaman seseorang secara fizikal (melibatkan kesakitan) manakala histeria lebih kepada benda2 halus.. Phobia boleh menimpa sesiapa saja tapi histeria hanya menimpa kepada orang2 tertentu.. Orang yg kena serang histeria di tempat tertentu akan merasa phobia utk datang kembali ke tmpt itu..
    Bagi org2 Kristian, yang paling penting adalah membiarkan Roh Allah tinggal dlm hati seseorang itu.. Jika tidak roh jahat boleh masuk ke dlmnya dan lebih teruk jika ia turut membawa roh2 yang lebih jahat bersama.. (matius 12:43-45)

    * tadi pun ada error sbb sya lupa buat tu soalan matematik hehehe.. mujurlah sya ada copy dulu tu komen sya.. klu ndak, mau taip balik ooo :D

    [Reply only this thread]

    san Reply:

    Ya Oiga,
    saya sudah membaca kejadian histeria tu di pahang. Mereka kata sudah selesai dan tidak akan datang lagi (Menurut pengamal tradisinal) tapi walaupun pengamal tradisional itu kuat sekalipun, mereka tidak mampu menghalau benda ni sebab ini bukan makhluk halus semulajadi yang menghuni batu, gua .Ini roh orang mati yang mengganggu.

    Kalau roh orang mati tidak tenang, macam orang yang bunuh diri tu , memang rohnya tidak tenang , kalau mereka kena panggil lagi , alamatlah… orang yang kena pun tidak tenang oh… hehehe…

    ya betul , phobia dengan histeria itu sebenarnya berbeza.. tetapi berjalan bersama. Selepas histeria, mereka akan kena phobia tapi kadang-kadang kena phobia dulu barulah histeria..

    Bagi org2 Kristian, yang paling penting adalah membiarkan Roh Allah tinggal dlm hati seseorang itu.. Jika tidak roh jahat boleh masuk ke dlmnya dan lebih teruk jika ia turut membawa roh2 yang lebih jahat bersama..
    (matius 12:43-45)

    Kita sudah sedia maklum mengenai pernyataan ini…
    :d [-o<

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link