forgive and forget
96 views ,Semasa berada didalam darjah 6, saya seringkali dibuli oleh kawan bersama dengan geng-gengnya sekali. Selepas sahaja balik dari sekolah, mereka sudah bersengkol untuk merompak sesuatu daripada saya iaitu susu sekolah. Saya jarang minum susu yang diberikan oleh pihak sekolah semasa rehat , saya akan simpan di beg kecil untuk dibawa ke rumah.
Saya masih ingat peristiwa itu sebab tidak mungkin akan luput daripada ingatan saya semua penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh kawan-kawan (Pelajar samseng) saya semasa di sekolah. Memang terlalu susah mengampuni mereka sebab tidak tahu apa maksudnya forget and forgive. (dulu)
Forget is put out of one’s mind; cease to think of or consider, (forget it) said when insisting to someone that there is no need for apology or thanks. (forget it) said when telling someone that their idea or aspiration is impracticable. (forget oneself) stop thinking about one’s own problems or feelings: (forget oneself) act improperly or unbecomingly. ORIGIN Old English forgietan, of West Germanic origin; related to Dutch vergeten and German vergessen, and ultimately to FOR- and GET.
Forgive is stop feeling angry or resentful towards (someone) for an offence, flaw, or mistake: (usu. be forgiven) stop feeling angry or resentful towards someone for (an offence, flaw, or mistake): used in polite expressions as a request to excuse or regard indulgently one’s foibles, ignorance, or impoliteness. ORIGIN Old English forgiefan, of Germanic origin, related to Dutch vergeven and German vergeben, and ultimately to FOR- and GIVE.
Membalas dendam merupakan satu niat individu yang mementingkan kepuasan. Puas! Puas! Puas! Hanya tambah satu huruf akan menjadi puas-a (puasa). Jadi, puasa tidak bererti kalau tiada kepuasan untuk melakukan forgive dan forget.
Bukan senang melakukan forgive dan forget. Kalau dituntut untuk membenci seseorang, maka tiada lagi wujud forget dan forgive. Kalau tidak tahu bagaimana melakukannya, adakan satu upacara besar-besaran yang dinamakan tarian forgive dan forget diringi dengan nyanyian burung punai.
Benci lawannya forgive. Si benci tak suka forgive, begitu juga sebaliknya. Forgive selalu mengumpul sesuatu yang membuatkan orang selesa dan sentiasa berfikiran aman. Forget bukan satu penyakit mudah lupa tetapi satu kesihatan untuk melakukan forgive. (Bergantunglah bagaimana pengertian seseorang individu mengenainya)
Penyakit mudah lupa akan wujud apabila tidak mahu forget dan forget berjalan bersama. Menghindari atau cuba untuk berselindung di sebalik fakta.
Seandainya forget ini tidak dapat dilaksanakan, bersedialah untuk berjumpa doktor dan buat satu pertemuan. Jangan lupa beritahu doktor supaya dia dapat menyediakan satu bilik khas atau kelas pertama untuk kita yang berpenyakit. Forgive tidak boleh berjalan seorang diri. Kalau forgive berjalan seorang diri tanpa forget, dia akan berjalan miring.
Forgive tidak sama dengan orang yang suka menghormati orang lain. Forgive ialah satu cara terbaik untuk memberikan ruang kepada orang lain memenuhi impiannya sendiri. Kalau forgive berjalan dan akhirnya dia akan berjumpa dengan ketam dan berkata, hai! Kita serupa!!!
Seorang yang ikhlas, akan bersedia memaafkan segalanya dan biasa disertai dengan tangisan. (Tidak semestinya).Membunuh, memarahi atau menghancurkan boleh menengelamkan forgive dan forget.
Memakai pakaian halus yang boleh menghasilkan aroma forgive dan forget tidak dijamin dapat memberikan keputusan yang baik untuk meneguhkan kepercayaan. Kalau benda ini tidak ada didalam kepercayaan hidup kita, sudah tentu memberikan peluang kepada ahli saintis untuk bekerja keras mencari ubatnya.
Tetapi kalau ahli saintis sudah terlibat dalam hal kecil seperti ini, maka kita pasti akan mengigau setiap malam atau berteriak seperti harimau bintang sambil mencari mangsa. (Apakah yang dapat kita ertikan dengan harimau bintang dan sifat-sifatnya ?)
Cerita forgive dan forget sama seperti seekor bangau yang kurus yang tidak makan selama 3 hari. Apabila di Tanya mengapa tidak makan, dia kata “rumput sangat panjang”. Dan dipendekkan cerita, apabila bertanya kepada ular, mengapa dia mesti makan katak, sebab ular tahu, dia makan katak bukan disebabkan katak sedap tetapi itu adalah makan ruji sang ular.
Saya teringin melihat bangau gemuk tapi bangau tidak pernah gemuk-gemuk. Mungkin disebabkan rumput sangat panjang, yang menyebabkan ikan tidak timbul lagi.






September 10th, 2008 at 1:29 am
Tidak ada sesiapapun didalam dunia ini yang tidak pernah melalui suka duka kehidupan. Kadang kadang kita sendiri pun ada melukai perasaan orang lain walaupun secara sengaja ataupun secara tidak sengaja. Walauapapun, sekiranya kita dilukai, eloklah kita memaafkan sahaja orang itu.
Kita bermaafan bukan kerana kita ini baik, tetapi untuk kita melepaskan diri dari perasaan dendam dan marah serta tidak senang hati terhadap seseorang itu. Sedangkan lidah lagi tergigit…apalagi manusia!
[Reply only this thread]
yongkor-yongkor Reply:
September 10th, 2008 at 11:55 am
shrek, sapa suruh gigit lidah….hehehe ya sa setu7 dgn ko ni….memaafkan orang memang baik…tapi saya ada kisah yang susah utk saya maafkan orang itu…saya tidak tahu apa harus dibuat kalu tjumpa orang tu…samada sa mengamuk ka ntah la….harap2 semua ni tidak terjadi…
[Reply only this thread]
Shrek Reply:
September 10th, 2008 at 2:57 pm
Yongkor- yongkor, didalam dunia ini tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Memang sukar untuk kita memaafkan seseorang itu terutama apa yang dia lakukan itu sungguh menyakitkan hati.
Tapi tidak elok juga kamu berterusan membenci dan menaruh dendam kepadanya.
Cubalah sharing sini, manatau ada kawan-kawan kita yang sudi memberi nasihat sepatah dua untuk kamu. bukan begitukah San? Mana suda ini San-Chan?
[Reply only this thread]
san Reply:
September 11th, 2008 at 7:45 pm
Shrek,
, butul, tiada seorang pun yang sempurna didalam dunia ini. Siapa baini yongkor2 ni? Saya terlalu susah mau define, 
Saya disini baini.. betapuk…
[Reply only this thread]
September 11th, 2008 at 6:50 am
ya memang susah untuk memaafkan seseorang yang pernah sakiti kita..sedangkan sa sendiri pun susah untuk memaafkan orang yang pernah sakiti sa..namun sa sedar kita ni hanya la manusia biasa…nanti lau kita nda kasi maaf orang..suatu hari nanti sekiranya kita terkasi sakit hati orang pastu dia nda kasi maaf kita..owh….susah owh…shrek sa setuju sama ko..yongkor-yongkor cuba la ko kasi sharing…nanti kita sama2 cari jalan penyelesaian dia…hehehehe
[Reply only this thread]
san Reply:
September 11th, 2008 at 7:57 pm
Bosousada,
Yongkor,apa masalah yang kamu ada,kongsilah disini,Bosousada pun bersedia memberikan pandangan tu.Saya bersedia mendengar ni tapi teda dapat mendengar bah,ini baca sajalah..kalau ada lebihan idea yang tidak sama dengan kamurang semua, saya boleh bagi disini
[Reply only this thread]
September 12th, 2008 at 12:45 pm
Yongkor yongkor, jangan lagi mengingatkan perkara yang menyakitkan hati, elok dilupakan sahaja..mungkin orang yang membuat hati kamu sakit sudah melupakan perkara itu.
Get on with your life…Be happy!
[Reply only this thread]
September 23rd, 2008 at 5:09 am
masalah????? semua orang pun ada masalah.dan ada orang mangatakan yang setiap masalah tu ada penyelesaiannya…betul kah? heheheheh..
[Reply only this thread]
September 23rd, 2008 at 4:05 pm
Bosousada, hehehehe
juga…
Butul labaitu…kalau yang tiada masalah tu, try2 labah cari masalah
supaya dapat membantu orang lain yang bermasalah…
Macam seorang plumbing works. Hari-hari dia p check
tu dalaman bangunan. Manatahu ada kebocoran paip..dia boleh
membaikinya dengan kepakaran yang dia ada.
Kalau yang ada masalah, tidak payahlah cari masalah..
minta bantuan orang yang sudah pernah menyelesaikan masalah
tapi kalau mau try2 mau mengatasinya, dipersilakan….
sebab berguru dengan masalah boleh menjadikan kita semakin
matang dah faham akan erti kehidupan… walaupun sedikit tetapi bermakna..
[Reply only this thread]
September 24th, 2008 at 10:43 am
hehehehehehheheeheh…….tapi kan san..mana ada orang yang teda masalah…semua orang pun ada juga..tapi yang membezakan adalah tahap kesukaran masalah itu diselesaikan….sebagai contahnya, kita dua orang( hehehehe) konon2kononnya kita ada masalah tapi masalah sa tidak sama dengan masalah yang ko hadapi…maksud saya….masalah sa ni nda rumit…emm ko faham kah juga san apa yang sa cuba sampaikan ni?hehehehhehe..lau ko nda faham nanti sa kasi faham ko la
[Reply only this thread]