blurrgeng Vs blogging
107 views ,Saya ambil artikel ini daripada friendster. Saya ambil-ambil saja sebab ini adalah karangan saya sendiri. Jangan baca artikel ini kalau tidak tahan mengirak. Berbahaya kepada bot-bot kecil!!! Artikel ini Cuma sekadar gurauan semata-mata. Mungkin tajuk di atas tiada kaitan dengan artikel ini? ![]()
Mau tau apa rahsia supaya kentut itu berkhasiat ah ? mau tau ah ? butul-butul ah ? Saya takut nanti kamurang kuat kentut bah kalau tahu semua rasia mengenai kentut .hahahahaha..Bah , teruskan membasa berita dibawah ini bersama dengan wartawan kentut . Hahahahaha…
Kentut apabila dilepaskan sudah pasti dapat menghasilkan bunyi merdu , itupun kalau tukang kentut itu tidak melepaskannya sekaligus . Kalau dia lepaskan secara perlahan – lahan dengan cara romantik , sudah tentu bunyi kentut akan dapat menghasilkan bunyi yang menarik tetapi harus dilepaskan di tempat yang strategik . ![]()
Mengapa kentut ini mempunyai khasiat ?
Benarkah kentut mempunyai khasiat ? Kalau kita lihat kitaran pemakanan mengikut kelas ( Maaf tiada gambar Ilustrasi ) pemakanan seimbang, pemakanan basuh mulut yang paling popular ialah buah-buahan .
Setiap kali kita minum jus buah – buahan , kita sudah tentu berfikir bahawa jus buah-buahan itu mempunyai khasiat yang tinggi tetapi satu hal yang perlu kita ketahui ialah tidak semua khasiat jus buah-buahan yang kita minum itu diserap sepenuhnya menuju ke bahagian – bahagian badan yang lain .
Jadi , jika kita meminum jus buah-buahan kemudian kita terkentut , maka kentut itu masih mempunyai khasiat kerana kita memerlukan sekurang-kurang 1 jam untuk membenarkan makanan yang kita makan itu dapat dihadam sepenuhnya sebelum kentut itu keluar.
Dua jam yang selebihnya ialah untuk memberikan ruangan kepada khasiat untuk keluar dalam bentuk gas atau lebih tepat : kentut sebab orang biasa menyebutnya sebagai kentut .Walaubagaimanapun,untuk menentukan mana satu kentut yang berkhasiat atau tidak , maka kenali bunyi dan jenis-jenis kentut di bawah ini :
Kentut M13 –
ialah kentut yang keluar semasa anda ketawa bersama dengan kawan-kawan .Kelebihan kentut M13 ialah kentut yang paling tidak sopan .Jika anda terkena dengan kentut jenis ini , baunya akan hilang selama 1 hari jika terlekat didalam baju anda .Kentut M13 adalah kentut yang tidak disengajakan . Jadi, maafkanlah tukang kentut tu ya.. hehehehe.. ![]()
Kentut senapang –
ialah kentut yang kuat dan agak berbahaya tetapi kita perlu berhati-hati dengan jenis kentut ini .Jika anda memang ada penyakit kuat kentut macam senapang , anda perlulah membawa dua pasang seluar dalam sehari dan penutup telinga terutama apabila anda pergi berkelah bersama dengan kawan-kawan di pantai . Jika anda tidak ada persediaan seperti yang saya katakan di atas , anda akan dilanda penyakit cirit birit .
Kentut angin –
ialah sejenis kentut yang paling romantik tapi dalam diam boleh membunuh perasaanmu.Kentut ini tidak mempunyai bunyi yang kuat tetapi boleh didengar seperti kapal terbang jet yang terlaju didunia sedang melintasi udara selama 5 saat. ![]()
Kentut bom –
Jika anda menghidapi penyakit kentut jenis ini , lebih baik anda segera berjumpa dengan doktor sebab kawan saya ada penyakit jenis ini juga tapi hanya dia dua minggu saja .palis-palis .
Hem , ada-ada saja , Hahahahahaha…
Ini untuk mengembalikan kegemilangan masa budak-budak duulu..
P/S: Artikel ini tiada kena mengena dengan orang yang kuat kentut dan yang tidak,kalau ada pun,itu secara kebetulan sahaja . Artikel untuk menghilangkan bosan.Terima kasih kerana membaca.- Just for fun … Hahahahahahahaha… Kalau kamu tidak terkentut kentut membaca artikel saya ini , ruginya kamu ..hemhemhemhem… ![]()




hahaha.. lawak…
[Reply only this thread]
san Reply:
September 11th, 2008 at 8:14 pm
Ui nah.. Zi… kasi tau saya kalau ko terkentut-kentut ketawa
arrr, mau buat experiment kenen, jangan lupa apa bunyi kentut ko
tu, mana tau bunyi M16 ka atau apa? Ujian kentut laini kenen..kekekekekek
[Reply only this thread]
paling ditakuti.. Kantut sinapang.. berbahaya kepada diri sendiri hahaha
[Reply only this thread]
San Reply:
September 13th, 2008 at 10:02 am
Oiga, kalau kentut sinapang tu kenalah ambil lesen senapang tu. Kalau tidak, berbahaya kepada bot-bot kisil nanti. Hahahahaha…
[Reply only this thread]