menggugat dan digugat
110 views ,Seluruh dunia sudah tahu apa yang berlaku dan semua orang tahu apa ertinya menggugat dan digugat. Menggugat ialah satu tindakan yang tidak baik dan tidak seharusnya diucapkan dengan sembarangan. Jika perkataan ini disalahgunakan, orang tidak akan percaya lagi dengan kepemimpinan seseorang. Ini sudah tentu memalukan bangsa dan negara sendiri.
Mengapa? Mari bersama saya untuk mengupas sedikit mengenai erti kepimpinan. Pemimpin bererti sanggup menghadapi risiko samada di tolak atau diterima oleh masyarakat. Jika di tolak, itu mungkin perlu dilihat dari banyak segi sebelum melakukan pemisahan dengan tugas yang dibuatnya. Jika diterima, mungkin perlu di lihat dari segi pandangan orang bawahan dan masyarakat sekitarnya serta kesan yang di lakukan olehnya semasa memegang tugas sebagai pemimpin.
Tugas seorang pemimpin bukan sekadar melaksanakan tugas yang berat melainkan dia juga harus melakukan tugas yang ringan seperti Yes kepada kelemahannya dan No kepada kekuatannya. Ini adalah Sesuatu yang hampir tidak masuk akal tetapi semua matlamat dan hasrat seorang pemimpin untuk menjayakan sesebuah Negara tidak akan tercapai jika dia tidak dapat mencari masalah yang sedang melanda dirinya dan yang sedang menggugat masyarakat disebabkan oleh masalahnya sendiri.
Kesan pahit mulai di rasai oleh semua orang dan penyakit trauma mulai menular seperti ais yang mulai lebur untuk menjadi lautan. Semua yang berada di atasnya akan mati dalam masa beberapa minit lagi kerana tempat kita berdiri itu adalah ais dan hanya menunggu masa untuk menjadi lebur, sekejap lagi kita akan ditelan oleh ikan jerung. Ternyata kita bukan berdiri di atas lautan biasa tetapi di bawah laut yang penuh dengan ikan jerung.
Pemimpin yang menggugat masyarakat secara tidak langsung akan tercatat didalam sejarah. Semua tindakan dan caranya berfikir akan menjadi satu teladan atau pertikaian yang menjadi bahan perbualan didalam forum atau di meja kopi.
Sanggupkah kita belajar sejarah dengan menggunakan taktik yang kotor untuk menghalang perbualan ? Ini sudah tentu akan menggugat perasaan seorang pelajar untuk tidak meneladani kepimpinannya. Dan orang yang belajar tidak pernah lulus atau mendapat ijazah. Kita adalah pelajar dan orang yang menjadi guru kita adalah pemimpin kita sendiri. Jika kita belajar sejarah, sudah tentu kita akan mendapat gred A sebab kita tahu taktik kotor yang dilakukan oleh para pemimpin dan kita tidak harus belajar daripada taktik kotor mereka.
Kalau seorang tergugat, bukan bererti semua orang merasa tergugat. Kalau ada seorang yang menggugat, bukan bererti semua orang adalah penggugat. Jadi orang yang bertugas sebagai pencipta sejarah akan menjadi bisu atau malu atau sekadar memasukkan burung kedalam sangkar disebabkan terlalu pasrah dengan suapan atau tidak tahu mana tugas yang harus dilakukannya lalu dia akan berkata kepada burung yang mematuk kudisnya sebagai penggugat. Dalam masa yang sama, dia sedang berfikir untuk menggugat burung itu supaya masuk didalam perangkapnya.
Kalau buat ini, masih mengatakan Yes, kalau jangan buat itu, masih mengatakan Yes juga. Jadi , tidak tahu apa yang hendak dilakukan sebab dia terlalu lemah. Itulah kelemahan seorang pemburu yang suka memburu burung. Burung yang ditangkapnya adalah burung yang dilindungi di bawah akta burung. Dia seharusnya di dakwa di bawah akta burung kerana dia tidak mempunyai sedikit perikeburungan.
P/S: Di atas burung, di kanan pun burung, di depan burung, di belakang pun burung, jadi di manakah burung? ![]()
Rujukan:
Psychology noun the scientific study of the human mind and its functions, especially those affecting behaviour in a given context. The mental characteristics or attitude of a person or group. The mental factors governing a situation or activity: [the psychology of interpersonal relationships]. ORIGIN late 17th cent. from modern Latin psychologia (see psycho-, -logy).




LOL sa paning uda ni san! xD LOL.. ko kasi sakit pala sa oo.. LOL ^_^” Aduiii mcm2 ko ni san.. hehe ^_^ uda pelbagai tajuk uda dalam.. haha ^_^” nah sa uda paning~ LOL ^_^”
[Reply only this thread]
san Reply:
September 13th, 2008 at 6:48 pm
Jangan sakit kepala, jgn pikir banyak, ko sudah dapat klu tu… tapi belum dapat ko huraikan sepenuhnya sebab saya masuk laut dalam ni..
Byk ikan didalam tu Beck… huh.. kasi sedia lah tu pukat tunda, jangan alang2 ni… hehehehe…
, hahahaha..
, mengantuk sudah pula sa ni… em… huah!!! hem….
, Good nite semua… Good nite Beck.. 
[Reply only this thread]
san, sia rasa sia fail la ni kali…kenapa slow betul modem/processor sia ni..adui mo upgrade sudah ni.
btw pemimpin yg berani, telus dan ikhlas ialah pemimpin yg tidak takut di gugat, dan menganggap semua halangan sebagai satu cabaran. Dlm konteks lain..sia faham sikit2 ja ni san..pagi2 bgini ada slow sikit la..
[Reply only this thread]
byk sa mau tulis ni san pasal politik tapi sa takut kana tangkap ISA pula!haha!!
[Reply only this thread]
adeh..apa lagi ceta burung nie..terus sia tepening nie..hehe
But macam kobie, sia pun takut sia kana ISA..hehehe tau2 lah negara kita nie senang2 saja guna nie act..
[Reply only this thread]
haha.. si san ni bikin pening kepala… kalo si beck masuk hospital nanti claims $ sama ko!
Bila sabah mau merdeka ?

Leader is one who know where he wants to go, and gets up, and goes !
[Reply only this thread]
Hehe KadusMama betul tu..nda pasal2 kena masuk kurungan kan heheh
[Reply only this thread]