pengkaji dan wartawan bebas
62 views ,Piasau.Com tiada kaitan dengan mana-mana penulis berita didalam dunia luar. Saya akui terdapat link atau pautan daripada surat khabar utusan Malaysia didalam website saya sebab saya tidak tahu ada surat khabar yang lain di internet pada waktu itu.
Saya selalu membaca surat khabar utusan didalam internet untuk mengikuti perkembangan terkini didalam dunia luar. Saya banyak mengambil maklumat tambahan didalam surat khabar dan mulai menjana idea. Saya suka membaca surat khabar dan mengambil beberapa point untuk dihuraikan kemudian saya kembangkan menjadi satu artikel.
Ini memang satu kebiasaan saya untuk berblog. Saya tidak ambil bulat-bulat semua maklumat yang terdapat didalam surat khabar. Saya Cuma membaca dan mengambil beberapa point untuk dihuraikan dan menjadi bahan rujukan supaya boleh dipelajari oleh blogger yang lain.
Kalau ada kaitan dengan unsur yang sensitif atau yang boleh menyentuh kehidupan anda secara peribadi, maafkan saya. Seperti yang saya katakan dari awal, saya Cuma seorang penulis blog dan ingin menyampaikan sesuatu yang baru atau yang mungkin belum diterokai didalam dunia luar sebagai bahan rujukan dan saya namakan ini sebagai psykologi.
Semua orang boleh menulis dan mereka lebih berpelajaran daripada saya [Karaja putung gatah], sedangkan saya Cuma seorang pengkaji bebas.
Banyak orang boleh berfikir cara psikologi tetapi tidak banyak orang tahu untuk mengubah psikologi itu menjadi bahan yang boleh dipelajari oleh orang lain.
Saya sentiasa mencari jawaban terhadap persoalan yang mungkin tidak dapat diselesaikan oleh kawan-kawan dan masyarakat di luar sana. Saya tidak pasti, mereka dapat dibantu atau tidak tetapi saya sudah sedaya upaya [kenen] untuk menolong mereka yang memerlukan. Dalam masa yang sama juga, saya memotivasikan diri sendiri.
Saya sendiri tidak akan duduk diam apabila mendengar orang berkata seperti ini dan itu. Jadi, saya hanya sebagai pendengar, mencatit setiap perkataan yang mereka ucapkan dan memikirkan sesuatu samada mahu mengubah, menegur, meng approve kan lagi, memintas dan boleh saja mencetuskan kemarahan kepada pihak lain, kemudian saya paparkan didalam blog atau saya simpan didalam nota kecil.
Saya katakan bahawa bukan semua orang dapat menulis dengan baik walaupun kita menganggap semua blogger boleh melakukannya. Ya, blog is a journal [Betul kaini bi saya ni?] tetapi bagi saya, blog bukan sekadar journal. Kita semua adalah media.
Selamat berblog dan semoga berbahagia dengan blog yang kita ada. Yang tiada blog, maka teruskan membaca blog-blog kamiurang ni. Aramai tee!!





LOL.. sukung~ (san napa suma matematik ko ni start dr kusung + numbur ni..?
susa oo!! lol uda karas utak weiii.. =))
Anyway~
minum dulu~ lol.. ngam baitu juz take a few words from articles that u think is interesting… then describe it with your own words.. ngam laitu.. elakkan plagiat!
funny malaysian’s writer didnt really exposed to “no plagiarism” .. juz realised it when my english teacher mentioned bout it and she compared us wif the country that she graduated from.. in there; shes realized that “their people” is reminded with “Strictly no plagiarism!” at their very young age.. cth mcm kita kan..
darjah 6 kunun.. pandai juga cetak rompak kan..?
but them.. they’re trained to “not using others words” …
we need to change~
[Reply only this thread]
Beck,
Ngam laitu… Hehehehehe… Saya sukung… , sukung butul tu.. We need to change~ <== saya ikut-ikut kunun…
P/S: Komen ko automatik save dalam comment recover, dont worry…
Saya baru lihat tadi dan nampak komen ko.. i am sorry Beck. Ko pun
tidak kasi tau bah… Saya check… baru lah Ok…
[Reply only this thread]
“plagiarism” ujud kerana ada sesetengah pihak yang mengaku diri mereka terpelajar atau punya pendidikan tinggi, tidak suka buat kerja dengan betul, selalu ambil jalan pintas, masyarakat kita masih takut menerima teguran, cepat melatah adakal melatah kerana ingin berselindung di sebalik kesalahan “plagiarism” mereka.
Satu lagi penyebab utama berleluasanya penyakit “plagiarism”, sikap tidak apa sesetengah pihak. Kita renung bersama, kalau untuk kebaikan kita berubah, tapi kalau kita masih mahu berada di belakang, hah teruskan.
p/s San macam bunyi serius oh kan, sia anatam ba kunu ni, mau blajar jadi pengkritik.
[Reply only this thread]
san Reply:
October 1st, 2008 at 10:51 am
Saya setuju apa yang ko katakan GregChai sebab….
Pengkritik yang baik sebenarnya adalah sangat berguna kepada negara… Mengapa tidak, pengkritik ni berfungsi sebagai penasihat….tetapi tidak sama dengan pembangkang..
Pengkritik bertujuan untuk membentuk satu nilai murni didalam diri seseorang (Kesedaran) supaya orang yang kena kritik akan lebih bersemangat dan berdiri teguh (kalau yang berfikiran terbuka dengan sikap dan kritikan orang lain yang membina).
Pengkritik bukan pembuat benteng dan bukan pula membuat masalah dan pemberi beban, sebab mereka sedar, ada sesuatu yang harus diperbetulkan…
kalau pengkritik nampak ikan berenang didalam kolam dan terkapus2 kelaparan, apakah yang harus dia lakukan? memberikan ikan itu makan atau bagaimana? Kalaulah kita itu seperti ikan yang terkapus2 itu, apakah yang dapat kita lakukan seterusnya?
Greg, Saya suka menjadi pengkritik yang baik untuk tujuan membina dan menyokong . Ada juga pengkritik yang hanya menghancurkan.. Macam buang tahi di tepi jalan, lepas tu lari… kasi tinggal tu tahi … suruh saja anjing makan…atau biarkan tahi tu sampai baunya boleh membuat orang pengsan..hehehehe…
Satu contoh lagi, Lakonan Peter Pan pada mulanya di ambil daripada sebuah buku yang dilakonkan didalam pawagam secara live dan orang ramai tidak puas hati.. Banyak pengkritik wujud.. mereka kata apa kata kalau begini dan begitu.. dan begitu dan begini lagi…
Ada juga yang menghancurkan lah.. tapi ada yang membangun…orang yang mengendalikan lakonan ini berfikiran positif dan menjadikan lakonan biasa Peter Pan menjadi lakonan luar biasa walaupun sekadar satu lakonan budak-budak . Akhirnya mendapat tempat di dalam pasaran antarabangsa.. Itu semua hasil kritikan.. yang dia ambil sebagai sokongan.
Pemimpin terutamanya sekarang ini yang takut kepada kritikan.. Asal saja dengar itu dan ini, bukan pula nak memperbetulkan atau menjadikan sebagai pengajaran atau berbincang dengan pengkritik untuk menjadikan keadaan lebih baik, malahan marah dengan kritikan… Mungkin terlalu banyak orang yang mengkritik dengan menghancurkan daripada membangun, itulah sebabnya pemimpin sanggup buat apa saja untuk menebus maruah mereka… Akibat daripada kritikan..
Wah, dah panjang ni.. Selamat Hari Raya… Maaf Zahir dan Batin…
[Reply only this thread]