pendatang tanpa Izin masih berleluasa?
164 views ,PTI masih berleluasa walaupun banyak tangkapan dibuat? Mengapa mereka masih berleluasa dan tidak menghiraukan sebarang amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membawa mereka balik ke Negara asal mereka?
Saya pasti mereka dilayan dengan baik mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu melayan atas dasar kemanusiaan. Kalau mereka sudah tahu yang mereka akan diberkas atau dicari seperti seorang banduan, maka menyerah saja. Jangan buat perkara yang membebankan orang lain.
Saya amat sedih dengan banyak pihak yang masih tidak mengambil kira PTI ini sebagai masalah yang serius. Ada yang sanggup diberi wang hanya untuk menebus maruah PTI sebab mereka juga di lindungi di bawah hak kemanusiaan tapi mereka menyalahgunaan kebebasan itu.
Saya tidak hairan jika mereka ini mempunyai ramai kawan yang berpengaruh dan melindungi mereka selepas sahaja pengumuman dibuat untuk menghapuskan PTI.
Ini adalah laporan hasil daripada temuduga yang saya lakukan dengan seorang penjual kasut: ( Rakaman saya tidak berapa jelas kerana saya kuatir dia tidak mahu menjawab soalan saya jika dia tahu saya sedang merakam perbualannya. )
Tarikh: 30.08.2008
Masa: 10.30am – 11.30pm
Lokasi: Asia City
Nama samaran yang dia berikan ialah Pare. Menurutnya, sudah berada di kota kinabalu lebih daripada 20 tahun dan sekarang dia tinggal di Likas bersama dengan isteri dan 4 orang anak yang masih kecil.
Pendapatannya sebulan ialah RM250 tetapi apabila saya bertanya mengenai rumah sewa, dia kata tidak dapat mengelak sebab rumah sewa yang harus dia bayar ialah RM300 sebulan.
Saya bertanya kepadanya mengenai sewa rumah sebanyak RM300 sedangkan pendapatannya ialah RM250 sebulan? Setelah lama duduk dan berbincang dengannya, tiba-tiba seorang wanita yang separuh umur datang kepadanya dan memberikan kasut kepada Pare untuk dijahit. Harga yang dirunding ialah RM5 sepasang dan beberapa orang lain juga datang kepadanya.
Saya pasti pendapatannya bukan hanya RM250 sebulan tetapi lebih. Menurutnya, kadang-kadang pihak berkuasa datang ke tempatnya dan merampas semua barang yang dimilikinya termasuk kasut pelenggan yang belum dijahit dan yang sudah dijahit tetapi belum diambil oleh pelenggan.
Pare tidak lari, Cuma membiarkan peralatannya menjahit kasut di rampas begitu saja. Walaupun dia kehilangan segalanya, dia tidak berputus asa kerana semua peralatan menjahit kasut seperti benang, jarum dan keperluan lain senang didapati di kedai-kedai yang berdekatan.
Saya bertanya kepadanya lagi mengapa dia tidak ditangkap? Dia mengatakan bahawa dia sudah tua dan kerajaan tahu apa itu erti perikemanusiaan. “Itulah yang kerajaan takut sekarang. Mereka kalah kalau kemanusiaan ni, pakcik ni sudah tua, mahu lari pun tak dapat lagi, buat apa nak lari.”
Setelah menyedari yang saya menyoal terlalu banyak, dia mulai mengalihkan perbualan kepada tajuk yang lain dan mengatakan bahawa saya adalah seorang wartawan TV3 tetapi sebenarnya bukan. Ditanya samada ada pelenggan yang kehilangan kasut kerana dirampas oleh pihak berkuasa itu marah kepadanya atau tidak, dia mengatakan tidak tetapi ada juga yang hilang sabar.
Ini kerana pelenggannya akur perkhidmatan menjahit kasut yang mereka harap-harapkan hanyalah warga asing yang tidak berdaftar, berada di kota kinabalu, mencari makan seperti warna kota yang lain. Saya kemudian beredar dari situ kerana ada hal lain yang saya nak selesaikan.
Jika ada sesiapa yang hendakkan perkhidmatan menjahit kasut, saya cadangkan pergilah di
Tukang Kasut Tet Foon di website Tukang Kupi. (Kirim salam saya sama si Tukang Kupi kalau mau lawat website dia arrr, kupi dia sadap, ada ummmm!! ) Saya juga membaca artikel mengenai Local-Loses-Citizenship yang dipos oleh Oiga mengenai PTI.
P/S: Saya tidak ada kuasa untuk menghalang PTI. Ini memang artikel yang amat menyakitkan tetapi saya hanya bergantung kepada fakta dan kebenaran.






San, negara Malaysia memang kaya raya, tetapi kenapa rakyat kita ada yang menderita? Salah siapa? Kenapa pendatang tanpa izin boleh hidup mewah, yang dipaparkan disini hanya lah salah satu kes kecil, yang menjual rokok, bla, bla, bla. apabila rakyat kita memohon untuk menjalankan perniagaan sah, macam-macam peraturan dikenakan, alih-alih, rakyat tempatan tawar hati untuk meneruskan.
Satu pendedahan yang berani San, harus dipuji. Namun adakalanya kita hanya bagai anjing menyalak gunung, pihak yang berkenaan tidak pun mengendahkannya, tetapi apabil rakyat bangun memberontak, mereka menggunakan undang-undang. Salah siapa?, Sama-sama kita renung.
Syabas San.
[Reply only this thread]
san Reply:
September 30th, 2008 at 11:31 am
GregChai,
Kamu dah dapat point disini… semoga para pemimpin sedar akan apa yang mereka lakukan…Saya teragak2 untuk mendedahkan artikel ini tapi setelah berfikir lama, saya harus memberitahu sesuatu yang mana walaupun kerajaan seolah2 sudah menghapuskan PTI tapi sebenarnya belum sebab identiti rakyat sebenar tidak sama dengan identiti rakyat daripada negara luar..
Terima Kasih GregChai kerana pujian itu.. tapi saya cuma menulis apa yang harus ditulis.. yang kutulis tetap ku tulis.. hehehe…
Itulah undang2 yang baik dibuat untuk orang yang baik dan undang-undang yang kejam, adalah untuk orang yang kejam… rakyat yang jadi mangsa…
[Reply only this thread]
good post !! that really good !!!
now… i know where to go to fix my kasut2… thanks to greg !!!
[Reply only this thread]
lgpun itu pendatang2 yg dtg 20 thn dulu putih2 kan, inda berapa ketara, lgpun pandai cakap sabah. klu yg baru2 hitam legam sama inda berapa pandai ckp sabah senang di kesan. tp ada betul juga LA kerajaan kalah sama perikemanusiaan..susah. Kadang2 antara kawasan hitam sama putih, tpksa ambil warna kelabu di tengah2..
[Reply only this thread]
Zi: Kalau saya jual selipar Jepun ko mau bili kah z?
Urangranau Ya , tidak berapa ketara bah mereka ni sebab mereka sudah pandai cakap sleng sabah. Yang hitam2 tu memang sah.. Hehehehe, tapi tidak semestinya lah.. yang hitam tu pun ada juga yang bukan PTI.
Joy, campin sudah ko ni buat ayat simbolik… saya faham tu… sebab kita yang jadi mangsa…
[Reply only this thread]
urangranau Reply:
October 1st, 2008 at 9:26 am
hahaha ayat2 simbolik ni sia belajar dr ko juga bah tu..hehehe apa2 pun PTI tatap dpt kana kenal. mcm mana pun derang begaya sm levis durang ttp juga kena kenal. klu inda buat kacau inda apa, ini kcu anak urg la, menakau la..hisshhh klu sia ada magic, sudah lama sia hantar derang gi pulau xxx. (pndi2 la kmu imagine pulau apa itu)
[Reply only this thread]
san Reply:
October 1st, 2008 at 10:04 am
Joy,
Dalam diam, ko sama si Wel pun tahu sudah guna ayat simbolik, kamu faham.. Saya selalu menggunakan ayat simbolik untuk setiap artikel yang saya post sejak 1 tahun yang lalu, saya tak tahu kalau ada orang yang faham.. terima kasih kerana faham dengan simbolik…. biar orang lain tidak tahu… yang berfikir mengenai maksud sebenar tu..dialah yg dapat maksud dan erti simbolik yang saya sampaikan..
Baiklah… Isu PTI ini adalah isu Global tapi tidak berapa minat diperkatakan oleh para pemimpin pada mulanya kerana mereka menganggap ini hanyalah perkara biasa.. tetapi kegairahan membangunkan kerajaan masing-masing, PTI mengambil kesempatan untuk bermaharajalela dan perlahan-lahan menjadikan negara kita seperti negara mereka sendiri..
kalau mereka nak bawa senapang, suka hati, nak bawa pistol pun suka hati.. macam di negara mereka…. kalau terjadi pembunuhan, rompakan dan penganiayaan seperti kejadian merogol, itu sudah menjadi kebiasaan.. tapi rakyat di negara ini tidak senang dengan budaya “Macam Biasa” itu sebab itu adalah masalah sosial yang serius.
Saya juga berharap.. PTI akan dapat di atasi… Saya pasti, semua orang mengharap perubahan tetapi PTI tidak akan dapat di atasi sekiranya pemimpin sendiri mementingkan kerjaya untuk kepentingan peribadinya sendiri tetapi bukan untuk masyarakat peribumi.
[Reply only this thread]
San dan Urangranau, jan marah kalu sia putung cakap komurang, mana ada dorang pandai cakap bahasa atau ikut sleng kita. Cuba kamu dengar beberapa contoh ini
1. Nasi campur - “nasi sampul”
2. cakap - “sakap”
3. Besar - “Basal”
dan ada lagi lah yang sia inda berapa ingat, namun gitu kalu komurang pigi di Kotaraya, Pudu di Kuala Lumpur , nah matai banyak dorang di sana, macam di KK bah, tambahan lagi di pasar pilipina tu ada urang dorang yang pandai sleng Semenanjung, hah inda kita takajut basar
[Reply only this thread]
san Reply:
September 30th, 2008 at 3:56 pm
Hahahaha, Ada tu Greg. (Saya tidak dapat tidur ni, terus p laman saya) . Teda pa2.. ko belah pun bulih cakap kami, , ada juga yang pandai tu sebab PTI yang lama di sabah mustahil akan bercakap telur jadi tulul..
Kalau PTI pelipin semenanjung tu, pandai2lah diurang cakap bahasa PTI pelipin semenanjung, yang Cuma menjadi tumpuan ni adalah di sabah bukan di semenjung. Kalau PTI belum selesai di sana, mcm mana mereka nak selesaikan PTI di sabah? Nah….
[Reply only this thread]
hmmm.. another critical topic to b concern about~
~
ya.. jadi tnda tnya juga tu.. y does em’ still around after thousand of ambushes that we’ve done to get rid of em..? mkin betul juga.. they’ve made friends to some gov company~ etc.. idk~ thats y they always coming back~ who knows kan..?
perhaps our gov isnt do their part very hard..? rasuah berleluasa~ or.. else~ like u mention kan san..
~ >_<”" this guy claimed to be cool n let everything happens coz he know our gov can do NOTHING to him under the privilege of “kemanusiaan” ~
well.. if that so.. our country will be fucked up! Call me new Bush; or watever but if me laa kan.. 2 chances for em..~ warn this to their country-ministers and made it clear so all universe known that WE R SERIOUS ABOUT THIS MATTER! 2 chances (ONLY); trying to go for 3?…then they’ll be ban and graveyard is the answer~ O_O””
well we talking bout PTI rite..? so.. its clear san.. that they’ve rape and betrays our respects for em and their coming isn’t really help much.. (silly but true) I guess they’re lucky coz Its not person like me to rule our country.. kalu tia.. nah! Tatap! Bush the 2nd~; cruel for other countries to judge but.. paradise for own country
yet.. not into messing wif other country aswell..
lol
^_^””
[Reply only this thread]
san Reply:
October 1st, 2008 at 10:25 am
Beck,
, kalau mau PTI dijadikan semuanya warganegara Malaysia, semua yang lain pun akan ikut, pelan2 menyusup masuk dari negara luar pergi ke negara kita.. sudah kena manja…
Tidak jadi laitu syurgaku adalah rumahku kalau ini macam…. sebab isi didalam rumah tu semua PTI… adesh….
Sebab kita kan terkenal dengan budaya bersopan santun dan tersangatlah mesra… jadi itulah yang mereka suka.. Mereka mempergunakan budaya kita untuk menginjak kita… nah… apa dah jadi… memang pandai bah mereka tu… lihat, atas alasan kemanusiaan, seolah2 tiada sesiapa yang dapat menghalang mereka keluar daripada tempat persembunyian….. tapi peraturan tetap peraturan… itupun mereka masih tidak menghiraukannya? Nah…. pandai2 lah PTI tu betapuk.. kalau kena tangkap, koto.. saya tidak ambil peduli… salah sendiri…
[Reply only this thread]
Kehadiran PTI sebenarnya sudah berada di tahap yang agak membimbangkan. Bagai penyakit kanser, mereka menular masuk kedalam masyarakat kita. Nampaknya..memang kera kita susui tapi anak sendiri ditinggal-tinggalkan. Aduhai……
[Reply only this thread]
san Reply:
October 1st, 2008 at 11:24 am
Honeybzz,
Mereka memang menular lebih cepat daripada kanser…. sebab ada orang tengah yang buat hal… orang tengah tahu dimana back door yang harus mereka lalui.. wang punya pasal…
[Reply only this thread]
Kalau kita ingat kerajaan Malaysia berlembut dengan status pelarian sebab dasar kemanusiaan, saya rasa mcm kurang tepat.
Satu masa dulu, di satu pulau di negeri Terengganu, iaitu Pulau Perhentiaan, di sana ada satu kapal pelarian karam dan sekitar seratus orang mati lemas. Mereka ialah pelarian perang yang cuba mendapat simpati daripada negara Malaysia untuk mendarat ke tanah semenanjung (saya kurang pasti pelarian Kambodia atau Vietnam, cerita lisan tourist guide).
Tapi apa yang terjadi kerajaan Malaysia langsung tidak membenarkan pelarian tu mendarat ke tanah semenanjung. Dan akhirnya kapal malang tersebut sengaja buat2 kemalangan melanggar batu karang dengan harapan gov Malaysia hantar bantuan atas dasar simpati (patah balik ke negara asal bukan pilihan sebab pasti dibunuh). Tapi malangnya tiada bantuan diberikan, cuma orang Kampung pulau tu yang bagi bantuan dengan mangsa tersebut.
Dasar kerjaaan Malaysia sangat tegas untuk tidak menerima pelarian walaupun atas faktor kemanusiaan dari kes tersebut. Tapi yang herannya, orang Filipina masuk ke Malaysia di negeri Sabah dapat pula, lengkap dengan IC lagi. Salah satu sebab yang kita bole tau, sebab kemasukan Filipina ke negeri Sabah pernah disokong oleh salah satu ketua menteri Sabah sendiri, iaitu Mustapha (late 1960). Sebab dia Suluk dan pelarian tu majoriti keturunan Suluk, atas satu dorongan nak melihat negeri Sabah bertukar kepada majoriti Suluk. Peranan kerajaan Malaysia yang mengawal pasukan tentera dari peruntukan undang2 pula tidak berbuat apa2 yang tegas dengan masalah ini. Dan dipercaya polisi kerajaan Malaysia terhadap Sabah seperti berikut wujud atas satu cita2 yang lebih kurang sama, iaitu nak melihat negeri Sabah bertukar menjadi negeri ****** majoriti.
Jadi kesimpulannya, saya tidak percaya polisi Malaysia terhadap isu pelarian tidak 100% atas faktor kemanusiaan.. tapi lebih kepada faktor……. <— saya tau kamu tau apa perkataan hilang ni
[Reply only this thread]
san Reply:
October 5th, 2008 at 5:43 pm
Nokurogia:
Saya fikir pun mungkin mereka berlembut bukan atas dasar kemanusiaan semata-mata tetapi mereka nak jaga Negara sendiri daripada dicemari. Jadi, dasar kemanusiaan ini sahaja yang dapat membantu Negara menjadi contoh baik kepada Negara luar.
Jadi sekurang-kurangnya , kalau bertindak dengan cara perikemanusiaan, Malaysia senang bekerjasama dengan Negara luar tanpa sebarang gangguan daripada PTI walaupun majority PTI ialah mereka yang berjiran dengan Malaysia
[Reply only this thread]