alamak, orkid pula

129 views ,

Saya tak sangka wahyu dan ramalan manusia membawa padah kepada orang yang menerimanya. Kalau tak dikaji dan diteliti kebenarannya, kejadian anih pasti akan berlaku dan kita boleh melihat dari buahnya.

Kejadian pukul memukul gara-gara mahu berubat benar-benar satu tindakan yang tidak masuk akal. Upacara khas menggunakan topi keledar dan kayu mungkin satu rekod yang baru kerana ketiadaan ayam putih dan tahi nyamuk tujuh dulang.

Ramalan untuk mencederakan seseorang bukan buah yang baik dan bukan pula satu wahyu. Ini sama dengan kejadian membunuh. Membunuh disebabkan ada wahyu atau ramalan yang pelik. Orang yang percaya kepada kepelikan ini akan memakan diri sendiri.

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Niat sepasang suami isteri untuk berubat berakhir dengan tragedi apabila mereka terbunuh setelah melalui satu ‘upacara membelasah sesama sendiri’ di Pangsapuri Sri Sarawak, Jalan Imbi di sini petang semalam.

Upacara ‘pelik’ yang kononnya dapat mengubati penyakit mereka itu, turut mencederakan lima lagi kaum keluarga mangsa di rumah berkenaan.Mohd. Ibrahim Kader Mydin, 47, dan isterinya, Rosina S M Mydin Pillay, 41, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sementara itu, salah seorang anak saudara mereka yang berusia 15 tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala empat lagi dirawat di wad biasa di hospital sama.

Segala-galanya bermula kira-kira pukul 2 petang, apabila pasangan suami isteri terbabit yang beraya di rumah abang Rosina bersama tiga orang anak mereka berusia 14 hingga 21 tahun mengadu mengalami ketagihan rokok manakala Rosina pula menghidap penyakit hati.

Salah seorang anak saudara Rosina yang mendakwa bermimpi mendapat ’syafaat dan wahyu’ untuk mengubati penyakit itu menawarkan diri menyelesaikan masalah mereka melalui upacara khas yang memerlukan mereka memukul sesama sendiri menggunakan topi keledar dan kayu sehingga pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah berkata, mengikut upacara itu sebaik seseorang itu sedar, masalah yang ‘menghantui’ mereka dapat diselesaikan. Beliau memberitahu, bagaimanapun sebaik upacara itu selesai kira-kira lima jam kemudian, ahli keluarga mereka mulai cemas apabila kedua-dua mangsa tidak sedar.

”Salah seorang daripada mereka bertindak menghubungi ambulans sebelum pasukan kecemasan yang tiba kira-kira pukul 9 malam mengesahkan kedua-dua mangsa mati,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Berdasarkan siasatan awal, beliau yakin mangsa mati akibat cedera parah di kepala. Katanya, anggota badan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sejurus selepas itu katanya, polis menahan reman empat lelaki selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Kesemua mereka dipercayai mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa.

Chin Wah berkata, kesemua suspek yang berusia 17 hingga 50 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 304 kanun yang sama. Beliau memberitahu, polis menemui dua buah topi keledar dan beberapa batang penyapu yang dipercayai digunakan ketika kejadian itu hasil pemeriksaan di rumah tersebut.

Sumber:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=
1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

7 Responses to “alamak, orkid pula”

  1. Honeybzz says:

    I don’t know whether to laugh or cry! [-(

    [Reply only this thread]

  2. dillema says:

    sa pun x tau apa mo cakap… mo cakap negara sudah moden pun susah juga bila perkara2 macam ni masih ada terjadi…

    [Reply only this thread]

  3. kuai says:

    haih.. ada kah patut derang percaya tu prosses…

    mau salah kan siapa? panjangkan fikiran sebelum bertindak (ini la susah mau kawal ni)…. sa rasa ni pasangan suami istri ni mimang suda sot sedia ni.. -.-”

    [Reply only this thread]

  4. MrsGraig says:

    nil laini bila kepercayaan tahyul melebihi drpd akal logik…susah mo ckp tp ada mulut becakap jg mah kan ^-^

    [Reply only this thread]

  5. Beck says:

    o sucks!! wth?? hmm sa pun tia tau laa san.. speechless o.. hmm.. y do they act that naive!!?? O_o”" i mean cant they think?? O_o”"

    …but doh~ ita tau laa san… sometimes.. “schizorphrenia” might be the answer tu.. kalau stuff like that.. O_O”" happen?? O_o”" or.. idk laa.. pity o~

    *sigh*

    [Reply only this thread]

  6. gregchai says:

    San ko telupa hantar tu Tag yang ko bagi kami, mungkin sampat ari tu inda dorang trus kan niat durang hehehe.

    [Reply only this thread]

  7. bosousada says:

    emmm….adakah sampai macam tu sekali…iklan dalam tv ada mengatakan zaman dah berubah, dunia dah maju…inilah mangkali maksud iklan dorang tu…sekarang ni macam2 yang berlaku…kita ni cuma manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan…

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link