mercun vs orang sebelah

112 views ,

Saya amat terkilan dengan sikap sesetangah pihak yang tidak mementingkan keamanan. Saya tak nak tulis artikel ini di blog tapi saya dah terdesak supaya sesiapapun yang merayakan (Apa pun jenis perayaan) , kenalah jaga hati jiran tetangga.

Saya tak puas hati kalau setiap tahun saya selalu diganggu dengan bunyi mercun dan bunyi meriam sehingga pukul 2am. Mereka melakukan perkara itu sehingga 3 hari berturut-turut. Saya tidak puas hati lah sebab saya dah penat, nak tidur dan terdengar dengan dentuman bunyi bunga api secara tiba-tiba sehingga orang di sebelah rumah pun saya dengar memekik dan berkata celaka! Mengapa tidak, bayi mereka terbangun dan menangis dan menangis.

Saya pun suka melihat bunga api tetapi saya kasihan pula mendengar bunyi bayi menangis. Saya tahu bayi jiran di sebelah rumah saya tu sedang sakit. Bunyi mercun pun seperti bunyi senapang. Mengapa tidak, mercun jenis itu hanya dimiliki oleh orang kaya saja.

Kalau mereka melakukan perkara yang sama macam tu setiap tahun, ini bukan lagi bermain mercun kerana merayakan perayaan, ini sudah tentu akan mengganggu ketenteraman dan keamanan awam. Saya tak puas hati macam ini. Bukankah ini ialah satu gangguan atau pencemaran bunyi? Adakah mana-mana akta bunyi yang boleh menghentikan semua ini?

Maafkan saya kerana meluahkan sesuatu yang mungkin kurang menyenangkan disini tetapi saya amat prihatin kepada jiran sebelah rumah saya. Kalau sampai 10 atau sebelas malam, tak apalah. Tapi kalau mercun berbunyi seperti bom sampai 12am? Kemudian berhenti dalam masa setengah jam dan meletup lagi pada jam 1 am? Ini sudah keterlaluan.

Tak ada sesiapa yang melarang mereka. Tahun lalu saya tidak dapat mengawal kemarahan saya setelah beberapa jam bertahan, lalu saya mengambil batu dan melemparkan batu di kawasan mereka bermain tapi mereka tidak mengendahkan juga, malahan menambahkan lagi kekuatan mercun mereka.

Bukan perayaan hari raya saja lah. Perayaan yang lain juga seperti itu. So, pandai-pandailah menjaga keamanan di tempat sendiri. Adakah bunyi mercun boleh menggugat keamanan dan keharmonian orang ramai? Apakah akta yang melarang pembakaran mercun secara terbuka? Kalau tak dengar cakap atau tak nak baca panduan, kehilangan rumah mungkin satu perkara biasa. [ Nah.. koto.. ]

Maafkan saya kerana terlalu serius. Saya bukannya marah sangat. Saya Cuma terkilan. TERKILAN dengan sikap sesetengah individu yang tidak mementingkan orang sebelah. Saya di sini pun keseorangan didalam bilik, tak ada orang yang nak dibawa bercakap, Cuma bertemankan lagu, irama, komputer, katil dan roti.

Kalau naik gunung nanti, saya bawa semua lagu yang ada di web saya ni. Jadi, siapa yang nak, on bluetut saja. Baiklah, hari ini saya sudah meluahkan semuanya didalam blog, tak apa, saya sanggup tidur sampai 2 am kerana esok saya cuti. Saya dah pun maafkan mereka.

Saya mungkin mementingkan diri sendiri sudah ni sebab saya tak hiraukan lagi bayi di sebelah rumah saya. Dia menangis dengan kuat sekali. [ Mungkin dia cuba mengalahkan bunyi mercun yang kuat tetapi tidak dapat].

Andai kata bayi yang menangis itu adalah milik orang yang sedang bermain mercun dan tiba-tiba mati disebabkan bunyi tekanan, sudah tentu akan menjadi kes polis lagi.

Sekarang saya faham apa maksudnya Sharing is Caring

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

12 Responses to “mercun vs orang sebelah”

  1. Beck says:

    LOL.. ko ni kan san!! ^_^ ko buat diru ku ketawa sahaja!! lol..

    uikk2.. bahasa ko ni baa san.. ^_^ slalu kin diriku ini tersenyum! lol.. ^_^” BBKK! ^_^ haha..

    Tak ada sesiapa yang melarang mereka. Tahun lalu saya tidak dapat mengawal kemarahan saya setelah beberapa jam bertahan, lalu saya mengambil batu dan melemparkan batu di kawasan mereka bermain tapi mereka tidak mengendahkan juga, malahan menambahkan lagi kekuatan mercun mereka <—- ini baaa.. :D ko p limpar kaa tu..? hahaha!!.. San2! Ko ni aa.. lol.. ^_^

    palan2 baa… xD sa pun tia sula tu pencemaran bunyi.. lol.. kalu sa mo dengar lagu2an sia pun mesti sa pakai ‘head’ ni.. tp tu jiran slbah slalu kalu bukan party smpi mlm buta.. musti berpukul smpai mlm buta akibat aramaiti.. (eh bukan mlm buta.. smpai pagi.. doii.. ) ;) patut buat akta laa ka..? ;) hehe

    [Reply only this thread]

  2. mell f says:

    San,sy pun benci tahap si-yal ni mercun tau. Kesian betul la tu baby dan org yg sakit,kena ganggu tgh malam.

    Ntah mana sj dorang seludup beli mercun mcm tu. Diharamkan? my a$s la! Eh,tapi ko di brunei la San..di Malaysia (haha) mmg diharamkan tu,but ada jg lagi. Tapi skg pak polisi sgt rajin meronda, baru la aman sikit dunia. Hm..

    [Reply only this thread]

  3. san says:

    Beck Saya memang lempar batu dengan mereka, Mengapa tidak, tahap kebisingan melebihi skala rekter… :d, lepas saya lempar batu tu, saya bertapuk lagi, mana tahu mereka cam saya tapi sebenarnya mereka lagi suka.

    Saya baling batu tu pun masa mereka mercun tu saya agak meletup supaya batu saya tidak ketara bunyi bising apabila sampai di sana.. entah2 terkena zink kah, reban ayam kah, tandaskah, tak ada yg bocor, hehehehehe…

    Saya boleh pakai headphone disini.. tapi bayi tu tak boleh pakai headphone. Saya juga ada penutup telinga khas, biasa dipakai semasa berada di kapal terbang, apapun, peace sudah lah :”>

    Mell Itulah.. orang sakit pun tak peduli lagi kalau sudah ke SIOK an main mercun. Di hospital pun tidak dibenarkan buat macam tu.. saya tak tau kalau mercun tidak dikawal disini tapi tiada apa-apa pun tindakan … sebab mungkin mereka menganggap ini hanya satu keseronokan semasa musim perayaan… tapi ada orang menderita ooo… Tak boleh lah mcm ni.. sepatutnya mereka boleh bertimbangrasa dengan jiran sebelah dan ada limit… tengahmalam 12am -2am bukan masa yang sesuai untuk bermain… atau bersuka…. geram sikit lah.. kalau mlm ni masih ada, saya akan set kamera saya..tangkap gambar mereka dan siarkan dalam laman ini… ada juga bahan untuk blog saya…nah. [ Koto]

    [Reply only this thread]

  4. bosousada says:

    :) nasip baik bukan meriam buluh dorang main kan san…kesian juga la baby tu…dah lah sakit…( dia skit apa san?) tambah lagi dia sakit hati n telinga..apalah dorang tu..bilang tiada otak pun nda buli juga…sebab lau teda otak macam mana dorang buli tepikir mo main mercun….:-?

    emm..apa kata guna akta keselamatan dalm negeri 1960….:-j akta ni digubal untuk keselamatan negara melalui penahanan, pencegahan, penahanan subvertif, menyekat keganasan teratur terhadap orang atau harta benda…

    senang cerita, lapor sama polis ja…cakap la sengaja menggangu ketenteraman awam tanpa berfikir baik buruk terlebih dahulu..hahahahahahhaa…

    [Reply only this thread]

  5. san says:

    Bosousada,
    saya tak tahu apa nak dibuat… Saya cuma menunggu bunyi mercun tu habis.. barulah saya boleh tidur.. tapi saya betul kesian bah baby tu, (demam) biasa saja.. tapi kalau baby demam biasa saja pun sudah parah tu … sebab dia masih baby..

    Kalau guna akta KDN 1960, tiada point nak guna disini sebab ini kan musim perayaan.. kalau bukan perayaan, mungkin boleh digunakan tapi kena buat pemeriksaan dengan teliti sebab membuat penahanan ini bukan sembarangan.

    Kalau lapor dengan pihak polis bererti mesti pergi ke kaunter dan menulis laporan…. susah-susah saja. Tunggu saya lempar batu lagi kalau mereka buat.Hehehe…

    [Reply only this thread]

  6. bosousada says:

    hehehehhehe……memang la time perayaan..tapi bertimbang rasa la sikit..takan dorang nda dengar baby nangis…..kesian la sikit..jan telampau pentingkan diri sendiri hanya untuk kepuasan sendiri sahaja…..

    tapikan san..nda kedapatan kah ko kalau ko p lempar dorang batu? san lain kali kalau dorang buat lagi..ko lempar ja dorang…bukan setakat batu lagi….ko guna kayu kah…..heheheheheheh…nda ba san…..nanti teda pasal2 ko kena tangkap…mencederakan orang kerana tidak puas hati……….

    tapi sa heran la….knapa parents baby tu nda buat apa2? knapa dorang nda p tegur ja budak2 jajal tu……kalau sa la ibu baby tu……lama sudah sa p sound dorang…kalau nak main pun p la main jauh2…..

    [Reply only this thread]

    san Reply:

    Bosousada,
    Sebenarnya… Ok, Harap-harap saya tidak didakwa di bawah “akta melepas” kerana terlepas cakap ni. Di sebelah rumah yg saya tinggal ni adalah istana. Istana itu milik adik sultan. Jadi, kalau orang buat bising di kawasan istana, orang lain mungkin menganggap mereka ialah anak sultan dan tiada sesiapapun yang berani menegur mereka.

    Tapi saya tahu, mereka bukan anak2 raja tetapi mereka hanya pekerja. Jadi, kalau pekerja tu buat hal, mereka mungkin berfikir tiada siapa yg larang mereka sebab itu adalah istana dan mungkin dalam fikiran mereka, orang lain menganggap yang bermain itu adalah anak raja.

    [Reply only this thread]

  7. dillema says:

    Kesian si San… tapi sia pun bila dengar mercun mesti sia geram betul sbb hanya kerana mercun, sia kana marah. Tahun lalu time raya, sedang sia lap2 piring sambil mengkhayal khayal, tiba2 mercun meletup (ni tahun xda sbb tu budak2 nakal balik sabah…nasib nasib).. dek kerana terlalu lah tekejut, piring yg sa pigang pun jatuh trus pacah, trus sa kana marah nini sia… panas betul hati sia… padan muka diurang, mercun yg tinggal 5 biji lagi yg besarnya hampir2 macam bola ping pong sia p buang sana kolam ikan…

    [Reply only this thread]

  8. kaDusMama says:

    if only you know my area too pun macam tu..kurang asam tengah pagi main mercun! bayangkan bah pkl 2am, tiba2 bunyi mercun bom tu..suma orang pun tebangun, menyumpah2..kadang2 dalam hati sia, harap2 tangan tu orang yang main kena mercun! haha!! jahat tapi sepa suruh dorang main tengah malam..menyusahkan orang saja!!

    [Reply only this thread]

  9. san says:

    dilemma Kes kamu ni lain sikit daripada yang saya alami. Kalau setakat pecah pinggan mangkuk kerana terkejut, mungkin satu perkara biasa tapi kalau bunyi mercun tu tidak disedari meletup dekat dengan kita, sudah tentu terkejut bukan! Nah..

    Doktor pun sentiasa bersiap sedia membuat pemeriksaan kalau ada yang mati akibat sakit jantung secara tiba-tiba kerana terkejut dengan bunyi seperti itu. :)

    Kadusmama Memang mengejutkan, kalau tidak sedia, perkara macam tu hanya dibuat oleh budak-budak nakal saja kerana mereka tidak berfikir orang sebelah. Saya pernah meletupkan mercun di kawasan asrama tanpa dikesan oleh sesiapa.

    Ini cerita duuulu lah.. Saya ambil sebatang mercun, dan mengikat dengan lingkaran nyamuk. Saya sudah test lingkaran nyamuk itu dan saya tahu jam berapa mercun itu akan meletup. Saya kira berdasarkan kecepatan angin yang membakar lingkaran itu sehingga habis.

    Saya pasang pada waktu malam dan terus pergi tidur. Ada tiga bangunan di sana. Saya di bangunan yang pertama, dan mercun itu saya pasang di bangunan yang kedua, jadi apabila meletup, yang kedua dan ketiga akan terbangun. Mercun itu betul2 meletup pada masa yang dijangkakan.1am.

    Tiada siapa yang tahu siapa yang buat, saya sendiri p mengaku salah sebab terlalu takut. :) , saya kena marah lagi. Itu masa sekolah dulu dan tinggal di asrama.

    [Reply only this thread]

  10. yongkor-yongkor says:

    HMMMM gurangak jg orang2 x bertanggungjawab tu san….ko nda pasang mic or pembesar suara….hehhehe ko buat pengumuman ni…..jan bising bilang….sa pun lau dlam situasi ko marah jg tau….mereka tidak pikir orang lain ni…..memang la seronok main mercun tp kena la pada tempatnya…ni mengalah-ngalahkan pembinaan…kesian ba tu orang sakit n anak2 kecil yang perlukan rehat yang cukup…bukan rehat dlm tekanan bunyi…..:d:d:)>-

    [Reply only this thread]

    san Reply:

    yongkor-yongkor: memang gurangak bah diurang tu, tapi pa boleh buatlah… saya boleh korbankan rehat saya bila2 masa, cuma mungkin sa terlalu prihatin dengan orang lain daripada diri saya sendiri <– sa memuji diri sikijap.

    Apapun Peace lah :)>-

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link