gagal dalam sekelip mata
123 views ,Semua orang pernah mengalami kegagalan. Gagal adalah sesuatu yang sukar diterima terutama apabila sesuatu yang kita usahakan bertahun-tahun, musnah dalam sekelip mata. Sebagai akibatnya, kita akan merasa kecewa dan marah kepada diri sendiri dan orang lain.
Adakalanya kegagalan adalah harga yang harus kita bayar untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai didalam hidup kita. Kita boleh mendapatkannya tetapi dengan cara lain iaitu mesti melalui kegagalan. Contohnya: Kalau saya tidak gagal, saya tidak akan dapat pergi ke sini.
Kalau saya tidak gagal, saya tidak dapat berjumpa dengan kamu. Kalau saya tidak gagal, saya mungkin menjadi orang yang sombong sampai sekarang.
Ada sesuatu yang disampaikan melalui kegagalan didalam hidup kita
Kegagalan boleh mendorong kita untuk berani melangkah lebih jauh daripada orang lain. Jadi, pandanglah kegagalan itu satu cara baru untuk menghadapi cabaran. Kita juga dapat belajar banyak daripada kegagalan.
Jika kita tidak gagal, kita tidak tahu bagamana untuk menyelesaikan masalah di sebalik kegagalan kita. Tiada siapa yang tahu. Hanya kita dan pengalaman di atas kegagalan kita.
kita akan berasa
sedih dan kecewa apabila tidak dapat memiliki apa yang kita inginkan.
Walaubagaimanapun, janganlah kita abaikan apa yang kita miliki saat ini tetapi menerima diri kita seadanya dan berusaha untuk berubah dan terus berubah walaupun mungkin ada perasaan kecewa atau kecil hati kerana gagal.
Saya dua tahun berturut-turut masuk didalam kelas tingkatan 3. Ada kawan saya yang sepatutnya bersama dengan mereka masuk ke tingkatan empat, selalu mengejek saya dengan mengatakan saya terlalu rajin sehingga saya masuk kembali ke tingkatan tiga.
Sebenarnya saya masuk dua kali di tingkatan tiga bukan disebabkan oleh kelalaian saya tetapi disebabkan masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan.
Kawan yang sekelas dengan saya dulu, yang suka mengejek merasa malu apabila berjumpa dengan saya kerana mereka melihat perubahan yang besar didalam diri saya dan tidak seperti dulu lagi.
Kadangkala kita gagal disebabkan kita tidak bijaksana atau lalai didalam mengendalikan sesuatu perkara namun dalam masa yang sama kita akan dapat melihat kelemahan diri sendiri. Jika kita berusaha untuk memperbaikinya, maka kita menang didalam kelemahan kita. Jika kita tiada usaha atau inisiatif lain, mungkin kita akan jatuh lagi.
Namun adakalanya kita gagal disebabkan oleh perbuatan orang lain yang tidak bertanggungjawab tetapi yang pasti, kita masih dapat memulakan sesuatu yang baru walaupun berkali-kali gagal.
P/S: 50% artikel ini adalah hasil sumbangan daripada bosousada melaui emal kerana dia tidak dapat log in ke laman piasau kelmarin dulu disebabkan ada sesuatu yang hendak disiapkan. Isi artikel yang lain saya cantumkan daripada pengalaman sendiri.




Life is like a wheel~ sometimes u’re up.. sometimes.. u’re down.. n as for me..
dulu2.. best laa kunun.. skrg maybe time for other feel itu ke-best-annya.. so~ life.. life.. lifeeee~ its all lifee~~ <— lol mcm stress baa kunun bunyi dia ni.. tia laa.. 
rock on baa.. san.. great for u my friend..
keep it up then.. i dont giv a damn on failure..
it never hold me.. back..~
other stuff bad luck make me fed up!!
anyway!! hohohohoh!! san!! \m/ ^.^ \m/ sa mo tdur uda.. ehhee.. ^_^ bsuk mo kuar awal ni boss.. ^_^ xoxoxo nitey nite san..
[Reply only this thread]
Good post Mr. Sanny.. Kegagalan itu tangga kejayaan asalkan kita tidak berputus asa dan sentiasa belajar dari kesilapan. Jangan pula gagal sekali trus mau bunuh diri mcm yang telah dilakukan oleh beberapa orang di Wisma Merdeka, di Center Point dan kebanyakannya di rumah
Klu bunuh diri trus tiada harapanlah mau berubah atau mencapai kejayaan 
[Reply only this thread]
betul tu san..tiada kejayaan tanpa kegagalan. mcm mana mau rasa manis kalau tidak pernah merasa pahit? Anggap sj kegagalan tu satu kemestian dalam hidup.
Oiga,wisma mdeka la paling laku kalau mau bunuh diri. tempat parking sana sgt sunyi. ish ish.
[Reply only this thread]
Betul tu San…”Ada sesuatu yang disampaikan melalui kegagalan didalam hidup kita”…
Biasanya kegagalan akan membuat kita lebih cekal untuk meneruskan kehidupan. Kegagalan juga akan membuat kita insaf, akan menjadikan kita lebih berwaspada, mengajar kita tentang ketabahan, kesabaran, mengajar kita redha, bersyukur dan menghargai dengan apa yang kita ada sekarang… dan setiap kegagalan itu sebenarnya ada hikmah disebaliknya.. Umpama kata pepatah, hidup ini umpama roda yang berputar, kijap atas, kijap bawah… tiada manusia yang sentiasa berjaya dalam apa jua yg dia lakukan dan tiada manusia yang sentiasa gagal dalam apa jua yg dia lakukan…
Kalau sesiapa yang pernah gagal atau sedang gagal, fikirkan, di luar sana, ada yang lebih gagal dari anda… surely, u will feel better..
-> untuk menenangkan diri sendiri lah ehhehee
[Reply only this thread]
Mell, mmg byk kes bunuh diri sdh sana tu, lumpat dari tu tmpt parking.. Yg trauma adalah org yg di bawah sana yg nampak tu mayat berkecai.. ndak makan berminggu2 mangkali isk isk isk …
[Reply only this thread]
Beck Rock On, Thanks for your idea… tapi janganlah bah stress..
Ornest Biasanya roh orang yang bunuh diri tidak pernah tenang tapi kesian orang yang mau bunuh diri, saya pasti mereka yang bunuh diri ini betul-betul sudah kehilangan harapan.
Mell f, Saya takut kalau saya hidup adalah untuk gagal semata-mata tetapi saya cuba mengelak daripada menjadikan kegagalan itu ialah satu kemestian didalam hidup… bahaya kepada bot-bot kecil.
Dillema Betul tu, hidup kita umpama roda yang berputar.. mau kasi lawak sikit. Kalau itu roda terpijak tai karabau…
, memang roda itu akan berhenti dan tuan yang empunya roda itu akan pergi ke tempat mencuci kereta…Bunyi macam kamu pernah gagal ni..
, apapun, teruskan saja hidup yang sementera ini (Aise) !!
dan perbaiki apa yang perlu diperbaiki.. Tuhan memberkati!!
Ornest Kawan-kawan saya kata orang yang mati bunuh diri akan jadi puntianak, dai !!!!! Bikin takut … Jadi apapun keadaan, jangan bunuh diri kerana kemungkinan besar akan benar-benar menjadi puntianak …
[Reply only this thread]
hmmmm yakan teda kejayaan tanpa kegagalan…..lain orang lain cara bfikir kan….ada orang ,mengambil -ve kegagalan yg dialami….bila da gagal trus ambil jalan singkat spt bunuh diri,ambil dadah utk kc hilang tension gagal…..n ect….ada pulak orang yg ambil +ve kegagalan yg dialami…mereka berusaha untuk bangun semula bila da gagal…memperbaiki diri…

[Reply only this thread]
san Reply:
October 10th, 2008 at 10:10 am
yongkor-yongkor, menyelesaikan masalah dengan cara negetif atau dengan cara positif , berfikiran panjang atau berfikiran pendek, mengambil jalan pintas atau sebaliknya..
[Reply only this thread]
emmmmm….berusaha dan terus berusaha untuk bangun dari mimpi2 yang buruk..ehhehehehe…dan memanfaatkan kegagalan yang kita alami untuk berjaya..hehehehhehee…..sa sakit hati betul bila sa kena kasi banding2 dengan kawan2 sa yang seangkatan dengan sa….bukan mo bagi dorongan untuk trus berusaha….mo tambah sakit adalah….tapi sa ambil iktibar dari kejadian itu untuk terus maju ke depan….
sa takut mo buat benda2 yang nda patut di buat ni…mo bunuh diri la..makan dadah la…macam-macam dunia sekarang ni…..lagipun sa takut mo jadi puntianak…heheheheeheh….sa belum puas lagi dengan kehidupan sa sekarang…slagi belum tercapai apa yang sa idam-idamkan selama ini…sa tidak akan putus asa…huhuhuhuhu….lagipun sa belum lagi merasai kehidupan yang sebenar…ahahahah
saya tertanya2…orang dulu2 buat apa arr…lau dorang gagal untuk mendapatka sesuatu??
[Reply only this thread]
yongkor-yongkor Reply:
October 11th, 2008 at 11:47 am
BELUM MENGALAMI HIDUP SEBENAR BA KAN BOSOUSADA,……hehehhehe
[Reply only this thread]
san Reply:
October 11th, 2008 at 2:13 pm
Bosousada,
, bahaya tu… hidup yang sebenar kauh bilang kaitu? dalam maksud ni… kita sekarang pun sudah melalui hidup yang sebenar, cuma mungkin baru mencapai tangga pertama…
Jangan bunuh diri.. lebih baik bunuh tu nyamuk kalau gigit kaki, nanti kehabisan darah, kena penyakit lagi, nah….
Teruskan saja hidup ni… hargailah hidup ini… aise.. yalah butul baitu.. heheheh,, teruskan belajar… teruskan berusaha, penghinaan orang lain tu anggap mereka sedang menghina diri mereka sendiri….
[Reply only this thread]
bosousada Reply:
October 11th, 2008 at 5:14 pm
san,
nda juga sa mo bunuh diri ni…..bunuh nyamuk pun jarang2 sebab jarang2 gia tu nyamuk datang p serang kami d sini..hehehehe….
ya mungkin la juga..baru d tangga yang pertama..
huhuhuhuh san….terharu noh sa membaca ayat2 power ko..nasip lagi nda lumuyung waig mantad matoku..hahahahha…nda tau betul kah ayat dusun sa tu..
ya sa akan terus belajar ..dan terus berusaha…..dan trus pandang ke hadapan..nda mo tingu2 balakang lagi..biarlah dorang…
siok pula ni lagu sa dengar sekarang….
p/s : bulan ni sa puas makan bosou sada, bosou sayur n tuhau…mama sa kirim..sa kena kirim bosou baks……lagi..huhuhuhuhuh….
[Reply only this thread]
hehehehehehe…ya ba yongkor2….tapi andai kata saya ‘pergi’ dulu sebelum mengecapi semua tu…sa terima denga hati yang terbuka biarpun sakit…hehehehe…kuroyon po d gia kan…
[Reply only this thread]
san Reply:
October 11th, 2008 at 2:15 pm
Bosousada,
Jangan pergi dulu bah.. hehehehe… teruskan saja hidup ini… masih banyak masa melihat dunia baru..
[Reply only this thread]
bosousada Reply:
October 11th, 2008 at 5:20 pm
san,
hidup ini penuh dengan pancaroba..sa percaya ramai orang yang nda mo pergi tapi kuroyon po d gia kalau dia sudah kana panggil..
sa sendiri serahkan jiwa dan raga saya sama Dia..aisehmen…kita hanya merancang tapi Dia yang tentukan…hehehhehe…..sa percaya Dia ada rencana yang besar untuk anak-anaknya…
aku redha dengan semua itu..huhhhuhuhu
[Reply only this thread]
san Reply:
October 11th, 2008 at 6:26 pm
Bosousada,
ngam laitu , sentiada redha…. kalau ko tepijak tai kerbau sana jalan raya padahal ko buli elak… pun redha juga.. hehehe.. tapi ko mesti juga mengelak kalau masa ko menyeberang jalan raya tu ada kereta laju…
Saya dengar tuari disini… ada dua orang dari bangladesh mati kena langgar , sebab dia nampak kereta laju, dia seberang juga… lalu kereta tu pun langgar dia tanpa belas kasihan sedikitpun, ada juga belas kasihan.. itu brek.. tapi itu brek pun kalau dipijak secara mendadak, mimang tidak boleh elak lah…
[Reply only this thread]
bosousada Reply:
October 12th, 2008 at 7:59 am
yabah san…redha ja ni…walaupun tepijak tai kerbau..padahal dalam hati tu kan..sumpah2 lagi tu kan…macam2 lagi keluar..silaka la…tapi yang paling kasian tu kerbau la kana marah sebab berak nda tentu arah….
nah kalau begitu, salah dia la..sepa suruh melintas..sudah tau ada korita laju dia mo limpas juga…tapi yang driver pun jangan la ba drive laju2..tapi takan la sampai dua orang san?
[Reply only this thread]