umur 100 tahun

62 views ,

Setiap minit, ada saja orang yang mati di seluruh dunia. Mereka mati disebabkan terlalu banyak bahan kimia yang berada didalam badan sehingga memusnahkan hampir keseluruhan sel didalam badan mereka. (secara perlahan-lahan). Malahan banyak sel yang mati dan tidak lagi berfungsi disebabkan terlalu banyak bahan kimia yang masuk didalam badan mereka.

Usia orang dulu-dulu (zaman batu) lebih panjang daripada usia manusia zaman moden. Mengapa? Alangkah baiknya jika kita boleh hidup sampai 100 tahun. Sekarang ada yang tidak sampai 100 tahun, sudah mati. Saya percaya kepada panggilan Tuhan tetapi jika kita bandingkan dengan orang dulu-dulu, mereka tidak pernah mati awal.

Mungkin ada yang mati awal disebabkan mereka pendek umur atau Tuhan memanggil mereka lebih awal daripada kita tetapi catatan menunjukkan bahawa kebanyakan daripada mereka hidup lama sehingga mencapai usia sampai 100 tahun dan masih kuat.


Saya tak salahkan makanan dan minuman kerana itu adalah reziki Tuhan tetapi saya hairan apabila melihat dan mendengar banyak orang yang sakit disebabkan terlalu banyak makan. Kalau nak makan makanan yang sedap, filter kita mestilah sentiasa on sebab terlalu banyak bahan kimia yang masuk dalam badan.

Walaubagaimanapun, filter kita tidak menampung banyak bahan buangan yang berlebihan, satu masa filter kita akan rosak dan kita terpaksa mengeluarkan wang sehingga puluhan ribu ringgit semata-mata untuk membaiki filter kita yang rosak.


Doktor dan Jururawat banyak bekerja untuk melayani pesakit, ada yang sakit bukan sahaja disebabkan oleh makanan tetapi kerana penyakit lain atau lain-lain yang berkaitan dengannya. Peningkatan jumlah pesakit yang tinggi di seluruh dunia menyebabkan kursus kedoktoran dan kejururawatan tidak akan pernah berhenti dan menyediakan diri mereka untuk menjadi pelayan selagi ada pesakit yang mahu dilayani.

Adakah kematian manusia disebabkan oleh makanan, ketamakan dan keangkuhan manusia yang melakukan kekerasan, faktor cuaca atau panggilan Tuhan? Namun yang pasti, angka kematian semakin meningkat dari hari ke sehari. Ada orang mengatakan, dunia semakin tua, lapisan ozon semakin menipis dan cuaca dunia turut mempengaruhi kehidupan manusia dan sekaligus memendekkan umur manusia seperti anda dan saya.

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

5 Responses to “umur 100 tahun”

  1. Beck says:

    arghhhh!!!.. >___<”" pa2 pun.. hmmm…

    -_-”" arghhh!!! payah! <— lol

    i think its all about the world itself and everything that hav to do wif food.. because the chemisty of the food itself yg.. making human’s live short.. ;) u juz mentioned it.. ;) n ofcourse the weather n the condition of “world” itself.. ;) the nature.. “ruined nature”~ <— one of the factor of y human’s live getting.. short~ ;)

    n -_-”" dui! (payah ni san! hahaha!) n i’ve heard laa kan sana japan they drink tu green tea.. so skrg seems like.. scientist skrg.. sedang kaji keberkesanan green tea yg boleh kasi kuat bdn.. ;) anyway.. heheh rock on san! xD

    (kali sa tau sa copy luk tu words.. hahaha! xD )

    [Reply only this thread]

  2. aki says:

    adeh macam mana gia mau komen ni..lapar pla sia nampak tu gambar mee goreng tu..klo mau mkn pun makan la yg simple2 saja macam sup terajun ka..sihat skit kan..hahaha

    [Reply only this thread]

  3. san says:

    Beck Saya mau panjang umur ni, mau makan yang simple-simple, makan kapayas dan hinava, bosou :)

    Aki Kau lapar tarus kah nampak tu mee guring, susu? Butul tu aki, kita minum sup tarajun ramai-ramai. Yeah !! :))

    [Reply only this thread]

  4. aki says:

    san..paling banyak manusia mampus bukan pasal makanan saja kali kan…selalu yg sia dengar pasal money..duit marii,ya ini termasuk dlm ketamakan dah ni,butul jg lah…haaa tu kan salah satu lagi masaalah tu..klo kana numbur jackpot tu..turus saja pingsan kena hard attack pastu kojol adehh susah jg..hahahah

    [Reply only this thread]

    san Reply:

    Aki, butul tu .. kalau ada duit satu juga, tiba2 hilang dalam sekelip mata, mimang kana serangan jantung… Kawan saya disini kaki numbul, dia tidak bili tu numbul bah.. tau2 kana… mcm satu hari dia murung.. numbul satu…

    Adesh… kalau dia dapat lagi, tidak tau… mcm mana laitu.. hehehe.. gila duit tarus, ketamakan tu banyak menguasai disini… hem..susah mau sakap tu kalau sini aki, itu pistul jual di kadai yg tidak bikin mati kalau kasi timbak pun, pandai pengsan gara-gara takajut , butul tu… hehehe.. :d

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link