sakitnya menerima perubahan

91 views ,

Tiada siapapun yang sukakan perubahan jika perubahan itu menyentuh kelemahan satu satu bangsa atau budaya sesuatu kaum KECUALI terbuka untuk menerima perubahan. Saya pasti tiada seorangpun yang sukakannya. Apabila saya cuba mengungkit satu isu yang sensitif, mereka mungkin akan berfikir dua kali samada mahu membaca artikel yang saya post atau membuang web saya daripada senerai mereka.

Terima kasih kepada P.T.I (Pendatang Tanpa Izin dan Tanpa Dokumen yang sah) masuk ke sabah secara haram kerana mereka telah membanjiri Bandar raya kota kinabalu dan serba sedikit memberikan tamparan hebat kepada SABAHAN PEOPLE supaya mereka tahu yang mereka sedang berdepan dengan orang asing, yang sedang menguasai tanah dan warisan mereka.

Saya mungkin tahu ATAU tidak tahu mengapa orang sabah seperti saya tidak maju-maju. Adakah disebabkan oleh rasuah? Atau ketamakan ? atau terlalu aktif didalam kegiatan kerohanian sehingga tidak lagi memperdulikan orang lain yang sedang kesakitan berada di luar sana? atau adakah GARAM anda sudah TIDAK MASIN LAGI sehingga TIDAK MAMPU mengasinkan orang lain yang sedang dalam penderitaan di luar sana?

Saya katakan dengan terus terang sebab saya tidak mahu berselindung. Artikel saya baru-baru ini mungkin mencetuskan kemarahan sebab sarang tebuan sudah terjolok dan saya memang seorang yang tegas tetapi tidak bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa.

Saya tidak mahu sesiappun berfikir negetif mengenai artikel saya. Saya Cuma ingin mengupas isu yang mungkin menjadi masalah anda dan anak-anak anda kemudian akan berjangkit kepada saya lagi. Inilah yang saya tidak mahu!!!!

Isu manusia yang berkaitan dengan psikologi mungkin banyak mencetuskan ketegangan kerana kupasan mendadak atau proses menyembuhkan bisul pada bahagian tubuh yang telah rosak menjadi semakin sakit.

Saya katakan dari awal, blog saya adalah peribadi dan sila hubungi saya jika terdapat sesuatu yang mungkin menyinggung perasaan anda. Jika anda tidak tahan membaca artikel saya disebabkan kupasan atau nanah daripada bisul anda mulai mengelupas dan anda merasa sakitnya, sila hubungi saya untuk membetulkan keadaan kerana saya tidak akan berfikiran negetif terhadap diri anda.

Kita jarang sekali menemui orang yang bersemangat patriotik berjuang untuk negeri kita seperti anda kerana selepas mereka belajar sesuatu dan kemudian ditangkap, dan dimasukkan kedalam penjara, ingatan mereka tidak sekuat dulu lagi sebab penyeksaan mental dilakukan semasa berada didalam tahanan.

P/S: Sorry, saya terlalu serius hari ini dan saya bukan manusia sempurna. Esok saya tak serius lagi. :(

Random Posts



:) :( :d :"> :(( \:d/ :x 8-| /:) :o :-? :-" :-w ;) [-( :)>- more »

6 Responses to “sakitnya menerima perubahan”

  1. Beck says:

    LOL san.. lawa laaa.. ;) BBKK.. i can feel the spirit.. lol.. keep it up! ;)

    [Reply only this thread]

  2. tanakvagu says:

    san macam isu ISA ne hehe..iyaka?

    atau isu d penjara ne?… :)

    san terpulang durang2 yg menilai sendiri,
    sendiri mau tau…ja kan hehe

    [Reply only this thread]

  3. Greg@teekay says:

    San mungkin ini salah faham, atau tidak faham isi artikel kamu, tapi saya setuju dengan pendapat mu, perubahan memang bukan mudah bagi sesiapa pun sekali kerana apabila seseorang tu sudah terlalu selesa tidak mungkin mereka mahu berubah kerana mungkin takut akan kehilangan segala kesenangan yang dikecapi, jadi apabila ada orang yang cuba mencadangkan sesuatu yang bakal mengugat keselesaan mereka, nah mula lah mereka melatah, dan percaya lah mereka akan sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan keselesaan itu.

    Sabar ja san, happy thoughts buddy, happy sunday :)

    [Reply only this thread]

  4. MrsGraig says:

    ~Weii San..serius jg..hehe..lek ko gaman..hehe~

    [Reply only this thread]

  5. san says:

    Artikel ini besa-besa saja bah….hehehehe.. rilik2 bah ni.. aramai tee.. !!!

    Beck, you can feel arrr… ? hehehehe
    Tanakvagu Kita sentiasa berdiri di atas buku yang tertulis mengenai kebenaran dan fakta… :)

    Greg Kau tidak salah faham… thanks for the great idea.. Artikel perangkap.. untuk ujian psikology semata-mata, ada yang kana tirik kaini? :o)

    MrsGreg … rilik bah… hehehehe…

    [Reply only this thread]

  6. aki says:

    Aik angkor san..bila masa plk ko serius ni…selalu aramai tihh saja?..uahahahah betul2 mmg betul tu san..antam saja bah..klo sia lerek aja ni..masam sia mau nangis plk terbaca ni..huhuhu tp apakan daya semua manusia tiada yg komplete bei…sia tidak paham ma ni nga ada jg ma sikit2,hehe

    [Reply only this thread]

Leave a Reply

Chat sambil minum piasau

Annoucement


Feeds

    Add to Google Reader or Homepage


    Radio Gudoot!!

    Radio Indak Berenti!!
    Open 24 Hours

Exchange Link