kelemahan vs kekuatan
71 views ,Kelemahan biasanya berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari. Kita seringkali mendengar orang berkata mengenai kelemahan. Apakah sebenarnya kelemahan itu? Kelemahan itu ialah satu kekuatan?
Kelemahan itu ialah sesuatu yang membuatkan kita lemah atau yang mungkin boleh menghalang semua proses pemikiran kita daripada berjalan dengan lancar (Makna ini mungkin terlalu dalam bagi anda jika tidak dapat memahaminya). Oleh kerana kita tidak dapat menahan diri disebabkan oleh kerana kelemahan kita, maka kita akan jatuh dengan kelemahan sendiri.
Kita mungkin jenis yang cepat marah . Jika kita sanggup mengatasi kelemahan kita, maka kita boleh menjadikan marah itu sebagai satu kekuatan kita. Bagaimana Kelemahan kita yang cepat marah itu boleh menjadi sumber kekuatan kita pula? Bagaimana mengatasinya?
Kalau secara rohaniah, saya akan menghurai semua ini dengan terperinci tetapi sekarang saya berbicara menurut pemikiran saya dengan cara duniawi, menurut penerimaan anda dan saya tujukan kepada semua orang tanpa mengira agama dan bangsa, jadi saya akan buat huraian secara rawak.
Atau anda tidak kisah jika saya huraikan secara rohaniah? Idea ini bukanlah satu karangan kitab, atau sebagai panduan suci tetapi semua ini hanya idea atau sumber inspirasi anda untuk membuat perkara yang baru, yang boleh membantu minda anda lebih jauh berfikir mendahului tahun 2008 atau kembali kepada tahun “0 “.
mungkin juga anda mendapat satu sumber kebijaksanaan daripada setiap artikel saya? Tahniah, itu adalah reziki anda.
Kadangkala kelemahan itu ialah satu tabiat buruk kita yang tidak kita suka tetapi masih menonjol sehingga apa yang tidak seharusnya dilakukan, akan terjadi, dan kita menyesal. Adakah anda faham dengan maksud saya?Tiada sesiapa yang dapat memahaminya kecuali anda sendiri yang mengalaminya. Bukankah begitu.
Ok, kalau kita menganggap tidur itu ialah satu kelemahan, maka itu adalah sesuatu yang tidak logik kerana kita memang memerlukan rehat yang mencukupi atau sebaliknya dan sebagai manusia, kita akan mudah mengantuk (Bukan bererti kuat tidur).
Tetapi sebagai manusia, kita akan cepat letih, lapar, haus, kesakitan, dan itulah kelemahan kita. Dan semua kelemahan itu adalah akibat daripada ketidaktaatan dan kesetiaan kita pada masa lalu, lalu kita dihukum kerana melanggar perintah. Sekarang anda sudah berada lebih jauh seperti yang sedang saya fikirkan?
Kelemahan itu banyak menghalang kita untuk bertumbuh dan lambat matang walaupun kita melalui proses kematangan akil balikh. Jadi, adakah anda benar-benar tahu sekarang apakah itu kelemahan bagi anda? Cara untuk mendapat jawaban terbaik ialah bertanya kepada hati anda, saya pasti dia akan berbicara dengan anda. Belailah hati anda maka dia akan membantu anda menemukan jawaban untuk setiap kesukaran hidup anda, seperti yang saya alami, anda ingin mengalaminya juga ?
Seorang pekerja Stor mestilah membuat catitan keluar dan masuk barangan kedalam stor jika ada barang yang diminta atau dikembalikan. Kerjanya seolah-olah sempurna tetapi ada satu yang menghalang kesempurnaannya bekerja apabila dia tidak mahu merekod kesemua item didalam stor itu. Akan tiba saatnya dia tidak akan ingat kesemua item itu jika tidak mencatit kesemuanya didalam buku. Sekarang anda tahu di mana kelemahan pekerja stor itu ?
Oleh sebab kelemahanlah, kita mendapat kekuatan. Bagaimana ilustrasi yang dapat saya gambarkan didalam topik ini mengenai kelemahan merupakan satu kekuatan? Kita mempunyai “Weak Point “ yang tersendiri dan kita harus mengatasi weak point itu dan tukarkan menjadi satu sumber kekuatan kita. Pengertian lain ialah, jangan jadikan masalah sebagai masalah tetapi anggap masalah itu ialah satu cabaran bagi anda untuk menghadapinya. Jadi, terus maju untuk memenangi pertandingan itu.
Tetapi hari ini saya down, saya tiada idea lagi sebab saya berkali-kali mengalaminya tetapi saya akan bangkit lagi walaupun terpaksa mengambil masa yang lama. Tidak lamalah, bergantung kepada keadaan.
Kita mengatasi setiap cabaran yang datang bukan bermaksud supaya kita dapat menyelesaikan kesemua masalah itu tetapi ini bertujuan supaya kita dapat mengatasi kelemahan kita sendiri. Dan inilah kekuatan itu. Ini Cuma saranan sahaja, memang tidak dijamin kerana setiap kita mempunyai cara sendiri menyelesaikan “Weak Point ” supaya jangan menjadi kelemahan kita selama-lamanya.
Kalau kita bermain permainan seperti “Counter Strike “. Sebelum kita bermain lebih jauh, kita mesti mencari kelemahan atau “Weak Point ” sasaran kita supaya kita dapat pergi ke “Stage” yang lebih tinggi . Jika tidak, kita tidak akan menguasai setiap permainan itu daripada “Easy” kepada yang “Expert “. Adakah proses kematangan juga adalah seperti ini?
Sebenarnya , saya berbicara disini bukan untuk mengajar mencari kesalahan atau kelemahan orang lain dan bagaimana melemahkan orang atau yang sama dengannya, tetapi saya berbicara mengenai saya, saya harap anda tidak kisah jika saya menggunakan perkataan “Anda”.
Saya tidak percaya kalau ada orang mengaku bahawa dia adalah orang yang sempurna. There is no Mr. perpect in the world. We need to turn our weakness into happiness supaya jangan menjadi sadungan bagi kita untuk terus hidup didalam dunia ini.




great post my friend..
good for people who realized that they hav some weakness.. yet try to make it better
but not all people tend to be that lucky
hence its something diff when you stuck with it
let the time heals perhaps one weakness might burry forever.. xD
bah2.. man2 ko san.. great article! xD
[Reply only this thread]
Perfect is very subjective….just like beauty…the definition lies in the eyes of the beholder….
[Reply only this thread]