yang paling susah
148 views ,Sejak akhir-akhir ini, saya tertekan dan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dibuat oleh kawan sekerja saya. Mereka menjadi batu api dan mulai merencanakan kejahatan.
Salah seorang daripada mereka memberitahu bos besar yang saya tidak datang kerja setengah hari. Saya tidak membuat sedikit kejahatanpun kepada mereka tetapi mereka membuat perkara yang bukan-bukan.
Mungkin salah seorang daripada mereka tidak dapat melepaskan kemarahan kepada kawan saya yang seorang, lalu saya yang menjadi sasaran. Tapi setahu saya, seorang daripada kawan saya mempunyai penyakit. Penyakitnya ialah marah-marah orang tidak tentu pasal secara tiba-tiba.
Kawan yang seorang lagi fikirannya masih bingung-bingung disebabkan dulu dia pernah dipukul orang di bahagian kepala oleh samseng kampungan dan memberikan kesan kepada ingatannya.
Semua kerja saya yang paling senang pun tidak dapat dibuat. Saya juga bertanya kepada kawan saya Sim dan meminta pendapat mengenainya, ternyata dia juga berpendapat bahawa kerja yang paling senang dibuat akan menjadi susah disebabkan tekanan yang keterlaluan. Saya juga mempunyai pendapat yang sama.
Kalau menghadapi tekanan di tempat kerja, kerja yang paling senang dibuat akan menjadi susah disebabkan fikiran kita tertekan untuk memikirkan masalah yang dihadapi, apatah lagi jika masalah itu datangnya daripada kawan sekerja. Hati akan merasa takut akan kehilangan sesuatu, mungkin saja merampas masa depan kita.
Dan inilah yang berlaku di tempat kerja saya. Mungkin disebabkan mereka terlalu bosan bekerja, jadi mereka hanya bermain-main, cuba menunjukkan gaya samseng mereka tapi ternyata cubaan untuk berbuat demikian tidak mendapat perhatian sesiapa kerana tiada seorang pun yang memuji mereka.




san…sabar ja la ko..begitu pula keadaan bekerja kan..macam2 yang berlaku..sa faham juga tu..mungkin dorang tu sengaja mo cari publisiti..eh..macam artis la pula..hehehehe…yalah sikap iri hati,dengki dengan kebolehan orang lain yang tidak ada sama dia..bukan teda kebolehan lansung tapi kebolehannya tidak boleh mengatasi kebolehan orang lain..huhuhuhu..apala yang sa merepek ni..
bukan di tempat kerja sahaja yang ada tekanan..di mana2 pun ada juga..tapi terpulang kepada individu itu macm mana mengatasi tekanan yang dihadapinya.. buat tidak tau pun..nda buli juga..kawan gia kan..kesian gia dorang tu..jahat2 dorang pun..kawan juga
[Reply only this thread]
san Reply:
November 15th, 2008 at 3:30 pm
bosousada, it ok bah tu.. ok sudah bah.. hehehe, sabar saja perlakuan diurang tu, lagipun mereka ni.. haya, susa mau cakap.. saya biarkan saja tu..
[Reply only this thread]
mcm bausada ckp sabar jak laa ko..
[Reply only this thread]
san Reply:
November 15th, 2008 at 3:31 pm
Beck, rock on!!!
[Reply only this thread]
san, sian ko kan..nda apa sabar ja. Sebab org yg bersabar selalunya akan menang. Hero always win last..(mcm itu industan punya wayang, kena pukul2 dulu hero, last2 baru dia manang kan) ..
[Reply only this thread]
san Reply:
November 17th, 2008 at 2:18 pm
urangranau, its ok. memang orang yang bersabar selalu akan menang kalau hati bergantung sepenuh kepada-Nya, saya fikir pun bukan senang untuk menyelesaikan masalah ini sebab tabiat manusia seperti mereka itu sukar untuk di ubah, kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri..
[Reply only this thread]
Saya cukup simpati dengan dilema yang kamu hadapi. Berhati-hatilah…inilah jenis manusia yang paling hina. Mereka ini membuat apa sahaja demi kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan akan akibatnya perbuatan mereka
ke atas orang lain. To your so-called ‘Kawan Kerja’ - SHAME ON YOU!
[Reply only this thread]
san Reply:
November 17th, 2008 at 2:27 pm
honeybzz,
Its ok, dont worry about me. i can handle it, terima kasih kerna memberikan semangat, ya.. mereka memang suka hati saja buat macam tu, apa boleh buat.. tapi saya tidak pernah berdiam sebab saya berada di pihak yang benar…. thanks.. GBU
[Reply only this thread]
Hi san… hehehe… paning2 sa baca ni pagi… besa la, di mana2 mimang ada kes2 begini.. mimang nda best, sebab memporak-porandakan mood kerja kita kan…
sa rasa derang mimang bosan berkerja uda kali tu… mungkin sekali-sekali bawa derang p juging ka, main bowling ka (eh sana ada bowling ka?), men bola sepak ka… bikin release tension..
mana tau buki mengeratkan korang kan.. hehehe.. GL.
[Reply only this thread]
san Reply:
November 17th, 2008 at 2:35 pm
Kuai, kalau ko paning, mesti kegutan lagi ni.. kes begini memang akan berlaku kalau orang itu gilakan kuasa atau pangkat, atau mereka langsung tidak hiraukan diri mereka lagi. Saya tidak dapat bergaul dengan mereka.. Saya memang menolak, mengapa tidak, setiap kali mereka membawa saya keluar, bukan p bowling, mereka aramai tee sampai pagi.. mereka kata saya ini tidak suka dengan mereka lah.. macam2.. saya bukan tidak mahu bergaul dengan mereka tapi cara hidup itu bukan cara hidup saya.. cara itu tiada lagi didalam hidup saya.. memang perubahan besar itu terjadi selepas kelahiran baru.. hehehe.. thanks for you sharing..
Kelahiran baru yang original lah yang paling baik sebab semua manusia lama akan mati serta merta, dan hanya akan terjadi apabila campur tangan melalui kuasa dari atas tapi kalau kelahiran baru yang hnya dibuat oleh manusia yang biasanya diselitkan didalam disiplin dan peraturan, tidak mungkin akan dapat menjadikan manusia lahir kembali.. yang ada cuma… perubahan tetapi hati tetap sama seperti dulu.. bila2 boleh goyah.
[Reply only this thread]
San, kalu ikut hati yang marah padah kata mereka, memang itu lah yang hampir saya lakukan, saya juga pernah terfikir melakukan sesuatu yang hampir menjahanamkan bukan saja hidup mereka yang menaniaya saya tetapi hidup saya dan keluarga saya.
Manusia memang aneh, dilahirkan ke dunia macam sempurna tetapi rupanya ada yang busuk di dalam hanya ketahuan apabila mereka mula bergaul dengan masyarakat.
Bukan setakat iri hati, tikam belakang, potong jalan, dan banyak lagi yang saya rasa terlalu panjang untuk saya taip dan semestinya kamu tahu juga senarai itu.
Saya kerap bertanya pada diri saya, kenapa sedemikian berat ujian NYA terhadap diri ini, mengapa tidak DIA ambil sahaja nyawa mereka yang menjahanamkan masyarakat. Entah lah San.
Hari ini saya masih dihantui oleh insiden kelmarin, seperti ianya baru berlaku walaupun sudah lebih beberapa tahun.
Mungkin perasaan marah, dendam dalam diri ini belum pudar lagi. Apakan daya kita punya tanggungjawab untuk meneruskan ujian ini hingga ke hujung jalan. Saya terima walaupun ada kalanya saya mengeluh, saya hanya manusia biasa. Tapi San, saya rasa kalau lah dapat peluang mengubah cerita, biar mereka pula yang merasa, saya yakin kamu juga bersetuju jika saya kata saya akan mendapat serupa kepuasan melihat mereka sengsara.
Nah saya rasa saya juga sudah meluahkan apa yang terbuku di dalam.
Saya mohon maaf, sekiranya saya menggunakan ruang ini untuk mencurah isi hati pula sepatutnya berkongsi pendapat.
Adakalanya saya rasa terlalu mudah untuk mengucapkan perkataan sabar, sedangkan yang menanggung tu lebih berat daripada yang melihat, saya percaya kamu juga sudah punya rancangan tersendiri untuk menanggani masalah kamu.
Apa-apa pun, doa saya moga kamu sukses, dan tabah berhadapan dengan rintangan ini, semoga kita berdua berjaya hingga ke hujung San.
[Reply only this thread]
san Reply:
November 17th, 2008 at 2:50 pm
Greg,
saya juga berdoa supaya kamu berjaya dalam mengatasi apa juga masalah yang dihadapi dengan bantuan dan campur tangan kuasa dari atas sebab sebagai manusia biasa yang hanya ada nafas (yg hanya dipinjam daripada Tuhan) kerana Dia boleh menarik bila2 masa yang Dia mahu.
Betul, susah betul orang yang menanggung tu.. saya sendiri, kesabaran itu amat menyakitkan juga kerana mahu supaya mereka berubah.. tapi ternyata.. mereka tiada perubahan, dan kita bertambah stress tapi apa yan membuatkan saya terus sabar ialah saya merasakan mereka bukan berada di pihak yang benar.. mereka melakukan kerana kedengkian..
Manusia memang tidak sempurna, ada yg mengaku sempurna.. itulah yang mereka tidak tahu.. waktu mereka mengatakannya, itu hipokrit suda ada didalam diri mereka.. kalau mengaku suci, saya tidak percaya…. Tuhan juga tidak pernah mengajar kita berbohong, hanya manusia yang mahu bohong dan minta excuse dari Tuhan, inilah yang berlaku di tempat saya, yang membuatkan saya.. arghhhHHH!!! sangat marah dengan mereka sebab itulah.. berselindung..
Saya berfikir lama mengenai hal ini.. betul2 membuatkn saya kaku..Sekarang sudah ada perubahan, mereka malu nak melihat muka saya, mungkin kerana terjadi miracle.. itulah yang sebenarnya berlaku.. mereka merasa bersalah di atas apa yang mereka lakukan, cuma tida mahu saya nampak merka bersalah. jadi mereka buat tidak tahu saja yang berlaku tetapi hutang tetap hutang, kalau betul2 mereka berpura2, kepura-puraan itu tidk akan pernah menyelamatkan mereka..
Saya memberikan cabaran kepada mereka.. saya akan siarkan didalam blog apa saja yang kamu tidak puas hati dengan saya.. kalau saya salah, saya tidak akan siarkan tapi kamu yang buat salah dengan saya, nah.. sampai kamu sedar…. mereka tidak kisah.. tapi tujuan saya cuma meminta pendapat saja.. tidak menyiarkan nma dan muka mereka seperti seorang banduan.. biasalah..
Saya sedikit tertekan dengan masalah ini tetapi saya bersabar saja.. memang sudah betul.. saya tiada mood kerja lagi.. betul2 stress.. tapi saya berjaya mengatasi stress saya.. saya ada program sendiri … saya tidak kisah sangatlah tapi masa turun p kerja waktu pagi tu, teringat lagi.. kalau boleh, mahu saja mereka mati awal dan biarkan mereka membayar hutang mereka di sana.. di alam baka.. tapi mungkin inilah proses yang harus mungkin sya lalui ni.. untuk melangkah ke tangga seterusnya…. tidak pernah mengalah, tidak mahu mundur, sebab selepas kejadian ini berlaku, saya akan mendapat modal untuk membantu diri sendiri dan orang lain yang mmerlukan.. tapi.. saya betul2 bencikan hipokrit.. saya benci sikap mereka.. bukan mereka..
Ya, saya ada rancangan sendiri untuk menanganinya, masih dalam proses, nanti saya kasi tinguk ko ya…. tapi tidak akan wujud dalam msa yg terdekat.. walaupun sudah wujud.. Ya, semoga kita sampai ke step yang seterusnya..
[Reply only this thread]
[Reply only this thread]
Emmm bagaimana ingin saya mulakan perbicaraan ini ya….
satu saja yang sia ingat sekarang, “hidup kita tidak akan indah sekiranya tiada sebarang cabaran” dan salah satunya sama seperti kes yang San hadapi sekarang ini.
Betul kata rakan2 yang lain, manusia ego dengan apa yg ada pada diri mereka dan mereka lebih cemburu melihat seseorang lebih ‘tinggi’, punya kelebihan dari mereka, itulah serba sedikit yg ada dalam diri manusia dan itu tidak lari dari diri kita juga, Tapi mengapa perlu menyakiti orang lain? Kalau cemburu dengan pencapaian, kelebihan org pun, tak perlu jatuhkan org itu dgn pelbagai cara hanya utk mencapai hasrat jahat yg ada dalam diri…. kenapa tidak bersaing secara sihat? Kenapa tidak berfikir secara terbuka menerima keadaan diri sendiri….. emm no body perfect bah kan.
BERSABAR… emmm boss SAN kesabaran kita ada hadnya, Jesus sendiri pun hampir mau jadi ‘gila’ bila Dia nampak tu org inda menghormati Bait Allah begia. apa lagi kita manusia biasa ni, pastinya berhad, sometimes bila kita tahap kesabarang kita telah mencapai tahap maksimum, ia akan meletus juga kama, sama seperti tu gunung berapi, tiba masanya lava akan mengalir bersama dengan habuk2nya jadi semua itu mempunyai kesan belakang hari.
Sia pun pernah mengalami keadaan seperti ini, tapi mungkin kerana jenis yg inda pandai malu, sia berdepan terus dengan org yg tidak puas hati dengan saya, tanya kenapa keadaan itu harus berlaku? Apa yg dia tidak puas hati dengan saya dll.
Kalau jenis kawan ko ni pemarah, yg tiba2 pandai marah, senang saja kasih duduk tu… kalau mau kasih jatuh, biar dia sampai terbaring terus dan payah mau berdiri…Kalau macam sia sini, lebih tertumpu dan terdedah kepada undang2, sia boleh gunakan cara tu… kalau lah tu tangan dia sampai p mana2 tubuh sia, emmm mahkamah lah jawapnya org tu…, tapi syukur dan terima kasih belum sampai ke tahap tu lagi sebab belum berlaku….
Dalam zaman pekerjaan ni, sama saja dengan mana2 zaman yg telah kita lalui, zaman kanak2, zaman persekolahan, dll dan setiap zaman itu punya cabaran yang tersendiri kan malah kita mampu mengatasinya dan kita masih meneruskan untuk melewati zaman zaman ini dan yg mendatang….. Biarlah semua itu hanya sebagai sebahagian cebis kenangan pahit dalam zaman pekerjaan yg semakin mendewasakan kita…. dan sia tau ko mampu melakukannya….
adios amigo…
[Reply only this thread]
Ah San, sabar jer dengan perangai rakan sekerja ko tu. Tapi kenapa tia bagitau bos? Memang susah mau hindar beginin punya perkara. Harap ko urus professionali, jangan layan sangat perangai budak tu…ekeke!~ aku nda pandai menasihat nie.. pandai suruh pukul adalah…!!
[Reply only this thread]