Kesilapan masa lalu
167 views ,Kita tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan. Pemadam getah dicipta untuk memadam semua kesilapan yang ditulis menggunakan pensil. Tetapi kesilapan akibat daripada sikap kita sendiri tidak dapat dipadam dengan pemadam getah biasa kerana ia akan tertinggal sebagai memori.
Kesilapan masa lalu kita tidak berlalu begitu saja tetapi ia disimpan didalam memori. Kesilapan tidak dapat dipadam hanya dengan proses manusiawi semata-mata atau berkorban diri sendiri untuk memadam kesilapan kita tetapi kita perlukan orang lain untuk berkorban bagi kita. Bagaimana caranya?
Hilang ingatan ialah satu penyakit berbahaya walaupun sesetengah orang mengatakan itu hanyalah perkara biasa tetapi ramai orang yang sudah mengalaminya, keluarga mereka juga hampir-hampir tidak dapat menerima hakikat sebab anak kesayangan mereka hilang ingatan sehingga bertahun-tahun lamanya berada di hospital sakit jiwa?
Jika kita berkorban untuk diri sendiri oleh kerana kesilapan masa lalu, badan kita mungkin akan hancur dan otak kita akan berkecai. Bolehkah kita mencipta undang-undang untuk memadam kesilapan sendiri?
Akan tetapi siapakah yang akan melepaskan para pembuat undang-undang daripada kesilapan sendiri? Ini juga mungkin menjadi satu persoalan yang sukar diselesaikan.
Kesilapan masa lalu boleh mengubah sikap dan perlakuan kita, daripada kelakuan normal kepada kelakuan yang ganjil. Inilah akibat daripada kesilapan masa lalu yang disebabkan oleh kita atau daripada orang lain. Itulah sebabnya kita tidak dapat memadamkannya jika kita sendirian. kita mesti dibantu oleh seseorang untuk kembali ke posisi yang asal.
Ini mungkin satu proses pembersihan atau menghapuskan kesilapan masa lalu melalui kebaikan tetapi kita sendiri tidak dapat ditebus dengan kesilapan itu kalau sekadar berbuat baik sahaja, mungkin kita perlukan orang lain untuk berkorban bagi kita?
Semakin besar kesilapan yang kita lakukan, semakin besar kita dituntut untuk berbuat baik supaya dapat memadamkan kesilapan.
Bagaimana jika kita tenggelam didalam kesilapan dan tidak pernah timbul lagi? Mampukah kita melakukan banyak kebaikan untuk menebus kesilapan kita? Apakah jenis perlakuan baik yang boleh memadamkan kesilapan yang besar seperti mencuri dan membunuh atau lain-lain yang sama denganya?
Kalau kita berbuat baik untuk menebus kesilapan masa lalu kemudian kita dihantui lagi dengan memori masa lalu sehingga membuatkan kita tertekan dan hampir-hampir membuatkan kita gila, ini bermaksud kesilapan masa lalu yang sudah di tebus dengan berbuat baik belum lagi dapat dihapuskan.
Pengorbanan ini dilakukan supaya kesilapan masa lalu tidak lagi menjadi memori tetapi luput sama sekali dari ingatan kita walaupun mungkin memerlukan masa sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya untuk hilang tetapi semasa kita menebus kesilapan baru kita, kesilapan masa lalu pula yang menghantui kita lagi.
p/s: Semoga ada orang yang akan berkorban untuk semua kesilapan kita, satu kali untuk selama-lamanya.




San~ Love ur post today~ great sense hun!
the “bullshit-ness’ always haunt you forever~ no matter how ‘cool’ you’re saying that you’re settle with it.. or u’re forgetting it.. it always will coming back~ ..sooner or later u’ll feel like wanna giving u n yup.. BRAVO san seems like u figure things up that …watever it is it “changed” you from the old you to the current you..
hmm.. watever~ great post…
but.. LOL who’s the person that u telling can release u from this pain!? LOL.. xD La la la.. i aint sayin’ any words kio.. xD but can this messes be better with doing “sacrifies”!? …plus.. O_O” its from other person’s help tho..? LMAO!? San u serious..? LOL ^_^” …la la la.. u’re not saying that.. O_O”" eherm.. ur religious thingy might help to do this eh..? LOL.. LMAO! san! I mean.. O_O” hmmm watever.. rock on! ^_^
Great post!!!
[Reply only this thread]
san…
kesilapan masa lalu mengajar kita untuk menghadapi kehidupan akan datang dgn lebih baik. begitulah norma hidup. Ada pasang surutnya. Kesalahan besar sudah semestinya meninggalkan kesan yang sgt ketara tapi we human are not perfect. Terima seadanya kelemahan dan kesilapan yg kita ada. Berjanji dan berusaha supaya tidak akan mengulangi perkara2 yg membawa kerugian pada kehidupan sendiri. What ever happens, life need to go on.
thanks san for sharing this post. Good one.

[Reply only this thread]
Uyoo san new post ko ni hebat..2 x 5 equals- 7 kah..hahaha naha kesilapan laitu, so pembetulannya 2 x 5 equals- 55. sama juga ni san tia betul bilang si teacher minsulod ini..diabilang 2 x 5 equals-10, hahaha banyak kali sia silap woh, itulah kesilapan kecil,masih boleh diperbetulkan lagi..akan tetapi kesilapan lalu tu yang danger tu, bila dah buat silap skit2 rariii saja takut,udah sedar baru nyesal kesilapan itu. Jadi klo dah tahu tersilap boleh membawa kerumitan hidup buat lah lagi kesilapan..hahaha
p/s; kesilapan mcm sia tu bulilah..hahaha
[Reply only this thread]
Beck, Minsulod, Aki..
Terima kasih for the comment. You are Awesome Kunun. Ehe.. Bah.. man2 loi kamurang.. 
[Reply only this thread]